“Sorry lambat!” ujar Airis sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelah Lieya. Beg tangannya diletakkan di atas riba.
Humaira, Feeqa dan Lieya memandang Airis dengan pandangan pelik. Apahal Airis hari ni nampak serabut sangat ni?
“Kenapa korang tengok aku macam tu? Tudung aku tercabut ke?” Airis membetulkan kedudukan tudungnya.
“Entahlah…kau nampak serabut pulak hari ni Airis. Selalunya kau bukannya serabut macam ni…” komen Humaira.
“Betul tu. Kau ada masalah dengan Aryan ke sampaikan kau serabut macam ni?” sokong Feeqa. Selama mereka kenal dengan Airis, Airis bukannya seorang yang serabut kecuali waktu sekolah je memang dia suka serabutkan diri.
“Ye ke?” serabut sangat ke aku ni? Isy! Ni semua Aryan punya pasallah!
“Yelah. Dengan baju yang kedut macam tu. Ya Allah Airis! Kau memang nampak serabut gila…” Lieya ketawa kuat usai menghabiskan ayatnya.
Airis tersengih kecil. Hesy! Ni semua Aryan punya pasallah! Boleh pulak dia sekat aku nak keluar rumah. Dahlah aku bangun lambat pun sebab dia. Semalam dia dera aku urut dia sampai pukul satu pagi. Mata aku time tu pun dah kuyu mengalahkan ikan puyu. Lepas tu pagi ni, dia mandi kemain lambat gila! Selalunya dia mandi cepat je. Sengaja nak bagi aku pergi lambat.
Plan berjalan-jalan? Honeymoon? Semua tu cancel sebab Aryan sakit belakang angkara beg kesayangan dia hempap semalam. Hahaha. Lagipun ada hikmah jugak beg hempap belakang suami dia semalam. Hari ni tak payahkah nak pergi bercuti. Kahkahkah. Bahagia je hidup.
“Aryan punya pasallah ni!” gumamnya perlahan namun dapat didengari oleh mereka bertiga.
“Aryan? Apa yang dia dah buat dekat kau?” tanya Feeqa ingin tahu. Yang ni ratu menyibuk sebenarnya kalau korang nak tahu. Taklah! Gurau je.
“Tak ada apa pun. Saja pagi-pagi suka cari pasal dengan aku. Saja buat darah aku naik,” teringat pulak aku bila dia sorok baju aku yang aku pakai ni. Punyalah rajin aku geledah satu almari sebab cari baju ni. Tengok-tengok dia sorok? Haih! Berasap jugak aku.
Bila aku tanya dia, dia cakap dia tak tahu. Sampailah aku paksa dia baru dia cakap dia letak baju aku dalam stor dekat ruang tamu tu. Aku rasa waktu tu macam nak sekeh dia je. Dia letak baju aku dalam stor? Waktu tu tabah jelah dapat suami yang perangai cenggini punya. Alasan dia sebab dia tak nak bagi aku keluar. Tepuk dahi kejap.
“Hmmm…mesti korang ni sweet gila kan?” Humaira dah tersengih bila Airis mencebik ke arahnya.
“Sweet? Tak ada maknanya sweet! Kau tahu tak dia sorokkan baju aku ni dalam stor? Punyalah tak nak bagi aku keluar rumah. Dia ingat baju aku ni Cik T boleh pakai kot?” bebel Airis sambil membetulkan kedudukan bajunya.
“Tudia…main treasure hunt pulak dalam rumah. Aryan ni memang sweet lah. Untung Airis dapat Aryan…” sampuk Feeqa pula.
“Sweet? Huh! Lawak sangat! Sweet apanya kalau selalu buat aku rasa berasap je?” huh! Stres aku hidup dengan Aryan ni tahu? Macam-macam akal dia nak kenakan aku. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku akan berperang mulut dengan dia.
“Airis ni kalau kita cakap sweet si Aryan macam mana sekalipun, tetap tak guna jugak sebab dia ni tak berperasaan,” bidas Humaira. Airis mengangkat thumbs up.
“Bagus! Kawan yang memahami!” dia tersengih. Oklah, aku mengaku yang Aryan tu kadang-kadang ada sweet jugak tapi aku macam biasalah. Ingat aku layan? Memang taklah.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomantizmTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...