Sudah seminggu lebih berlalu namun tiada berita tentang Darwish. Semua ahli keluarga Eby terpaksa tinggal sementara di rumah keluarga Daniel setelah mendapat khabar berita tentang kehilangan Darwish. Risau pula jika berlaku sesuatu pada Eby yang kelihatan begitu tertekan.
Daniel masih berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik yang dikediami oleh Eby. Walaupun Eby tinggal dengan keluarganya, hubungan dia dengan Eby masih belum baik. Eby tetap dingin dengannya.
Daniel menarik nafas panjang kemudian diketuk perlahan permukaan kayu itu. Tombol pintu dipulas perlahan. Eby kelihatan masih tidur di atas katil. Eby yang kelihatan lena dibuai mimpi didekati. Punggung dilabuhkan di birai katil sambil matanya memerhati segenap wajah Eby yang sembab. Dia faham perasaan Eby. Ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandungnya sembilan hilang tanpa dapat dijejaki.
Perlahan tangannya naik mengusap pipi Eby. Dia rindukan isterinya. Dia rindu semuanya tentang Eby. "Abang minta maaf sayang. Abang tahu, abang banyak dosa pada sayang dan anak kita. Abang cintakan sayang. Sangat-sangat.." Bibirnya didaratkan lama pada dahi Eby.
Nada dering telefon mengejutkan dirinya yang tidak jemu memandang Eby. Poket diseluk dan dipandang lama telefonnya. Nombor tidak dikenali. Hatinya mula gusar dan mula teringatkan anaknya. Panggilan tersebut dijawab.
Orang di dalam talian kedengaran seperti ketawa. "Hai sayang. You cam tak suara I?"
Daniel mula gugup. Dari mana dia dapat nombor aku?"Maira.."
"Yes, tak sangka you masih ingat suara I. Mesti you rindukan suara I kan?" Daniel mendengus. Perempuan ini cuba mainkan perasaannya.
"Kau nak apa Maira? Aku tak ada masa nak layan kau." Maira masih dengan ketawa halusnya. Daniel belum kenal dia siapa. Apa yang dia mahu, dia akan pastikan dia dapat.
"Sekarang ni you tak ada masa nak layan I. Tapi kalau I cakap yang anak you ada dengan I, you nak layan I tak? Hehehe.." Terjegil mata Daniel mendengar pengakuan Maira. Tidak mungkin kehilangan Darwish ini adalah rancangan Maira. Perempuan ini sungguh licik.
"Kau memang perempuan tak guna Maira. Kau jangan berani nak sentuh anak aku kalau kau sayangkan nyawa kau." Maira semakin galak mentertawakan Daniel. Ini Maira lah. Tiada sesiapa pun yang dapat kalahkan dia.
"Oh really? Kita tengok.. Sama ada nyawa I melayang atau nyawa anak you yang melayang." Daniel cuba menahan marah. Tangannya digenggam kemas.
"Apa yang kau nak sebenarnya?"
"You nak tahu apa yang I nak? I nak budak sial ni mampus! Sebab budak ni you tinggalkan I. Dan sebab budak ni jugak keluar dari rahim betina sundal tu! I tak nak you terikat apa-apa dengan perempuan tu Daniel. I tak nak! I akan pastikan budak ni dengan Eby mampus. Kau faham tak mampus!"
Maira mengalihkan pandangan ke arah Darwish menangis teresak-esak. Tangannya naik menampar pipi kecil Darwish. Perasaan benci dan marah dilepaskan pada si kecil yang tidak bersalah.
Daniel dengar esakan anaknya. Dia juga dengar anaknya ditampar berkali-kali oleh Maira. Sabarnya semakin hilang. Hatinya sakit mendengar tangisan si kecil.
"Kau jangan tampar anak aku Maira! Kau tak ada hak!" Tengking Daniel.
"Aku tak peduli aku nak anak kau mati sekarang!" Terus panggilan dimatikan. Daniel bergegas keluar menuju ke biliknya menukar pakaian. Nombor Maira dihantar kepada kenalannya untuk menjejaki Maira.
Eby di dalam bilik hanya mendengar perbualan Daniel dan Maira. Hatinya sakit apabila mendengar anaknya disakiti oleh orang lain. Eby cepat-cepat bersiap. Diperhatikan Daniel masuk ke dalam kereta.
Apabila kereta Daniel keluar dari perkarangan rumah, terus dia keluar dari bilik menuju ke pintu utama. Puan Wardi perasan anaknya kelam-kabut ingin keluar. Begitu juga dengan Daniel tadi. Apabila ditanya, Daniel hanya memaklumkan dia mempunyai urusan penting.
"Eby, nak pergi mana?" Lembut Puan Wardi bertanya. Eby hanya memandang sekilas. Tangan Puan Wardi diambil dan dikucup lembut.
"Eby nak keluar sekejap. Ada kerja." Kereta berwarna merah ditujunya. Dia perlu cepat sebelum Daniel hilang jejak.
"Kerja apa?" Soalan Puan Wardi dibiar begitu sahaja. Enjin kereta dihidupkan dan terus pecut keluar. Puan Wardi mula risau dengan perlakuan anak dan menantunya. Pasti ada sesuatu yang mereka sorokkan
![](https://img.wattpad.com/cover/118417134-288-k530363.jpg)
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Подростковая литератураPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...