Tubuh Dania didukung selepas selesai memandikannya. Seronok betul Dania dapat mandi dengan aku ye? Alah…sebenarnya bukan dia seronok mandi pun. Dia seronok sebab dapat main air. Maklumlah mandi dalam tab mandi. Hah…tunggu lagi tak main air? Tengok ni ha. Dengan aku-aku sekali lencun.
Usai menyapukan losyen ke seluruh tubuh Dania, Airis memakaikan Dania baju. Selepas siap memakaikan Dania baju, dia meratakan bedak ke seluruh wajah Dania.
“Hmmm…wangi dah pun Dania!” Airis mencium lembut pipi Dania.
Namun, Airis tersentak bila terasa pipinya pulak dicium dari arah kanan. Mustahillah bibir Dania panjang sangat nak cium aku.
Kepalanya ditoleh ke sebelah. Terkejut dia dibuatnya bila Aryan sedang tersengih di sebelahnya. Dia cium pipi aku? Haih! Mamat ni makin melampau. Berani eh kau cium aku?
“Yang kau cium pipi aku dah kenapa?” nasib baiklah aku tak melatah tadi. Kalau aku melatah, memang aku dah pang pipi Aryan tadi.
“Kenapa? Salah kalau aku cium pipi kau? Ini baru cium pipi, kalau aku cium dekat lain?” Aryan tersengih. Tahu Airis mesti berasap punya kalau aku cium pipi dia tapi ada dia kisah?
“Ambik kesempatan betul!” Airis mengemaskan perkakas milik Dania lalu diletakkan kembali ke tempat asalnya.
“Kau marah ke?” heh! Soalan yang boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh. Apa? Dia nampak muka aku ni macam seronok ke kena cium dengan dia?
“Taklah! Aku suka kena cium dengan kau tadi! Tak nampak aku tengah senyum? Hurm!” Airis menayangkan senyuman palsu.
“Betul? Meh sini aku nak cium kau lagi…” Aryan menghampiri Airis untuk menghadiahkannya sebuah ciuman.
“Eiii!!! Sengallah kau ni!” Airis menolak kuat pipi Aryan. Gila betullah dia ni! Asal bagi peluang je, merenyam datang!
“Kau jugak yang bagi kebenaran kan? Peluang tak akan datang dua kali tau…” kali ini dia merangkul pula pinggang Airis.
“Wey, wey, wey! Ini melampau dah ni! Ni pehal nak peluk-peluk aku segala?” tangannya menolak dada bidang Aryan. Isy! Tak selesalah bila rapat-rapat dengan dia macam ni. Dah tu dok sengih-sengih pulak. Seronok gamaknya dapat peluk aku.
“Saja. Manalah tahu dapat awards suami isteri yang paling sweet 2018. Who knows?”
“Hak alah kau ni. Kau ingat artis ke nak dapat awards macam tu? Berangan je lebih!”
“Sapa cakap kita takkan dapat?”
Airis menjongketkan keningnya mendengar kata-kata Aryan. “Kita dapat ke?”
“Soon.”
Soon? Maksud dia? “Kita dapat macam mana?”
“Nanti kau tahulah…”
Pelik! Entahlah…biarlah dekat dia. Ingat aku kisah sangat dengan awards tu. Entah wujud ke tak awards tu. Otak dia ni bukannya boleh percaya sangat. Kadang-kadang menipu je lebih.
“Oklah Encik Aryan. Sudah-sudahlah dengan awards kau tu. Boleh tak lepaskan aku sekarang ni?” dari tadi peluk aku. Best sangat ke peluk aku ni?
“Kalau aku tak nak? Well, best tau dapat peluk kau macam ni. Nikmat je…” katanya sambil tersengih nakal.
“Aryan Ezzriq, please lepaskan aku? Aku ada banyak kerja nak buat.”
“Ye? Kerja apa tu?”
“Basuh baju…tolong mak dekat dapur. Apa lagi eh?” Airis membuat gaya berfikir. Aryan tertawa. Nampak comel pulak Airis buat macam tu.

YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...