Aryan memusingkan pen yang terselit di celah jarinya. Jasad masih ada di ofis manakala rohnya dah berada di alam lain. Minda dia pun dah terbang ke mana fikirkan pasal kehidupannya. Memikirkan Iliya yang sudah pergi meninggalkan dia dan Dania. Kepergiannya tak mungkin akan kembali lagi. Memang dia tengah rindukan Iliya sekarang ni. Mana mungkin dia boleh lupakan isterinya yang seorang itu.
Masih jelas terbayang pada matanya bagaiman bahagianya dia dahulu bila dapat tahu yang isterinya sedang mengandung. Hanya dia saja yang dapat rasakan kegembiraan tu. Setiap hari dia dapat melihat perkembangan baby di dalam perut isterinya. Pergi buat check-up baby. Lepas tu dapat rasa baby tendang perut. Bila dia baring di riba Iliya, Iliya akan membelai kepalanya dengan penuh kasih-sayang. Ya Allah, rindunya dia dengan semua tu.
Masih segar di dalam ingatannya pesanan terakhir dari Iliya yang memintanya untuk mencari pegganti untuk menjaga Dania dan dirinya.
“Abang…abang janji dengan Iliya ye? Kalau Iliya dah tak ada nanti, abang kena jaga Dania dan abang kena kuat. Abang kena cari pengganti kepada Iliya. Abang kena cari seorang ibu untuk Dania sebab Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu…”
Iliya menghembuskan nafas terakhirnya sehari selepas dia melahirkan Dania. Waktu itu hanya Allah dan dirinya saja yang tahu betapa luluh hatinya bila Iliya dah tinggalkan aku dan Dania dari dunia ni dan tak akan kembali untuk selamanya. Walau apa pun, dia redha dengan pemergian Iliya. Semoga roh isterinya tenang di sana. Dia mengampunkan segala dosa-dosa Iliya. Malah, baginya Iliya tak pernah melakukan dosa langsung kepadanya.
Nak cari pengganti untuk aku dan Dania buat masa sekarang ni? Hmmm…aku tak rasa yang aku mampu cari pengganti yang betul-betul sama dengan Iliya sekarang ni. Aku yakin tak ada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan Iliya.
Tak apa, aku masih boleh jaga Dania dan diri aku. Aku tak perlukan siapa-siapa untuk jadi pengganti kepada tempat Iliya. Aku belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana perempuan lagi.Mikhael memandang Aryan dengan keluhan kecil. Memang kerja Aryan sebulan ni termenung je. Termenung sampai ke tahap mana pun aku tak tahulah. Nasib baiklah dia bekerja di bawah ofis bapak aku. Kalau orang lain? Dah lama kena pecat gamaknya kalau nampak termenung macam ni. Mikhael menarik kerusi lalu duduk di hadapan Aryan.
“Iyan…” Aryan masih tak sedar dengan kehadiran Mikhael di hadapannya.
“Iyan!” panggilnya sedikit kuat dari tadi. Ya Allah! Dia tak sedar lagi?
Bam! “Iyan!” jeritnya kuat serentak dengan tamparan kuat di meja kerja Aryan membuatkan Aryan tersedar kembali dari dunianya. Aduh! Kebas tangan aku sebab tampar meja ni. Menyesal pulak guna tangan nak tampar meja ni. Habis tu? Nak guna kaki?
“Kau ni! Agak-agaklah nak bagi aku mati pun? Janganlah buat aku sakit jantung macam ni!” laju je jantung aku berdegup sekarang ni.
Mengalahkan larian marathon.“Kau termenung sampai mana dah? Switzerland? London? Ke Afrika? Aduh kau ni…agak-agaklah nak termenung sekalipun. Nasib baik kau kerja dekat ofis bapak aku tahu?
Kalau kau kerja dekat ofis orang lain, aku dah jamin kau dah lama kena buang kerja.” bebel Mikhael. Tak habis-habis nak bebelkan aku Mikhael ni. Aryan kembali membetulkan kedudukannya.“Kau masih terfikirkan Iliya?” soal Mikhael bila mereka berdua mula menyepi.
“Siapa lagi aku nak fikir?” jawabnya lemah dan perlahan.
“Iyan…Iliya dah pergi pun. Dah sebulan. Kau kena redha dengan pemergian arwah,” kadang-kadang aku risau jugak dengan Aryan ni.
Terlampau dalam khayalan sendiri. Bukan apa, abai diri sendiri tak apa, takut abaikan Dania yang masih kecil tu. Kesian Dania kalau dia terabai. Dia bukannya tahu apa-apa lagi pasal dunia ni.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
Roman d'amourTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...