Airis menepuk-nepuk perlahan punggung Dania. Dania pun dah nak terlelap dah tu. Maklumlah hari ni seharian aktif main dengan mainan dia. Bila dah malam ni, mengantuklah dia. Selepas memastikan Dania sudah terlena, dia meletakkan Dania di dalam baby cot. Baik je anak umi hari ni. Tak banyak meragam. Senang jugak jaga Dania ni.
Aryan menutup pintu bilik perlahan bila ternampak Airis yang sedang mendodoikan Dania di dalam baby cot. Kalau Dania dah tidur lagi senang dia nak berbual dengan Airis. Memang dia dah fikir masak-masak untuk bawak Airis pergi bercuti. Ini macam dikira honeymoon lah. Tapi, antara aku dan Airis ada ke istilah honeymoon?
Dia menunggu Airis di atas katil. Airis beredar ke katil bila Dania sudah nyenyak dalam tidurnya. Dia duduk di sebelah Aryan. Suasana antara mereka berdua sepi. Krik-krik. Seolah-olah macam saling tak kenal.
“Airis, aku ada benda nak cakap dengan kau ni.”
“Apa dia?” balasnya sambil matanya masih lagi terarah pada Dania.
“Kita pergi bercuti?” tumpuan Airis terus fokus kepada Aryan.
“Bercuti? Maksud kau? Honeymoon?” biar betul Aryan ni nak honeymoon dengan aku? Macam tak betul je. Tapi, suara dia macam serius ajak aku pergi bercuti.
“Lebih kurang macam tulah bunyinya. Nak?”
“Berdua je dengan kau?”
“Habis tu? Nak ajak sapa?” hailah bini aku ni. Tanyalah soalan yang ilmiah sikit. Soalan yang macam darjah satu jugak ditanyanya.
“Emmm…” takkanlah aku nak bercuti berdua je dengan dia? Rasa macam kekoklah pulak? Tapi aku tengok muka Aryan ni macam berharap sangat yang aku setuju untuk pergi bercuti dengan dia.
“Berapa hari?”
Yes! Nampak gayanya Airis macam dah setuju. “Seminggu?”
“Seminggu?! Uish! Lamanya? Kau tak rasa lama ke?” seminggu? Alahai…nak buat apalah dekat sana untuk seminggu? Boleh reput aku jadinya. Lagipun, aku bukannya suka pergi bercuti apa ni. Bosan. Baik aku duduk rumah je.
“Seminggu tu tak akan rasa lama kalau aku duduk dengan orang yang aku cinta dan sayang…” ucap Aryan dengan penuh romantis.
Airis terdiam seketika. Bibirnya diherotkan ke kanan dan ke kiri gaya berfikir. Jujurnya aku ok je untuk pergi bercuti walaupun aku rasa malas tapi masalahnya aku terfikirkan ayat Aryan tadi. Dia cinta dan sayangkan aku? Betul ke? Ke dia hanya main-mainkan perasaan aku? Tapi, dulu Mikhael cakap yang Aryan ni memang betul-betul cintakan aku. Musykil.
Taklah…bukan aku tak percaya langsung tapi aku cuma terfikir semudah tu je cinta dia pada arwah Iliya berubah kepada aku? Bukan ke dia terlampau cintakan arwah Iliya dulu? Takkan sesenang tu je cinta dia beralih pada aku?
Mata Airis terkelip bila ada petikan jari di hadapan matanya. Dia menggeleng kecil lalu memandang Aryan yang masih menantikan jawapan dari mulutnya.
“So? Apa jawapan kau?” aku punyalah tunggu jawapan dia last-last dia tak jawab pun? Termenung je kerja.
“Ikut suka kaulah Aryan. Kalau aku menolak pun, kau tetap berkeras nak ajak aku pergi bercuti jugak kan? Emmm, kita nak pergi bercuti dekat mana?”
“Dalam Malaysia je. Maybe Pulau Tioman? Best jugak dekat sana.”
Pulau Tioman? Setahu aku, aku tak pernah lagilah jejak kaki ke sana. Jadi, apa salahnya kalau kali ni aku setuju je kan? Bolehlah aku tahu cantik mana sangat Pulau Tioman tu. Boleh jugak mandi pantai! Argh! Itulah yang aku paling suka sekali!
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...