•BAB 61•

17K 465 1
                                    

Humaira melangkah keluar dari keretanya.  Baru saja hendak melangkah ke rumah keluarga Wafiey, niatnya terus dibatalkan.  Dari balkoni tingkat satu dapat dia lihat Wafiey sedang berborak dengan seseorang.  Seseorang tu wanita.  Nampak lebih cantik dari aku.  Tapi masalahnya siapa perempuan tu?

Humaira kembali tersedar bila kelibat Wafiey dan perempuan tersebut tiada lagi di balkoni.  Aikk??? Ke mana pulak diorang berdua ni pergi? Bukan ke tadi diorang tengah cakap dekat balkoni tu? Cepat betul hilang.

Bila terpandangkan perempuan tersebut melangkah keluar dari rumah keluarga Wafiey, cepat-cepat dia berembunyi di sebalik kereta.  Tak naklah kantoi sebab mengendap.  Lepas tu, aku tengok kemain senyum lagi Wafiey cakap dengan perempuan tu.  Makwe dia ke? Kalau betullah makwe dia, untunglah sebab cantik.

Selepas kereta yang dinaiki perempuan tersebut pergi, Humaira membetulkan dulu penampilannya sebelum berjalan menuju ke rumah keluarga Wafiey.  Apa yang penting, senyum!  Buat je macam kau tak nampak apa-apa pun tadi.

“Eh? Maira?” tegur Wafiey bila Humaira berdiri di hadapannya.

“Ye…kenapa?”

“Tak adalah.  Hari ni awak free ke?”

“Ha arrr free.  Sebab tulah datang sini.  Kenapa? Tak sudi ke saya datang?” ujarnya konon-konon sentap dengan apa yang dikatakan Wafiey.

“Mana ada.  Kenapa pulak tak sudi? Jemputlah masuk…” Humaira sekadar mengangguk lalu masuk ke dalam rumah diikuti Wafiey yang masih berjalan menggunakan tongkat.  Tu pun slow.

“Sapa perempuan tadi tu?” soal Humaira bila dia duduk di atas kerusi.  Sajalah nak tanya.  Manalah tahu dapat informasi baru ke?

“Kenapa?”

“Tak ada apa? Saja tanya…”

“Awak tak perlu tahu pun sapa dia…”

Humaira terdiam seketika.  Awak tak perlu tahu pun siapa dia.  Hmmm…maksudnya perempuan tu memang special lah dengan Wafiey ni? Kalau tak special, mesti Wafiey dah bagitahu aku sapa perempuan tu. 
Wafiey tak akan berahsia dengan aku.

“Tak apalah.  Saya tak kisah pun kalau awak tak bagitahu saya.  Saya cuma tanya je sebab perempuan tu cantik,” sempat lagi dia memuji perempuan yang bercakap dengan Wafiey tadi.  Memang cantik pun.

“Maira? Kenapa datang tak bagitahu?” Fifi mengambil tempat di sebelah Humaira.  Humaira hanya mampu tersenyum kecil memandang Fifi.

“Kebetulan je ni lalu dekat sini.  Alang-alang tu datang jenguklah si Wafiey ni sihat ke tak lagi.  Kalau dah boleh jalan macam ni, sihat dahlah tu…” jawabnya acuh tak acuh.

“Tak payah kisah sangat dengan adik akak ni.  Dia dah ok tu sengaja gedik pakai tongkat…” balas Fifi sambil bibirnya dicebirkan.

Hello…kaki aku ni masih sakit tau!” komen Wafiey.  Sedap hati dia je cakap kaki aku tak sakit.

“Yelah tu.  Jom Maira lepak dalam bilik akak? Jangan layan sangat Wafiey tu.  Jom!”
Fifi menarik tangan Humaira menuju ke biliknya.  Humaira mengikut langkah Fifi ke biliknya.  Ok jugak kalau sembang dengan kak Fifi ni.  Tak adalah otak aku asyik terfikir je pasal tadi tu.






“AIRIS mintak maaf sangat Kak Su…” rasa bersalah pulak bila terpaksa berhenti kerja macam ni.  Yelah, aku berkhidmat dengan Kak Suraya pun tak sampai setahun lagi dah berhenti.

“Nak buat macam mana Kak Su? Kalau ikutkan hati Airis, Airis nak je masuk kerja balik macam biasa.  Tapi, tulah.  Aryan pulak tak bagi.  Katanya duduk rumah jaga Dania…Airis tak boleh nak bangkang Kak Su…” aku pun terkejut jugak bila Aryan buat keputusan supaya aku duduk dekat rumah dan biar dia je yang pergi kerja. 
Aryan dah mula kerja hari ni.  Bila aku cakap aku nak pergi nursery, dia cakap tak payah.  Duduk je rumah jaga Dania.  Aku dah cuba bangkang tapi tulah tak menang jugak.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now