Airis melangkah keluar dari 7Eleven. Singgah beli topup. Dengan bangganya tadi Celcom hantar mesej kredit anda telah tamat tempoh. Sila reload kredit anda. Haih! Tak menyempat betul Celcom ni. Tu terpaksa jugak datang 7Eleven ni sebab nak reload kredit. Selagi aku tak reload, selagi tulah dia akan hantar mesej kredit anda tidak mencukupi dekat aku.
Aku ingatkan aku nak reload lepas aku balik dari nursery je tadi tapi traffic jammed pulak dengan ibu aku call suruh balik rumah. Jadi, aku batalkan niat aku dulu untuk topup. Tu yang aku datang topup malam ni.
“Cik adik nak pergi mana tu?” langkah Airis terhenti sambil matanya memandang ke arah tiga orang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya dengan pandangan sukar ditafsrikan. Sudah! Apa pulak ni?
“Jangan dekat!” lagi aku cakap lagi diorang dekat dengan aku.
“Janganlah takut. Abang-abang cuma nak kenal dengan cik adik je. Boleh kita berkenalan?” gila! Itu je yang aku boleh ungkapkan sekarang ni. Jantung aku tak payah nak cakaplah. Serupa nak pecah dah berdegup sekarang ni.
Ok…kau kena lari Airis! Ingat! Lari! Bukan berjalan. Wey, lawak bodoh apa pulak ni? Satu…dua…tiga…Airis segera menoleh lalu memecut laju meninggalkan tiga orang gila tadi. Lari sekuat hati kau Airis! Lari!!!
“Kejarr!!!” tiga orang lelaki tadi mengejar langkah Airis yang semakin menjauh dari mereka.
“Tolong! Tolong!!!” aduh! Aku ada dekat mana ni?! Tulah! Lari tak ingat dunia lagi. Dahlah dah malam. Aduhhh! Dah jauh sangat ni dari kereta.
“Tu dia!” mata Airis membulat.
Sepantas kilat dia memecut melarikan diri dari tiga lelaki yang sedang mengejarnya. Ya Allah…selamatkanlah aku…Pinnn!!! Airis berhenti berlari dan rebah di hadapan kereta tersebut. Nasib baik tak kena langgar. Terkejut dengan bunyi hon punya pasal, dia pengsan di hadapan kereta tersebut. Tiga lelaki tadi berhenti mengejar Airis. Tak ada chance lah nak merasa tubuh Airis.
“Airis? Airis? Weyh…drama apa pulak kau buat depan kereta aku ni? Duh! Wey! Bangunlah!” Aryan menampar pipi Airis. Namun masih tak sedar jugak. Tapi, dia datang dari mana ni?
Aryan memandang ke arah lorong kecil gelap tersebut. Mustahil dia berjalan sorang-sorang dekat lorong gelap ni.“Airis! Woi! Janganlah menyusahkan aku time ni. Aduh! Kau ni…asal jumpa dengan kau je, hidup aku jadi susah enn?” Aryan membebel di situ. Nampak gayanya aku kena angkat jugak dia ni. Takkan nak biarkan dia sorang-sorang pulak?
Dengan lafaz bismillah, Aryan mengangkat tubuh Airis lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Aryan kembali ke tempat pemandu. Aku nak bawak dia pergi mana pulak ni? Takkan nak bawak dia balik kot? Tak apalah, bawak dia balik rumah ayah dulu. Tunggu sampai dia sedar. Aryan memandu keretanya menuju ke rumah ayahnya.
BADANNYA mula panas dan peluh. Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan. Mimpi ngeri mula menguasai mindanya. Tak! Tak!
“Argh!!!” Airis tersedar dari lenanya sambil menjerit kuat mengejutkan kesemua yang berada di sisinya. Airis bingkas bangun dan lari keluar dari rumah tersebut.
“Woi! Airis! Kau nak pergi mana?!” Aryan cepat-cepat menarik tangan Airis sebelum sempat Airis keluar ke pintu pagar. Tubuh Airis dihadap berhadapan dengannya.
“Lepaskan aku!!! Lepaskan aku!!!” Airis memukul dada Aryan kuat. Aryan pula mengaduh sakit.
“Airis!! Ni aku! Aryan!!” jerit Aryan betul-betul di hadapan muka Airis sambil tangannya masih menggenggam tangan Airis.
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomantizmTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...