“Abang? Abang tak kerja ke hari ni?” soal Airis bila melihat suaminya yang hanya mengenakan t-shirt biasa bersama seluar jeans. Nampak santai. Mustahillah suami aku nak pergi kerja pakai macam tu je. Kalau dia CEO, tak apalah jugak. Masalahnya bukan.
“Saja abang ambik cuti hari ni. Yelah, tadi lepas Subuh kan sayang cakap yang sayang nak keluar pergi beli barang dapur. Jadi, sebab abang dah lama tak keluar dengan sayang pergi beli barang dapur, abang ambik cuti dan luangkan masa bersama sayang…” dia tersenyum.
“Abang ni. Susah-susah je. Kalau saya pergi sendiri pun tak apa. Macamlah saya tak biasa pergi sendiri,” ni sengajalah tu nak on mood mengada dengan aku.
“Tak apalah. Sekali-sekala nak luangkan masa bersama sayang. Apa salahnya? Abang tak kisah pun. Lagipun kalau abang ada, sekurang-kurangnya beban sayang kurang sikit. Abang boleh tolong jagakan Dania.”
Betul jugak apa yang suami aku ni cakap. Yelah, ada masanya Dania ni buas tu masya-Allah tak payah nak cakaplah. Buasnya mengalahkan apa lagi. Jadi, bila ada Aryan ni, sekurang-kurangnya aku tak rasa terbeban sangat. Senang nak memilih barang yang nak dibeli.
SELEPAS membeli-belah barang dapur, mereka singgah sebentar di KFC. Tiba-tiba pulak tekak si Airis ni nak makan ayam KFC. Dania pulak dia dah tak kisah dengan ayam ke apa. Apa yang dia tahu dia nak ‘berzumba’ dekat tempat permainan yang disediakan oleh KFC. Makan apa pun dah tak ingat. Tinggal Airis je yang masih enak melayan set KFC yang dipilihnya.
Aryan tersenyum kecil melihat isterinya yang sibuk membaham ayam goreng KFC tanpa menghiraukan si suami yang ralit merenung isteri. Nampak comel dia makan macam tu. Macam budak-budak yang baru first time menikmati ayam goreng KFC. Teruja sangat. Macam tulah reaksi Airis sekarang ni. Tak apa, aku tak kisah pun janji dia bahagia dan babies kenyang. Buat apalah nak berkira dengan isteri sendiri kan kalau setakat nak makan KFC je. Lainlah kalau dia mintak makan makanan western yang satu pinggan pun harga dah mencecah beratus. Yang tu pecah peluh!
Airis berhenti makan isi ayam bila terpandangkan suaminya yang ralit melihatnya. Dah kenapa? Comot sangat ke aku makan? Ke aku makan ayam ni dah serupa hantu raya? Isy! Apalah yang kau merepek ni Airis?
“Abang…kenapa abang tak makan?” kejap aku nak kira berapa banyak ayam yang aku dah makan. Satu…dua…tiga…termasuk dengan yang aku tengah baham ni dah empat ketul! Masya-Allah Airis!!!
“Tengok isteri abang makan pun dah kenyang. Abang happy tengok sayang makan macam ni. Rasa macam abang dah bagi kebahagiaan yang lengkap pada sayang…”
Auwwww…suka buat aku rasa terharu macam ni. Hehehe…mengada betul kau ni Airis!
“Abang ni. Kalau saya makan, abang pun kena makan sekali. Takkanlah abang nak tengok je saya makan? Abang tak lapar ke?”
“Tak as long as isteri abang ni happy dan kenyang. Abang nak sayang dan babies makan kenyang-kenyang! Abang tak kisah kalau nak keluarkan duit lagi untuk sayang dan babies.”
“Abang ni tak payahlah membazir. Ayam ni masih banyak lagi. Abang beli sepulu ketul kot? Ni dengan set yang saya pilih lagi ada cheesy twister. Abang makan eh?” Airis mencubit isi ayam lalu disuakan ke mulut suaminya.
