Airis memandang ke arah jam yang terletak di dinding sambil tangannya memangku Aqil untuk menyusu. Dah pukul 9 malam. Kenapa suami aku ni tak sampai-sampai rumah lagi? Dia cakap dia balik awal hari ni? Hmmm…mungkin jalan masih jammed kot? Husnuzon jelah.
Prang! Terkejut Airis dibuatnya bila terdengar macam ada sesuatu yang jatuh di ruang bawah. Aqil yang sudah siap disusukan diletakkan kembali ke dalam baby cot. Baju tidurnya diperbetulkan lalu melangkah keluar dari bilik. Bunyi apa tadi tu? Kecut jantungnya sekarang ni ditambah pulak dengan dup dap sekarang ni.
Perlahan kakinya menuruni satu persatu anak tangga sambil matanya melilau sekeliling ruang tamu. Kenapa pulak suasana ruang tamu ni jadi malap? Tadi rasanya aku dah bukak lampu supaya cerah. Sudah! Sapa pulak yang adjust lampu jadi malap ni? Hantu?
Airis menepuk mulutnya perlahan. Suka benar fikir hantu. Cuba fikir yang elok-elok? Pencuri??? Isy tak mungkin! Dia melangkah turun anak tangga yang terakhir. Seram sejuk hanya dia yang tahu. Rasa takutnya dah menggunung sekarang ni. Kalau betullah benda ‘tu’, aku pengsan dulu! Aku tak kuat!
Dia bergerak hendak menuju ke dapur. Tiba-tiba dia rasa macam ada benda yang melintas belakangnya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Ok, tak ada apa! Aku dah seram sejuk sekarang ni. Abang! Cepatlah balik! Saya takut ni! Huhuhu…
Sekali lagi dia merasakan benda yang sama melintas di belakangnya. Tapi sumpah kali ni aku tak berani nak toleh! Aku takut bila aku toleh benda ‘tu’ terpacak berdiri belakang aku. Tak sanggup aku nak hadap muka hodoh benda ‘tu’. Ya Allah! Kuatkanlah semangat aku.
Asyik dia melilau matanya ke sekeliling, dia rasa ada tangan memegang bahunya. Apa lagi? Jerit arrr!
“Argh!!!!” Airis menjerit kuat sambil tangannya menepis tangan tersebut lalu benda yang berdiri di belakangnya dipukul sekuat hati.
“Mampuslah kau hantu! Syuh!
Mampus!!!” jeritnya sambil memejam matanya manakala tangannya masih lagi memukul benda tersebut.“Auch! Sayang! Sayang! Ni abanglah!” Aryan cuba menepis pukulan yang bertalu-talu diberikan Airis
kepadanya.“Ah bohong! Hantu zaman sekarang pandai bohong!!!” dia masih memukul Aryan di hadapannya. Penakut betul Airis ni.
“Ya Allah…sayang! Ni abang! Sakitlah sayang pukul abang!” kali ni suaranya perlu ditegaskan demi meyakinkan Airis yang masih belum percaya dirinya adalah Aryan.
Airis berhenti memukul dan mencelikkan matanya. Wah!!! Betullah suami aku! “Abang!”
“Ye! Abang! Kenapa? Tak percaya?” Aryan menjongketkan kening sebelah kirinya.
“Ya Allah abang ni. Dah kenapa kejutkan saya macam tu? Abang tahukan saya penakut?” kalau aku tahu suami aku, tak ada maknanya aku nak pukul dia tadi.
“Sayang ni penakut sangat. Cubalah jadi berani sikit?”
“Cuba dah tapi tak jadi-jadi jugak. Nak buat macam mana? Yang abang pun satu, buang tebiat ke tiba-tiba nak jadi makhluk tak berapa nak halus malam-malam macam ni?” Airis mencekakkan pinggangnya. “Dahlah balik lambat!” tokoknya lagi.
“Abang balik lambat sebab abang singgah Dominos.”
“Dominos??? Abang!!! Kenapa tak cakap?! Tahu tak saya craving Dominos gila-gila?!” huwaaaa…rasa nak nangis! Dah lama rasanya aku nak pergi makan pizza Dominos tapi tak kesampaian. Yelah kalau Dania tak apalah tapi Aqil dengan Afif? Susah.
“Nak cakap apa? Oh ya, abang nak cakap yang abang nak ajak sayang makan pizza sekali dengan abang? Nak tak? Kalau tak nak abang nak makan sorang-sorang je…”
Terus mata Airis bersinar. “Betul?”
“Taklah tipu.”
“Abang!”
“Ye! Betullah…jom makan sekarang? Abang lapar sekarang ni.”
“Lah…kalau dah tahu lapar, kenapa tak bagi saya masak? Degil! Saya nak masak abang tak nak.”
