“Balik dah pun. Aryan, Airis, mari sini kejap?” panggil Encik Luthfi sebaik sahaja Aryan dan Airis melangkah masuk ke dalam rumah.
Airis dan Aryan melangkah menuju ke arah Encik Luthfi dan Puan Sofia yang sedang duduk di sofa ruang tamu.Barang-barang yang mereka beli tadi diletakkan di atas lantai lalu sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa. Menghadap ke arah Encik Luthfi dan Puan Sofia yang sedang memandang ke arah mereka.
“Ada apa, ayah? Mak? Tiba-tiba je? Nampak macam serius…” soal Aryan sebaik sahaja dia duduk di atas sofa.
“Tak ada apa yang serius pun cuma mak dan ayah ada benda nak bagi dekat Aryan dan Airis sempena hadiah perkahwinan kamu…” jawab Encik Luthfi dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
Hadiah perkahwinan? Saspen je bunyinya. Jangan cakap yang mak dan ayah nak bagi tiket honeymoon untuk kami berdua pulak? Oh taklah!!! Hari tu pun tak jadi pergi cuti sebab beg hempap atas badan Aryan.
“Apa dia mak, ayah? Hadiah apa?” nak jugak tahu hadiah apa yang mak dan ayah dia nak bagi hadiah.
Satu kotak kecil bercorak polka dot di atas meja ditolak kepada Aryan.
“Ambik dan tengok.”Aryan dan Airis saling berpandangan. Masing-masing ingin tahu apa benda yang ada dalam kotak kecil tersebut. Aryan mengambil kotak kecil tersebut lalu membukanya. Dia mengeluarkan kunci yang berada dalam kotak tersebut.
“Kunci? Kunci apa ni mak, ayah?” tiba-tiba pulak jadi blur. Takkan tak kenal tu kunci apa?
“Kunci rumahlah anakku sayang. Itulah hadiah dari mak dan ayah…” ujar Puan Sofia pula.
“Kunci rumah? Mak…ayah…susah-susah je beli rumah untuk Iyan dan Airis. Kan Iyan dah cakap yang Iyan nak beli sendiri?”
“Tahu…tapi tak salahkan kalau mak dan ayah belikan rumah ni untuk Iyan dan Airis kan? Bukan selalu mak dan ayah bagi hadiah dekat Iyan…” balas Puan Sofia sambil tersenyum.
Aryan cuma tersenyum sambil memandang kunci rumah yang berada di tangannya. Tak sangka pulak dapat hadiah yang begitu bermakna sekali dari mak dan ayah.
FUH…kenyang teruk aku hari ni. Aku makan banyak hari ni pun sebab ada sambal petai udang. Sedap weyh! Cuma, aku nak komen sikitlah. Sambal dia tak berapa kick sangat macam hari tu. Hari tu punya lagi kick! Korang jangan cakap dekat Airis pulak. Dia tahu ni kecik hati mampus. Jenuh pulaklah nak memujuk. Sedap tu sedap tapi macam kureng sikit. Tak apalah, dia pun baru belajar kan?
Eloklah Aryan…lepas makan terus masuk bilik lepak atas katil macam ni. Sebab tulah badan kau makin gemuk! Tak apa, aku ni gemuk bahagia bukannya gemuk sebab obesiti ke apa.
Matanya terpandang ke arah pintu apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Airis melangkah masuk bersama Dania. Dia memandang jam di dinding biliknya. Waktu ni waktu Dania mandi. Dania memang suka kalau mandi dengan Airis sebab Airis bagi main air. Seronoklah dia berendam lama dalam tab mandi tu. Kalau dengan aku? Jangan harap aku bagi.
“Kita mandi dulu eh? Dah masam Dania ni…” ujar Airis perlahan sambil tangannya lincah membuka satu persatu butang pada baju Dania.
Selepas baju Dania dibuka, Airis membawanya ke bilik air.“Eiii…Dania berak! Apalah…kenapa tak cakap dekat umi yang Dania berak?” bau berak dia pergh! Suppp sampai ke hidung. Weyh Airis! Dania mana boleh bercakap lagi. Bengong jugak kau ni. Kalau dia boleh cakap, dah lama rasanya dia cakap dekat kau yang dia berak.
“Kita basuh berak dulu ye…” punggung Dania dihalakan kepada air paip yang terbuka di tepi tab mandi lalu membasuh punggung Dania sehingga bersih. Geli? Tak geli dah sebab pernah buat kerja ni dekat nursery dan jugak anak-anak kakak aku. Anak sendiri? Oh…tak fikir lagi buat masa ni.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
Lãng mạnTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...