“Tak apa sayang makan je…”
“Abang…” Airis tetap berkeras nak suapkan Aryan. Tak sukalah bila dia tengok je aku makan walhal dia tak sentuh satu lagi pun ayam. Aku je yang melahap dah melebih ni.
“Ok…” Aryan membuka mulutnya lalu Airis menyuapkan isi ayam ke dalam mulut suaminya.
“Sedap kan?”
“Sedaplah bila isteri sendiri yang suapkan. Apa-apa saja dari Airis mesti abang akan makan.”
Bahagia! Ya! Itu yang aku rasa sekarang ni. Apa yang Aryan cakap semuanya aku suka. Tak macam dulu, pantang Aryan cakap sweet sikit je mulalah aku rasa geli. Tapi sekarang tak. Aku suka dengan ayat sweet dia.
“Abang…”
“Ye?”
“Abang tak ingatkan arwah Iliya?” soalan aku membuatkan Aryan terdiam agak lama. Mulalah timbul rasa bersalah dalam hatinya.
“Kenapa sayang tanya macam tu?”
“Tak ada apa. Saja tanya.”
“Abang masih teringatkan dia. Bohonglah kalau abang langsung tak ingatkan dia. Tapi, apa gunanya abang ingatkan pada orang yang tak akan kembali kepada kita? Tapi tak bermakna yang abang akan lupakan dia untuk selama-lamanya sebab abang tak nafikan yang Dania makin membesar dan wajahnya ada iras pada arwah isteri abang.”
Ya, aku tak nafikan apa yang suami aku cakap. Muka Dania sekarang lebih iras kepada wajah arwah.
“Sorry abang sebab tercakap pasal hal ni. Saya bukannya apa. Walaupun kita hidup bahagia sekarang, saya tak nak abang lupakan arwah.”
Aryan mencapai tangan Airis lalu digenggamnya erat. “Abang takkan pernah lupa dengan arwah Iliya. Dia akan selalu ada dalam ingatan dan hati abang. Apa pun sekarang abang hanya fokus kepada kebahagiaan sayang abang yang sorang ni je.”
“Terima kasih abang sebab tak lupakan arwah…”
“Kenapa sayang terlalu concernkan pasal arwah?” teringin jugak dia nak tahu. Sekali-sekala mesti Airis akan cakap pasal arwah isterinya.
“Sebab dia isteri pertama abang. Saya sedar saya hanya isteri kedua je untuk abang. Apa-apa pun arwah adalah isteri yang terbaik untuk abang. Dia cinta pertama abang dan takkanlah abang nak lupakan semuanya macam tu je? Saya tak nak arwah fikir saya nak rampas abang dari dia pulak…”
“Sayang…jangan cakap macam tu please? Walaupun sayang hanya isteri kedua abang tapi tak bermakna sayang akan jadi yang kedua selama-lamanya untuk abang. Apa yang abang tahu sayang jadi yang pertama untuk abang sekarang ni. Sama taraf dengan arwah isteri abang. Abang tak nak sayang fikir yang abang layan tak sama adil pada sayang…”
“Abang jangan risaulah. Saya tak fikir apa-apa yang buruk pun pasal abang. Saya cuma tak nak abang lupa terus pasal arwah.”
Kenapa hati kau terlampau mulia Airis? Kenapa kau selalu ingatkan aku pasal arwah disaat aku hampir melupakan dia? Apa yang aku tahu aku cuma ingin hidup bahagia dengan kau tanpa memikirkan pasal arwah sebab takut aku bersedih. Aku tak nak kau sedih Airis tapi dari cara kau, aku dapat nampak hati kau yang tabah. Sekali-sekala kau akan ingatkan aku pasal arwah. Walaupun Iliya dah pergi dari hidup aku tapi Allah hadirkan Airis Afina sebagai pengganti kepada arwah Iliya yang perangainya hampir sama dengan arwah Iliya bila tiba waktunya bermanja dengan aku. Kasih-sayang yang dicurahkan kepada aku dan Dania hampir sama dengan arwah Iliya dulu-dulu. Sangat penyayang.
Nampaknya pilihan aku dari awal tak pernah salah memilih Airis sebagai isteri aku.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
DragosteTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...