Daniel melonggarkan tali lehernya setelah penat seharian bekerja. Alhamdulillah,selepas dia pulang ke pangkuan keluarganya semula,Dato' Kamal menerimanya kembali untuk berkhidmat di syarikat papanya walaupun ketika itu dia masih malu dengan perbuatannya yang dilakukan dulu kepada keluarga.
Sudah tiga tahun lebih Eby berada di kota London dan selama itu dia tidak pernah terlepas keadaan semasa Eby. Kadang-kadang,dia yang memasukkan duit ke akaun bank Eby tanpa pengetahuan keluarganya. Itu pun dia mengambil senyap-senyap segala maklumat Eby di bilik ibu bapanya kerana mereka tidak pernah memberitahunya keberadaan Eby. Dan dia pun tidak kisah kerana dia sudah mengetahui tentang perkara itu. Dia juga tidak pernah berjumpa dengan Darwish secara berdepan kerana anaknya dijaga oleh keluarga mertuanya. Hanya melihatnya membesar melalui gambar yang dihantar oleh Datin Ros.
Terkejut Daniel mendengar bising dari arah dapur. Nak kata Mak Mah memasak,dia ambil cuti tiga hari pulang ke kampung. Jadi,dia membuka langkah ke dapur untuk melihat sendiri. Berkerut dahinya mendengar suara kanak-kanak ketawa. Berhantu ke apa rumah ni?
"Mama." Datin Ros berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Senyuman diberikan kepada anak tunggalnya.
"Mama masak apa sampai bising macam ni?"
"Ni hah..ada yang menganggu mama masak. Ada je dia nak pegang." Mata Daniel teralih pada kanak-kanak yang menyorok di belakang Datin Ros.
"Darwish. Janganlah takut. Ni papa Darwish." Datin Ros memujuk cucunya untuk keluar. Tidak boleh digambarkan perasaan Daniel,betapa gembiranya hati dia apabila Datin Ros menyebut nama Darwish.
Daniel bertinggung di hadapan Datin Ros. Tidak lepas dia memandang tangan kecil milik Darwish memegang kemas skirt mamanya. Tangan Darwish dileraikan dari skirt itu lalu dipegang dengan lembut. "Datang sini,sayang. Papa tak marah Darwish." Darwish mengintai sedikit ke arah Daniel kemudian dia menyorok kembali di belakang Tok Manya.
Daniel ketawa dengan gelagat Darwish. Comel betul Darwish ni. "Darwish,kenapa menyorok lagi ni? Kesian dekat papa tunggu Darwish keluar. Pergilah salam papa. Tak baik tau buat papa macam tu. Darwish juga yang nak jumpa dengan papa."
Darwish keluar juga setelah dipujuk oleh Datin Ros. Terkebil-kebil matanya memandang Daniel. Dia tidak pernah berjumpa dengan papanya sebelum ini. Hanya Tok Ma yang bercerita tentang papa kepadanya. Tangan kecilnya dihulur untuk bersalam dengan Daniel.
Daniel tersenyum dengan gelagat anak terunanya. Tubuh Darwish dirangkul ke dalam pelukannya dan dicium pipi montel itu. "Papa rindu sangat pada Darwish." Datin Ros bahagia melihat anaknya dapat melepaskan rindu pada Darwish yang dipendam selama ini.
"Papa.."
"Ya sayang."
"Papa pergi mana? Kenapa papa tak datang rumah nenek jumpa Darwish?" Kelu lidah Daniel dengan soalan Darwish. Tidak dijangka langsung anaknya yang berumur tiga tahun dapat menanyakan soalan begitu kepadanya.
"Papa tak pergi mana-mana. Papa ada je dekat sini. Papa kan kerja,mana boleh tinggal macam tu je." Tipu Daniel. Papa minta maaf sayang. Papa tak nak burukkan lagi keadaan.
"Betul? Tak tipu?"
"Betul,sayang." Darwish terus memeluk leher Daniel sambil berbisik minta didukung. Kalau didengar oleh Tok Manya pasti kena bebel. Tergelak Daniel dengan gelagat Darwish. Dah besar pun minta dukung lagi.
