“Seriuslah kita nak bagi hadiah ni dekat Airis nanti?” soal Humaira berkali-kali. Bukannya apa. Hadiah dari mereka ni mungkin boleh buat Airis dapat penyakit sakit jantung. Hadiahnya memang tak terjangkau dek akal. Silap hari bulan, Airis silat kami semua sebab bagi dia hadiah yang ni.
“Seriuslah! Apa? Salah ke kalau kita bagi hadiah ni dekat dia? Tak salahkan? Alah, baju je pun!” balas Feeqa sambil tersengih. Lieya di sebelah Feeqa dah tergelak kuat. Boleh bayang muka Airis nanti macam mana kalau dapat hadiah baju ni.
“Taklah, kau tahukan Airis macam mana? Silap hari bulan weyh putus kawan!” seriau jugak aku. Takut Airis melenting dapat hadiah dari mereka.
“Takkanlah sebab baju je nak putus kawan? Come on. Kita sama-sama dah kenal Airis kan? Dah tahu perangai dia macam mana,” Lieya pula mencelah. Dia pun seriau jugak kalau Airis melenting. Terlebih faham dah dengan perangai Airis yang cepat melenting.
“Yelah, tapi kau yang bagi eh! Aku tak nak bagi,” Humaira menunjuk jarinya pada Feeqa.
“Aku? No problem!” balas Feeqa dengan yakin. Kalau Airis melenting, tahulah macam mana dia nak surutkan marah Airis tu balik.
Percakapan Humaira terhenti bila telefonnya berdering. Dia mengambil telefonnya dari dalam beg tangan lalu memandang nama pemanggil.
Unknown number? Dari mana pulak unknown number ni dapat nombor aku?“Siapa tu?” soal Lieya.
“Entah. Unknown number. Kejap eh? Aku jawab call,” Humaira berjalan menjauhi Feeqa dan Lieya lalu menjawab panggilan dari unknown number tersebut.
“Hello? Assalamualaikum?” ujar Humaira selepas menjawab panggilan tersebut.
“Waalaikumussalam…Humaira ke ni?”
Humaira mengerutkan dahinya.
Suara lelaki! Sapa pulak dah ni? Jangan cakap keturunan Bangladesh sudah! Kau ni Maira! Bangladesh apanya kalau suara dia memang bunyi pure Melayu? Aiyooo…kita tarak tau itu orang macam mana. Boleh saja ini orang menyamar jadi Melayu.Kata orang Bangladesh! Kau pun dah nak bertukar jadi Bangladesh, Maira!
“Ye saya Humaira. Ni sapa eh?”
“Wafiey.”
Zappp!!! Menusuk terus ke kalbu. Uiii!!! Macam mana crush kita dapat nombor kita ni?
“Awak dapat mana nombor saya?” walhal hati dah suka! Crush telefon tu! Sapa yang tak suka?
“Someone.”
Someone? Hmmm…apa-apa jelah. “Ada apa awak call saya ni?” takkan nak suruh aku bawak jalan-jalan kot?
“Boleh awak datang rumah keluarga saya?”
Pulak? Nak buat apa suruh aku pergi rumah keluarga dia? “Untuk?”
“Untuk mak saya.”
Humaira mengerutkan dahinya.
“Kenapa pulak mak awak?”“Dia nak jumpa awak. Katanya rindu dengan awak. Sejak saya keluar dari hospital, awak dah tak datang jenguk dia.”
Humaira menggigit bibirnya. Tiba-tiba pulak rasa bersalah bila Wafiey cakap macam tu. Hmmm…macam mana ni? Perlu ke aku jumpa dengan mak dia? Tapi, macam jahat sangat kalau menolak sedangkan mak dia memang nak jumpa dengan aku sangat.
“Emmm…saya tak janjilah Wafiey. Saya kena tengok schedule dulu. Kalau saya ada kekosongan, insya-Allah saya akan datang jenguk mak awak. Buat masa sekarang, jadual saya pack sangat. Sorry…”
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...