Aryan melangkah ke arah kubur yang mula ditumbuhi dengan rumput-rumput halus. Sedar tak sedar dah dua tahun arwah Iliya pergi meninggalkan mereka. Tinggalkan aku dan Dania. Kalau Airis tak berpantang, dah lama aku ajak dia datang kubur sekali. Aku tahu dah lama Airis tak datang kubur sejak kandungan dia mencecah 6 bulan.
Aryan duduk di atas tikar yang dibawanya. Memang setiap kali dia datang jenguk kubur arwah isterinya, dia akan bawa tikar sekali. Tujuannya supaya seluarnya tidak kotor kena tanah. Seperti biasa, dia akan mula dengan bacaan Yasin dulu. Tipulah kalau dia langsung tak rasa sebak setiap kali dia menyebut kalimah suci tersebut. Sebak bila teringatkan kembali memori manisnya bersama Iliya.
Usai membaca Yasin, dia mencabut rumput-rumput yang tumbuh di sekitar kubur isterinya. Kalau boleh aku sentiasa nak kubur isteri aku nampak segar dan bersih macam dulu. Peluh yang mula menitik di dahinya tak dihiraukan. Keluar peluh kan menyihatkan tubuh badan.
“Sayang…sedar tak sedar dah dua tahun sayang pergi tinggalkan abang dengan Dania. Jujur abang rindukan sayang sangat-sangat tapi abang tak boleh ikut sangat apa yang hati abang rasa. Abang ada hati yang perlu dijaga. Airis. Isteri abang sekarang. Kawan sayang? Sayang mesti ingatkan sayang pernah tulis surat dan dalam surat tu sayang nak sangat abang kahwin dengan Airis dan jagakan Dania. Alhamdulillah sayang…ternyata pilihan sayang untuk abang memang tak pernah salah. Abang bahagia sayang. Airis jaga abang dan Dania penuh kasih-sayang. Saling tak tumpah macam sayang dulu…” ucapnya sambil jarinya menyeka air mata yang mula mengalir di pipi.
“Sayang…abang tak boleh bohong diri abang sendiri. Jujur sebelum abang baca surat yang sayang tulis tu, abang sendiri dah jatuh hati pada Airis. Abang tak tahu macam mana abang boleh jadi macam tu. Abang ingatkan cinta abang pada sayang takkan berubah dan tak akan ada seorang pun yang mampu menggantikan tempat sayang tapi abang silap. Ada juga orang yang mampu menggantikan tempat sayang. Tapi, sayang jangan risau. Sayang sentiasa ada dalam hati abang. Insya-Allah, abang takkan melupakan sayang.”
“Cuma satu je abang nak cakap, Airis adalah orang yang terpenting dalam hidup abang selepas sayang. Sayang nak tahu? Baru beberapa hari lepas Airis dah selamat melahirkan anak-anak abang. Alhamdulillah…abang dapat anak kembar sayang. Dua-dua baby boy. Awal tu abang takut kalau abang akan kehilangan Airis macam mana abang kehilangan sayang. Tapi, Allah tu Maha Adil sayang. Dia tak ambil Airis dari abang. Abang bersyukur sangat-sangat.”
“Oklah sayang…abang tak boleh lama-lama dekat sini. Abang nak kena balik tengokkan keadaan babies, Airis dan Dania pulak. Abang selalu doakan sayang berada dalam keadaan tenang di sana. Sayang rehat ye? Abang balik dulu…assalamualaikum…” Aryan bangun lalu melipat tikar yang dibawa bersamanya tadi. Dia memandang kubur arwah isterinya sebelum dia melangkah pergi dari situ.
“ABANG dah balik?” tegur Airis sebaik saja terpandangkan Aryan yang sedang membuka bajunya lalu mencampaknya masuk ke dalam bakul baju kotor.
“Abang dah jenguk kubur arwah?” soal Airis lagi. Dia yakin mesti Aryan akan pergi jenguk kubur arwah punya. Dia nak pergi mana lagi kan? Siap bawak Yasin lagi.
“Dah sayang. Lepas jugak rindu abang pada arwah…” ujar Aryan sambil melihat anak-anaknya yang tertidur di samping Airis.
Airis pula tersenyum mendengar kata-kata suaminya. “Abang rindu pada arwah ya?” jeles? Hmmm…tak tahulah nak rasa apa. Lagipun, buat apa aku nak rasa jeles? Apa-apa pun arwah adalah carta nombor satu pada hati Aryan. Aku ni isteri kedua. Ni kalau Aryan dengar kau cakap macam ni, konfem bibir kau kena cium sebab dia memang pantang aku macam tu.
“Rindu jugaklah sayang…” Aryan membaringkan kepalanya di atas paha Airis. Airis masih lagi tersenyum sambil mengusap lembut rambut lebat suaminya. Suami aku memang suka bermanja macam ni.

YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...