"Nak suruh papa dukung dialah tu. Dia tu dahlah berat nak suruh orang dukung dia." Darwish tersengih comel ke arah Tok Manya. Daniel hanya mengikut kemahuan anaknya. Dah lama dia ingin bermanja dengan Darwish seperti ini. Akhirnya,doa dia termakbul juga untuk berjumpa dengan Darwish. Alhamdulillah. Terima kasih,Ya Allah.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel membuka pintu apabila pintu biliknya diketuk. Terjengah wajah Datin Ros bersama senyuman manis. "Niel dah tidur?"
"Belum lagi. Ada kerja sikit yang nak disiapkan. Kenapa ma?" Datin Ros menunjuk ke arah belakangnya. Daniel tersengih melihat Darwish dengan wajah mengantuk.
"Dia dah mengantuk tapi dia nak tidur dengan Niel. Tak apalah kalau Niel sibuk. Nanti menganggu pula Niel buat kerja." Pantas Daniel menghalang mereka berdua. Dia lagi suka Darwish tidur bersamanya.
"Ma,tak apa. Tak menyusahkan pun. Darwish nak tidur dengan papa ya. Jom masuk. Papa dodoikan hero papa. Kesian ni mata dah merah." Terus didukung tubuh Darwish. Apalagi,menjerit suka budak kecil tu.
"Okeylah macam tu. Mama masuk bilik dulu." Daniel menutup pintu bilik setelah Datin Ros beredar. Darwish diletakkan ke atas katil dulu lalu dia mengemas segala kertas dan fail yang bertaburan di atas meja. Terpaksalah dia bangun awal untuk siapkan kerja yang tergendala.
Dia merebahkan badannya di sebelah Darwish dan tubuhnya terus dipeluk oleh anak terunanya. Tangan berisi anaknya yang melingkar di perutnya disentuh sayang.
"Papa.."
"Ya."
"Papa sayang mama?" Wajah Darwish yang polos dipandang. Dia setia menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut Daniel.
"Sayang. Papa sayang sangat pada mama." Raut wajah Eby yang mulus mula bermain di fikirannya. Siang dan malam dia selalu teringatkan Eby. Tidak putus doanya supaya Eby dapat menerimanya kembali.
"Habis tu..kenapa papa tak pergi jumpa mama?" Rambut Darwish dielus lembut. Macam mama dia. Banyak cakap.
"Tak boleh. Papakan banyak kerja. Nanti bila mama dah balik,papa jumpalah dengan mama." Darwish mengherotkan mulut kecilnya. Daniel menarik mulut anaknya kerana geram melihat kecomelannya. Menjerit si Darwish dengan perbuatan papanya.
"Papa!" Daniel hanya tergelak dengan keletah Darwish. Terus dipanjatnya ke atas tubuh Daniel dan menolak tangan Daniel yang cuba untuk menggeleteknya.
"Nanakkk!" Kuat budak kecil itu menjerit tidak tahan kerana digeletek. Merah mukanya tidak berhenti ketawa.
"Okey,okey..papa berhenti. Alolo..kesian ni muka merah-merah."
"Nak cendol." Membulat mata Daniel mendengar balasan Darwish. Anak dia pun boleh terjebak dengan benda ni. Pengaruh media sosial betul.
Mengekek Darwish apabila papanya terkejut. Dicium pipi Daniel dan membaringkan semula tubuhnya di sebelah Daniel. "Nak peluk,papa."
Daniel hanya menurut kehendaknya sambil tersenyum bahagia. Masih terasa pipinya basah dengan ciuman anak lelakinya. Punggung Darwish ditepuk perlahan-lahan sehingga terdengar dengkuran halus.Muka Darwish diteliti dengan begitu mendalam. Putih macam mama dia. Mata pun sama macam Eby. Dagu yang berbelah pula sama macam dia. Papa tak kisah pun Darwish seiras dengan siapa. Yang penting,papa tahu Darwish darah daging papa. Papa harap Darwish dapat membesar dengan keluarga yang sempurna,sayang.
Pon! Pon! 🚙💨 awek cendol nk lalu😂 sis tk tahu kenapa sis pun trjebak dgn bnda ni. Jgn kecam sis ya~
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...