•BAB 85•

17.5K 463 10
                                    

Selepas beberapa hari ditahan di wad, akhirnya Airis dibenarkan untuk pulang ke rumah.  Orang yang paling gembira mestilah Airis.  Boring tau tak asyik terbaring je dekat hospital tu.  Kalau nak ke tandas pun, Aryan akan papah aku ke tandas.  Punyalah takut aku jadi macam dulu balik.  Ke tandas je pun.  Bukannya aku nak pergi main bola sepak.

Selepas kereta diparkirkan di garaj rumah, Airis bersedia untuk keluar dari kereta.  Perbuatannya terbantut bila Aryan menegurnya.

“Eh? Nak ke mana pulak tu?”

“Keluarlah? Takkanlah nak camping pulak dalam kereta ni?” pelik punya soalan suami aku ni.

“Tunggu kejap!” Aryan bingkas keluar dari kereta lalu membuka pintu penumpang.  Tubuh Airis diangkat keluar dari kereta.

“Abbb…abang!!!” terkejut jugak aku bila tiba-tiba dia angkat badan aku.  Tak bagi hint langsung.

“Apa? Nak jalan sendiri? Tak payah nak gatal!” Aryan menutup pintu kereta menggunakan punggungnya.  Boleh bayang tak dia tutup guna punggung? Tak boleh bayang sudah.  Abaikan.

“Bila masa pulak saya gatal? Kalau gatal, mesti dah tengah tergaru-garu sekarang ni…” sempat lagi dia berloyar buruk.

“Loyar buruk pulak dah.  Abang gigit jugak kang mulut tu?”

Airis menekup bibirnya sambil tersengih.  “Janganlah gigit.  Kalau putus macam mana saya nak makan? Macam mana saya nak cakap dengan abang?”

“Sayang! Eeee!!! Geram abang dengan sayang ni!” tubuh itu direbahkan di atas sofa lalu bibirnya mendarat pada pipi gebu Airis dan dicium bertalu-talu.

“Abang!!!” Airis menolak pipi Aryan berkali-kali.  Mengelak dari kena cium lagi.  Rimas!

Ops! Kita wrong timing Dania…” ujar Humaira sambil menutup matanya dan mata Dania.

Gelagat mereka berdua terhenti bila terpandang ke arah Dania dan Humaira yang sedang berdiri di hadapan pintu.

“Patutlah suruh aku bawak anak kau jalan-jalan.  Rupanya kau nak bermanja dengan bini kau rupanya…” ujar Humaira dengan sengihannya.

Airis pula dah termalu bila diusik sebegitu.  Tak pasal-pasal pulak kantoi dekat Humaira pulak.  Aryan bingkas menjarakkan dirinya dari Airis.  Humaira menurunkan tangannya.

“Yang kau pun masuk rumah aku tak bagi salam dah kenapa?” ujar Aryan sambil tangannya mencekak pada pinggangnya.

Humaira tersengih.  “Yelah.  Salah aku.  Ambik balik anak korang ni,” Dania berjalan menuju ke arah abinya.

“Aku balik dulu.  Sambunglah balik adegan sweet korang tu…” Humaira terkekeh ketawa sambil mengangkat kakinya untuk lari keluar dari rumah bila terpandang muka Airis dah serupa nak telan orang.

“Hantu kau!!!” Airis membaling bantal kecil ke arah Humaira.  Geram betullah aku minah ni.

“Airis!” Humaira kembali
menjengulkan kepalanya di muka pintu.

“Kau nak apa lagi hah hantu?” Airis tayang muka tak puas hati.

“Aku just nak cakap dalam peti ais kau tu ada coklat.  Aku ingatkan aku nak makan dengan kau dan Dania sekali tapi tak jadi rasanya.  Aku nak kena balik cepat ni.  So, kalau kau nak makan, makanlah tapi taruk dekat aku sikit eh?”

Hmmm yelah…”

“Sambung balik romantik!” Humaira tergelak kuat sebelum Airis menjerit namanya.

“Maira!!!”






RALIT dia memilih jenama biskut yang berada di rak supermarket tersebut.  Biskut je? Hmmm…malam-malam memang aku pilih untuk makan biskut je.  Nak diet lah kononnya.

“Takkan pilih biskut je?” hampir terlepas biskut jenama Jacobs di tangannya bila ada suara tiba-tiba menegurnya.  Dia memandang Wafiey yang sedang tersenyum kepadanya.

