•BAB 113•

14K 349 2
                                    

Airis membetulkan cadar katil.  Semalam habis aku kena gomol dengan Aryan sebab aku prank kan dia.  Dah tu komplot pulak dengan si Mikhael bengong tu memang aku kena cukup-cukuplah semalam.  Sampai semput aku dibuatnya sebab kira gelak je.

Ting! Satu chat what’s app masuk.  Sapa pulak yang hantar chat pagi-pagi ni? Selepas menyusun bantal-bantal supaya teratur, dia mencapai telefonnya lalu membaca chat yang dihantar oleh Mikhael.

Mikhael: Woi!

Amboi mamat ni! Pagi-pagi dah woi kan aku nampak? Memang nak kena sekeh betul!

Me: Apa woi-woi? Tak reti bagi salam dah ke?

Mikhael ni memang kena bagi tazkirah pendek pagi-pagi macam ni.  Kasi kesedaran sivik sikit.

Mikhael: Hahahaha…ok-ok.  Sorry! Emmm…aku ada benda nak cakap dengan kau ni.

Me: Bukan cakap tapi typing. [black face.]

Sajalah berloyar buruk sikit dengan mamat ni.  Bukannya selalu pun.

Mikhael: Kau ni memang nak kena maki dengan aku pagi-pagi yang indah ni kan? Haih!

Hahahaha…tu meroyan dia dah datanglah tu.  Sapa suruh woi kan aku pagi-pagi? Padan muka!

Me: Lama tak kena maki.  Kalau kena sekali best jugak.  Hah, kau ada apa pagi-pagi ni chat aku? Kalau tak ada benda yang penting, aku nak chau dulu.  Nak masak breakfast untuk Dania pulak.

Mikhael: Aku nak cakap pasal Doktor Kamilia.

Doktor Kamilia? Wah…apa dah jadi antara diorang dua ni? Doktor Kamilia dah bagi keputusan ke?
Baru je nak balas chat Mikhael, naik incoming call from Mikhael.  Airis menjawab panggilan tersebut.  Aku harap berita gembiralah yang aku dapat.

So?” pertanyaan pertama dari Airis.

“Doktor Kamilia dah bagi jawapan dekat aku,” kata-kata Mikhael membuatkan Airis berdebar.  Dah pehal pulak aku yang berdebar lebih ni? Tak apa, aku yakin mesti jawapan yang gembira punya.  Fuh! Rileks.

“Ya? Jadi, apa jawapannya?”

“Dia…aku tak tahu nak cakap macam mana dekat kau Airis,” suara Mikhael lemah.  Sudah! Jangan cakap yang Doktor Kamilia tolak cinta dia? Desis hati Airis.

“Cakap jelah bro.  Aku dengar.  Kenapa? Doktor Kamilia tolak cinta kau? Kalau dia tolak sekalipun, jangan give up bro.  Ada banyak lagi perempuan dekat KL ni.”

“Entahlah weyh.  Aku rasa macam…” ucapan Mikhael sungguh lemah di talian.  Memang dia frust aku rasa.  Kalau tak, dia takkan cakap macam ni.

“Rilekslah bro.”

“Nak rileks apanya kalau aku happy?! Aku tak boleh duduk sekarang ni kau tahu! Happy nak mati rasanya sekarang ni bila Doktor Kamilia terima cinta aku weyh!”

Terkejut pulak aku bila Mikhael tiba-tiba terjerit macam tu.  Aku ingatkan apalah tadi.  Rupanya Doktor Kamilia dah terima cinta dia.  Cis! Sengaja buat cerita saspens! Mamat ni memang layak dapat award Anugerah Lelaki Penipu.  Memang aku tertipu tadi.  Aku sangkakan Doktor Kamilia tolak cinta dia.

“Kau ni memang nak kena cepuk dengan aku.  Lain kali terus terang jelah! Ni buat saspens pulak.  Macam mana yang dia boleh terima cinta kau?” aku naklah jugak tahu sebab bukan senang Doktor Kamilia nak terima seseorang tu dalam hidup dia. 
Apatah lagi beza umur dua tahun dari dia dan pasangan tu muda pulak.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now