“Tak apalah sekali-sekala sayang tak masak. Abang rasa nak makan pizza pulak. Lama tekak abang tak merasa pizza. So? Jom makan?” Aryan mengajak. Perut pun dah berdondang sayang ni mintak makanan.
“Jom!” mereka berdua sama-sama menuju ke meja makan.
“Abang order apa?” tak sabar rasanya nak tahu. Tapi apa yang aku paling suka ialah Tuna Temptation dengan Flaming Tuna.
“Abang order Vegie Fiesta dengan Vegie Galore…” jawapan dari Aryan buatkan Airis dah nak buat black face. Waaa…memanglah sedap tapi aku tak berapa berkenan sangat! Aku lagi berkenan yang tuna!!!
“Alah abang…takkan satu pun tak dak yang tuna?” Aryan menggeleng.
Airis menarik muka empat belas.
“Tak apalah. Abang habiskan semua tu. Tak ada selera.”Baru saja dia nak bangun, tangannya diraih. “Abang gurau je. Of course abang beli kegemaran sayang. Tuna Temptation dengan Flaming Tuna. Jadi makan tak?”
“Betul?”
“Betul. Even abang suka Vegie Galore dengan Vegie Fiesta, tapi abang sanggup tukar demi isteri abang yang tersayang ni.”
Alamak…ni yang buat aku rasa bersalah pulak. “Abang tak makan tuna? Hmmm…kenapa tak beli satu daripada favourite abang?”
“Abang makan je tuna tapi abang suka lebih kepada Vegie Galore dengan Vegie Fiesta. Tak apa, demi isteri kesayangan abang ni, abang order je kegemaran dia. Alah, Tuna Temptation dengan Flaming Tuna ni pun sedap jugak. Abang makan. Sayang jangan risau ok?”
“Betul? Kalau abang tak makan, jangan paksa diri abang.”
“Abang makan. Part of favourite abang jugak. So, tak payah banyak cakap kita makan sekarang ye? Abang lapar…” Airis menggangguk lalu mencapai pisau yang sudah diletakkan atas meja dan memotong pizza tersebut kepada beberapa bahagian.
SELEPAS makan, Airis mengemaskan meja makan manakala Aryan pula dah masuk ke dalam bilik. Letihlah kot. Kena rempuh jammed lagi, lepas tu beratur belikan aku pizza pulak. Lepas tu kena layan pulak kerenah aku yang serupa apa pulak ni. Bertambah letihlah dia.
Habis mengemas, Airis memanjat tangga menuju ke bilik tidur mereka. Sebaik saja dia masuk, dia terpandangkan Aryan yang sudah terbaring di atas katil dengan baju kerjanya, dengan stoking tak bukak. Aku ingatkan dia mandilah tadi. Rupanya tak. Cari katil lepas tu lena sampai ke pagi. Biarlah dia lena. Lagipun aku yakin yang suami aku dah solat. Selalunya kalau dia balik lambat, mesti dia akan singgah mana-mana masjid untuk solat Isyak.
Airis berlutut di hadapan kaki Aryan lalu perlahan-lahan dia menanggalkan stoking dari kaki suaminya. Selepas stoking sebelah kiri ditanggalkan, dia menanggalkan stoking sebelah kanan pula lalu diletakkan di dalam bakul kotor. Nasib baiklah ada lampu sisi.
Bolehlah aku nampak sikit sekeliling bilik ni.Kemudiannya, dia kembali ke arah suaminya bersama besen yang berisi air di dalam besen dan tuala sederhana besar di tangannya. Nak lap badan Aryan. Airis memandang tubuh Aryan. Isy, teragak-agak pulak aku nak bukak baju dia ni. Kang dikatanya aku mencabul, naya! Otak sengal suami aku ni bukannya boleh dijangkakan.
Tak apalah Airis. Bukak jelah. Tujuan kau pun nak bersihkan badan dia je. Bukannya nak menggatal pun. Tangannya lincah membuka satu persatu butang baju kemeja suaminya. Ada singlet putih di dalam. Airis mencelupkan tuala ke dalam besen lalu diperah. Perlahan dia mengelap tubuh Aryan. Tak nak
Aryan terganggu pulak. Dari tangan, perut sehinggalah ke bahagian kaki semuanya dilap Airis dengan penuh cermat. Dalam masa yang sama gentar jugak sebab kalau Aryan terjaga memang aku kena usik cukup-cukup.Tuala yang digunakan untuk membersih tubuh Aryan diletakkan dalam besen. Dia membawa besen ke tandas dan diletakkan di dalam sinki. Siap membasuh besen dan tuala, dia menuju ke arah katil. Rasa mengantuk dah menguasai minda. Dah berapa kali aku menguap.
Tubuhnya dibaringkan di sebelah suaminya lalu menutup mata. Rasa lega bila badan dah baring atas katil. Sedap je rasa. Dia terlena sehingga ke pagi.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...