•BAB 75•

19.1K 529 9
                                    

“Oh tak!!! Weyh!!! Tak naklah!!!” Airis menolak lingerie warna hitam yang pernah dihadiahkan oleh mereka bertiga sebagai hadiah perkahwinannya.  Eeeiii!!! Memang taklah aku nak pakai! Yucks! Geli!

“Haih kau ni! Aku ketuk jugak kepala kau kang? Tadi beriya sangat nak raih kemaafan dari Aryan kan? So, this is the best solution!” ujar Humaira sambil matanya mencerlung tajam pada Airis.  Bengap betul minah ni.  Sekeh kepala tu baru tahu.

The best solution tengkorak kau! Eiii!!! Taknaklah! Tak ada jalan lain ke kau boleh buat hah? Lingerie? Depan Aryan? Alamatnya aku menempah masuk ke dalam kandang pak rimau lah jawabnya!” isy! Tak boleh bayang aku kalau Aryan tiba-tiba terkam aku nanti?

“Airis…suami kau nak anak dengan kau.  Dia merajuk dengan kau sebab kau tak tunaikan permintaan dia.  Jadi, pada pandangan kami, inilah jalannya.  Aduh! Susah betullah kau ni Airis!” giliran Feeqa pula merungut.

“Entah dia ni.  Pakai jelah.  Dia suami kau kot?” Lieya pulak masuk kandang.  Eh! Silap! Masuk padang.

But not with this damn sexy lingerie ok!”

Ketiga-tiga mereka mengeluh mendengar jawapan dari Airis.

“Habis tu? Weyh, ini dah dikira baik ok daripada aku suruh kau pakai bikini!” ujar Feeqa lagi.

“Bikini Bottom!” serta-merta kepalanya disekeh oleh Humaira.  Sempat lagi teringatkan bandar Spongebob tu.

“Sakitlah!”

“Hah! Padanlah muka! Sebut lagi bandar Spongebob tu.  Orang serius dia main-main pulak eh? Cepatlah Airis! Dah nak masuk maghrib ok dan kau tak prepare yourself for your husband!” auchey…Humaira speaking weyh!

“Tapi…”

No! Sekarang tak ada tapi-tapi lagi! Jom kita siapkan minah ni!” Humaira pantas mengheret Airis menuju ke bilik tetamu lalu mulalah kerja mereka menyiapkan Airis.  Dan Airis? Dah meraung tak nak pakai lingerie tu.






“OH my God! Yucks! Just look at you Airis! What they have done to you?” Airis bercakap dengan diri sendiri sambil melihat imejnya melalui pantulan cermin.

You look so sexy and yummy! Yucks!” isy! Dengan rambut aku dilepaskan lepas tu gulung-gulung macam rambut artis.  Percayalah Airis.  Penampilan kau dah seratus peratus berubah.  Dengan lingerie yang separas peha.  Haih! Geli betul!

Airis memandang jam loceng di atas meja.  Dah nak dekat pukul sebelas malam.  Kejap lagi mesti Aryan akan sampai rumah. 

“Haih tiga ekor ni pun.  Kalau Aryan tengok aku ni, mahu pengsan dia dibuatnya.  Tak pernah dalam sejarah Airis Afina pakai lingerie time tidur!” dia membebel dengan dirinya sendiri.

“Tapi…cantik jugak kalau kau macam ni kan?” ceh! Sempat lagi kau berangan ye Airis? Perasan cantik betul.

Tilik punya tilik, dadanya berdegup kencang bila terpandangkan kelibat Aryan di dalam cermin.  Ah sudah! Tak sempat aku nak larikan diri.  Kejap! Bila masa dia balik? Tak dengar bunyi enjin kereta pun? Nampak sangat kau khusyuk tilik diri kau sendiri Airis.

Dan yang paling buat dia tak selesa bila Aryan memandangnya dengan pandangan tajam dan aku tahu apa makna pandangan dia tu.