“Kalau ye pun bagilah salam dulu…” ujar Humaira dalam nada memerli.  Yelah, aku rasa aku sorang je dekat lorong biskut ni tadi.  Adalah jugak sorang dua tapi jauh dekat hujung sana.  Bila dah tiba-tiba si Wafiey ni tegur aku secara tiba-tiba, gila tak terkejut?

Sorry…Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Takkan makan biskut je?”

Hmmm…ada masalah ke kalau saya makan biskut sekalipun?” tanya Humaira kembali.  Rasanya tak ada salah kalau makan biskut.

“Taklah tapi takkan biskut je? Roti ke apa ke? Maggi?”

“Banyak songehlah awak ni.  Ikut suka hati sayalah nak makan apa pun? Tak ada kena mengena dengan life awak pun kan? Perut saya ikut suka hati sayalah.  Oh ya maggi? Maggi tak baik untuk kesihatan!” nah…hamek kau! Kena ceramah free.  Humaira bingkas berlalu pergi dari situ.

“Maira…awak masih marahkan saya ke?”

“Tak pun.  Ada nampak saya marah?”

“Memanglah tak nampak awak marah tapi awak seolah-olah tak suka saya.  Macam marah je bila saya cuba cakap dengan awak.”

“Awak ni imaginasi lebih sangat,” Humaira meletakkan biskut-biskut yang dipilihnya di atas kaunter pembayaran.

“Lima belas ringgit enam puluh sen…” ujar cashier tersebut.  Humaira menghulurkan not 20 kepada cashier tersebut.  Tangannya mencapai plastik berisi biskut yang dibelinya. 
Selepas mendapat baki, dia terus beredar dari situ.  Dahlah cashier tu pun tengok aku pelik dengan Wafiey.

“Maira!”

Humaira berhenti melangkah lalu memandang Wafiey yang melangkah ke arahnya.  “Saya penat ni Wafiey.  Hari lain jelah eh kalau nak borak dengan saya pun? Saya nak balik rumah dan rehat…”

“Hari lain tu bila Maira? Setiap kali saya cuba cakap dengan awak, awak akan elak.  Saya tak tahu nak buat macam mana lagi Maira.  Kadang-kadang saya rasa buntu dengan awak.  Buntu macam mana nak buat awak maafkan saya.”

“Saya dah maafkan awak lama Wafiey cuma hati saya ni tak boleh nak terima awak dalam masa terdekat ni.  Faham? Saya harap awak faham sangat sekarang ni Wafiey.  Oklah, saya balik dulu.  Assalamualaikum…” tanpa menunggu sepatah kata dari Wafiey, dia terus beredar dari situ.

Bukannya kerana dia meluat dengan Wafiey.  Tak! Bukan sebab tu.  Sebabnya aku tak mampu tahan dengan panahan mata dia.  Rasa terlalu tajam menikam ke dalam anak matanya sampaikan jantung aku pun berdebar tak tentu arah.

Wafiey hanya memandang langkah Humaira yang sudah berlalu jauh pergi meninggalkannya di tenga-tengah supermarket tersebut.  Keras sungguh hati Maira.  Macam manalah aku nak buat supaya hati dia kembali lembut dan terbuka untuk aku? Dah macam-macam cara aku buat tapi tak berkesan jugak.

Selepas pintu kereta ditutup, enjin kereta dihidupkan.  Dia mengeluarkan telefon dari beg tangannya lalu mendail nombor Airis.

Hello Airis.”

“Aku nak tanya pendapat kau…”

“Perlu ke aku terima Wafiey sekarang ni?”

“Ye aku tahu dia dah buat macam-macam untuk dapatkan cinta dan kepercayaan aku kembali tapi tak tahu kenapa weyh berat sangat hati aku ni nak terima dia balik.”

“Tapi…aku tak bolehlah tengok muka simpati dia.  Ya, aku tak nafikan yang aku memang masih sukakan dia.  Cinta tu aku tak pastilah tapi rasanya aku masih cintakan dia…sikit.”

Hmmm…yelah.  Tengoklah macam mana,” talian diputuskan.  Keluhan besarnya dilepaskan.  Buntu pulak rasa sekarang ni.  Terima Wafiey ataupun tidak?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now