•BAB 16•

18.3K 558 0
                                    

"Ni kenapa pulak asyik termenung? Teringatkan siapa?" Encik Luthfi mengambil tempat di sebelah isterinya. Dari tadi dia tengok isterinya asyik termenung. Entah apa yang dimenungkannya pun aku tak tahu.

"Saya ni bosan abang. Yelah, setiap hari saya hadap je rumah ni. Dania pun tak ada sebab Iyan hantar ke nursery. Saya bosanlah abang. Sunyi je rumah ni. Kalau dulu, Iliya ada temankan saya borak-borak," keluh Puan Sofia. Memang dia rasa sunyi sangat sekarang ni. Kadang-kadang suaminya tak ada dekat rumah untuk dia berborak.

Encik Luthfi tersenyum kecil. Dia tahu memang isterinya bosan duduk di rumah. Tapi, tulah bila dia ajak keluar rumah pergi jalan-jalan ke, isterinya menolak.

"Habis tu? Awak nak abang buat
apa?"

"Entahlah abang. Saya pun tak tahu. Bagus jugak kalau Iyan dah jumpa pengganti kepada arwah Iliya. Tak adalah saya akan kesunyian sangat." memang itu yang dia harapkan sebenarnya. Aryan mencari pengganti kepada arwah Iliya.

"Itu yang awak harapkan sebenarnya? Awak tahukan Iyan tu macam mana? Mana mungkinlah dia nak cari pengganti kepada arwah. Kita sama-sama dah kenal perangai Iyan macam mana. Kalau tak nak, memang dia cakap tak nak," balas Encik Luthfi.

"Itulah yang saya risaukan. Sampai bila dia nak hidup seorang? Takkan dia nak biarkan Dania membesar tanpa seorang ibu? Dania tu pun perlukan kasih sayang daripada seorang ibu," kadang-kadang dia pun fed up jugak dengan perangai anaknya yang seorang ini.

"Dah berbuih kita suruh dia kahwin lain Sofia tapi dia tak nak dengar juga. Apa yang kita boleh buat lagi? Takkan nak memaksa jugak? Awak tahukan yang Iyan memang tak suka dipaksa?"

Puan Sofia mengangguk. Ya, memang dia tahu anaknya tak suka dipaksa. Dia pun tak suka nak memaksa anaknya. Tapi dalam keadaan sekarang, tak salahkan kalau dia memaksa? Bukan untuk kebaikan anak dia je tapi untuk kebaikan Dania jugak.





"TERIMA kasih...datang lagi," ujar penjaga kaunter tersebut selepas menyerahkan baki wang kepada Airis. Airis pula sekadar angguk dan tersenyum. Dia melangkah keluar dari Watsons. Baru je kakinya melangkah hendak keluar pintu, dia mengeluh kuat bila terjumpa dengan orang di hadapannya.

"Hak alah! Jumpa kau lagi!"

Aryan pula menjeling Airis di hadapannya. "Kau ingat aku suka nak jumpa dengan kau hah?"

"Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau!"

Kepalanya disekeh kuat. Main sekeh-sekeh pulak nampak? "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?"

"Ha! Ni memang jalan bapak aku. Kau apa tahu?" mengaku pilah ni jalan bapak kau walhal bukan bapak kau punya jalan.

"Oh...tak sangka bapak kau punya jalan? Sebab aku tak nampaklah pulak dekat jalan ni ada nama bapak kau?"

"By the way, aku datang sini sebab nak beli pampers Dania je." sambungnya lagi.

Purfff...dia kenakan aku balik. "Aku tak bagilah bapak aku tulis nama dia dekat jalan ni. Riak jadinya nanti..." pandainya kau back up balik Airis. Nak cover malu lah katakan?

"Tak sangka kau ni pun kuat berangan jugak eh? Lahai, buat apalah aku nak follow kau? Tak ada faedah pun. Daripada aku follow kau, baik aku follow artis je. Cun kan?"

Tanpa membalas sepatah kata, Airis berjalan pergi meninggalkan Aryan yang sudah tersengih lain macam. Ah! Salah kau jugak Airis. Yang pergi gedik cakap macam tu tadi buat apa? Tak pasal-pasal kau dah kena balik. Kaw-kaw punya.

Satu mesej masuk dalam telefon Airis. Airis membaca mesej yang dihantar oleh Humaira.

Humaira: Weyh, jom lepak dekat studio? Dah lama kan kita tak lepak dekat studio since semua dah masuk kerja. Feeqa dengan Lieya pun ada. Diorang tengah on the way ke studio. Kau datanglah join sama eh?