Matanya hanya terkaku pada tubuh
Airis yang hanya dibaluti dengan lingerie seksi.  Tak pernah-pernah
Airis cuba untuk pakai lingerie dan malam ni dia pakai? Kenapa? Tipulah kalau dia kata dia langsung tak tergoda dengan penampilan Airis sekarang ni.  Amat lain dari yang sebelum ni.  Nampak lebih elegan.  Naluri kelakiannya tercuit.

Airis menoleh memandang Aryan di belakangnya.  Bibirnya digigit.  Isy! Nak cakap apa dengan dia ni? Seganlah pulak dia tengok aku macam tu.

Err…aku pergi tukar baju dulu eh? Aku tahu kau mesti tak suka kan kalau aku pakai macam ni?” alasan! Kau tak tahu ke orang di depan kau ni memang suka pun tengok kau pakai macam ni.

Baru saja dia hendak bergerak menuju ke tandas, tangannya dipegang dan tubuhnya dipeluk dari belakang.  Lagi membuatkan jantungnya berdegup kencang bila kena peluk macam ni.  Bukannya tak biasa tapi entah malam ni aku rasa macam…takut?

Sapa je tak takut? Dah tu rasa macam ada benda lembut tengah merayap dekat bahu aku dan aku tahu tu benda apa.

Arrr…Aryan.  Aku nak pergi tukar baju dulu.”

“Kenapa nak tukar?”

“Ssss…ss…se…sebab aku cuma ttt…try je baju ni.” alasan je lebih!

“Tak payahlah tukar because I like it.  You look so sexy and damn delicious.”

Eeee…seram kot dia macam macam tu.  Delicious? Apa? Dia ingat aku ni aiskrim ke macam mana?
Tubuhnya dibawa menghadap ke arah Aryan yang ralit menilik tubuhnya.  Aku? Dah meremang bulu roma dengan seram sejuk semua dah cukup.  Sapa je tak seram bila direnung tajam setajamnya dari suami sendiri?

Are you ready to be mine?”

Ready ke? Memang aku dah ready tapi seram sejuk sekarang ni!

Tanpa menunggu balasan dari Airis lebih lama, tubuh Airis dicempung lalu diletakkan di atas katil.

Thank you.  I love you so much…”

Airis menahan debar di dadanya.  Dia hanya menunggu tindakan selanjutnya dari Aryan.  Dapat dia dengar doa yang dibaca oleh Aryan sebelum mengucup dahinya lembut.






ARYAN membuka matanya perlahan
lalu memandang ke sebelah.  Airis tiada di sebelahnya.  Serta-merta kejadian semalam berputar di dalam kepalanya.  Bibirnya tersenyum kecil.  Tapi, ke mana Airis pergi? Aryan menyelak selimut yang membaluti tubuhnya lalu berjalan keluar dari bilik.

“Airis? Airis?” panggil Aryan sambil melangkah turun dari tangga.  Sunyi je rumah ni.  Dania pun masalahnya tak ada dalam baby cot.  Ke Airis keluar?

“Airis…” dia memanggil lagi dan macam biasa tak ada sahutan.  Memang sah Airis keluar dengan Dania tapi kenapa dia tak kejutkan aku dulu?

Matanya tertancap pada satu sticky note yang ditampal pada peti ais.  Sejak bila pulak ada sticky note dekat situ? Diambil sticky note tersebut lalu baca isi yang tertulis di atas sticky note.

Aryan…sorry sebab aku keluar tak bagitahu kau dulu.  Aku ingatkan nak kejutkan kau tadi tapi tak sampai hati pulak sebab tengok kau tidur nyenyak sangat tadi.  Aku just nak bagitahu kau yang aku keluar dengan Humaira, Feeqa dan Lieya.  Kami ke studio.  Alang-alang tu aku bawak Dania sekali. Nanti kalau kau nak apa-apa, kau call jelah aku.  By the way, aku dah siapkan breakfast.  Macam biasa.  Sandwich telur kegemaran kau.

Aryan menarik kerusi lalu duduk di atas kerusi tersebut.  Tudung saji diangkat lalu menarik pinggan berisi sandwich.  Memang kalau pagi-pagi selalunya dia akan prefer Airis buatkan dia sarapan sandwich telur.  Lagi senang dan mudah.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now