•BAB 1•

62.8K 1K 11
                                    

Nama aku Airis Afina bt Hamzah. Umur aku baru je 24 tahun. Kerja aku dah lepas tamat SPM dulu kira membuta je dekat rumah. Makan, minum, tandas, tidur. Rutin aku tiap-tiap hari sebelum aku mula kerja dekat sebuah nursery yang terletak di Damansara. Aku kerja dekat nursery tu pun baru je dua tahun.
Memandangkan aku cari kerja dan semuanya tak menepati dengan citarasa aku, jadi aku ambik keputusan untuk kerja di nursery tu memandangkan nursery tu baru dibuka dan memerlukan pekerja.

Aku ada ke tak pengalaman kerja menjaga bayi dan kanak-kanak? Hmmm...bayi pernah kanak-kanak pun pernah. Alah! No hallah setakat nak jaga bayi dan kanak-kanak. Dekat nursery tu, bercambah dengan barang permainan so diorang tak adalah buas sangat. Kadang-kadang tu rasa nak marah diorang pun ada jugak sebab kadang-kadang sepahkan mainan sampai ke luar pintu nursery. Cuba kau bayangkan? Penat jugak nak mengutipnya.

Tapi, dalam banyak-banyak kerja, aku rasa kerja ni rilekskan aku daripada kerja dekat ofis nak kena hadap timbunan fail dekat ofis ataupun annoying dengan perangai bos yang cerewet. Kalau jenis yang tak cerewet tak apa. Ini kalau dah cerewet 24 jam, memang nak letak penampar je rasanya. Sebab tulah aku memilih untuk kerja dekat nursery walaupun ibu dan abah aku tak berapa nak setuju awalnya. Tapi, ada aku kisah?
Aku memang terkenal dengan perangai degil aku ni. Aku tak kisahlah aku kerja apa sekalipun janji duit tu datang dari rezeki yang halal dan paling penting dapat mengisi poket aku yang tersedia kosong ni.

"Airis! Airis! Bangun! Dah pukul 7.30 pagi dah ni. Tak kerja ke hari ni?" suara Puan Aliyah menyedarkannya daripada mimpi indah.

"Apa ni ibu? Awal lagi..." ujar Airis dalam keadaan mamai.

"Awal apanya kalau sekarang ni dah pukul 7.30 pagi! Bangun Airis!" Airis menggaru kepalanya bila mendengar suara alarm ibunya pagi-pagi.

Airis membuka matanya lalu ditenyeh sedikit. Telefon disebelah dicapai dan memandang jam yang tertera di skrin. Hah?!!! Dah pukul 7.30 pagi?! Ya Allah!!!! Aku dah lambat ni! Mampus kau Airis! Silap hari bulan kena bebel dengan Kak Suraya gamaknya!!!

Airis pantas menyelak selimutnya lalu mengambil tualanya dan menuju ke bilik mandi. Ya Allah, macam manalah aku boleh terlajak lena pulak ni? Dengan rambut niyang rapiknya, dia berlari ke arah tandas.
Puan Aliyah hanya menggeleng melihat anak daranya yang kelam-kabut berlari ke tandas. Mesti tidur lewat semalam.

"Liya, Airis tak pergi kerja lagi ke? Kereta ada lagi dekat luar tu," soal Encik Hamzah lalu menarik kerusi dan dilabuhkan punggungnya di situ. Cucur karipap di atas pinggan diambil lalu digigit.

"Baru nak mandi si Airis tu. Bangun lewat."

"Hah? Baru nak mandi? Ya Allah budak ni. Tak pernah nak berubah perangai suka bangun lewat dia tu," gumam Encik Hamzah sambil menghirup sedikit teh o panas yang dibancuh isterinya.

"Dah memang perangai dia suka bangun lewat bang. Nak buat macam mana?" dari zaman sekolah lagi anaknya memang gemar bangun lewat. Dah berbuih mulut ni menjerit dan nasihat supaya bangun awal tapi anak dara dia yang sorang tu memang keras kepala. Susah nak dengar cakap.

Usai mandi, Airis bingkas keluar dari bilik mandi menuju ke biliknya. Puan Aliyah dan Encik Hamzah hanya menggeleng melihat kekalutan Airis. Bangun lewat lagi! Mandi pun dah macam kerbau.

Selepas menyarukkan baju, dicapai anak tudung lalu dipakai. Shawl yang sudah diseterika semalam diambil lalu dililit di atas kepala. Lilit yang simple je. Minyak wangi disemburkan pada bajunya. Selepas puas hati dengan penampilannya,
Airis keluar dari rumah bersama kunci kereta dan beg tangannya. Jam dah pun menunjukkan 7.50 pagi. Gila betullah!

"Airis! Tak nak makan dulu ke?" laung Encik Hamzah dari dapur.

"Tak apalah abah! Airis pergi dulu! Airis dah lambat ni!" tergesa-gesa dia menyarungkan kasutnya lalu melangkah masuk ke dalam kereta.
Keretanya dipandu laju menuju ke nursery. Mesti kau sampai lambat punyalah dekat nursery nanti. Apa-apa pun bersiap-sedialah Airis. Kau kena tadah telinga dengar bebelan Kak Suraya nanti.


Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now