Studio? Lepak dekat sana? Hmmm...betul jugak cakap Maira. Sejak mereka mula bekerja, masing-masing dah tak lepak dekat studio. Since Feeqa dengan Lieya pun ada sekali, baik aku join kan?

Me: Ok! Boleh jugak! Dari aku bosan duduk rumah kan? Oklah, tunggu kejap eh? Aku on the way. Aku sekarang ada dekat Sentul. Dalam 14 minit macam tulah aku sampai. Kalau tak jammed.

Humaira: Ok cun! Kami tunggu kau dekat studio.

Me: Ok.

Airis meletakkan hensetnya ke tepi. Dia mula memasang seat-belt lalu memandu keretanya ke studio yang berada di Setapak. Mintak-mintaklah sekarang jalan tak jammed. Kalau jammed, memang lambat lagilah aku nak sampai studio.







FREEDOM DANCE STUDIO, Setapak, Kuala Lumpur. Airis berjalan menuju ke studio yang selalu menjadi tempat dia dan kawan-kawan melepak tak pun melepaskan stres dengan dance ke? Kadang-kadang dekat studio ni pun jadi tempat untuk kami
berkongsi rahsia.

"Hello guys!" Airis menolak pintu studio 3 lalu menghampiri mereka yang sedang duduk bersembang di atas lantai studio.

"Airis! Ha, datang pun. Kami ingatkan kau tak datang tadi," ujar Feeqa.

Airis mengambil tempat di sebelah Lieya. "Mestilah aku datang. Dah korang ada kan? Yelah, selama ni pun kalau aku ajak korang lepak studio, ada yang busy lah, apalah."

"Alah, bukannya sengaja buat-buat busy. Dah memang kami busy. Nak buat macam mana kan?" balas Feeqa. Rasa bersalah pulak bila Airis cakap macam tu.

"Hahaha...tak ada apalah. Aku saja je cakap macam tu nak bagi kau dengan Lieya ni rasa bersalah," ketawa Airis bergema kuat bila dapat mengenakan Feeqa dan Lieya.

Lieya menampar kuat lengan kanannya. "Dia ni memang bangang tahu tak? Tak buat orang rasa bersalah, tak sah hidup dia!"

"Alah, aku saja je. Tak payah arrr nak sentap lebih sangat!" aduh! Kebas lengan aku ni kena tampar dengan tangan Lieya ni. Dari dulu sampai sekarang tangan dia masih berbisa.

"Wooo...dah, dah. Sekarang ni jom kita release stress? Tadi Feeqa ni beriya sangat nak menari. Lieya, kau pun sama kan? Jom menari. Airis! Jom!" Humaira mula bangun lalu berdiri di hadapan studio. Memandang dirinya di dalam cermin yang bersaiz besar tu.

"Tak apalah, aku jadi DJ korang jelah hari ni...tak ada mood nak menari," betul aku tak ada mood.

"Jom arr! Kali ni pekena Panama Dance? Amacam?"

"Panama Dance? Oh no, no, no! Tak naklah..."

"Airis! Jomlah!!!" jerit Humaira nyaring. Payah benar kawan dia yang satu ni kalau nak ajak berjoget. Eh, bukan joget tapi menari. Bukan sama ke? Entah.

"Tak nak. Korang jelah. Aku nak tengok power mana sangat Panama Dance kau tu!" Airis ketawa.

"Ok, lepas ni kau ikut kita orang ok?"

"Tengok dulu macam mana."

Lagu Panama dari Matteo mula bergema satu studio. Humaira, Feeqa dan Lieya mula melakukan pergerakan mereka. Airis? Jadi penonton tak berbayar je tengok diorang menari berpandukan skrin sederhana besar di hadapan mereka yang menunjukkan bagaimana penari membuat tarian Panama Dance.

Mereka bertiga menghampiri Airis selepas puas menari. Peluh pun dah kelihatan. Airis hanya memandang mereka bertiga.

"Fuh! Lemak aku keluar habis dengan Panama Dance ni," ujar Lieya lalu meneguk air mineral di dalam botol airnya.

"Tulah, dah lama rasanya aku tak bersenam," sokong Humaira.

"Kenapa kau tak join kitaorang Airis?" soal Feeqa.

"Tak ada apalah. Aku cuma tak ada mood nak menari hari ni. Tu je. Aku datang pun sebab nak lepak je," balas Airis jujur. Tiba-tiba pulak mood menari aku tak ada hari ni. Dia lari pergi mana pun aku tak tahu.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now