•BAB 5•

22K 665 3
                                    

Keretanya diparkirkan di hadapan nursery.  Aryan mengambil Dania di seat sebelah.  Dia membawa Dania masuk ke dalam nursery.

“Dania!” Kak Suraya menyambut huluran dari Aryan.  Ceria je muka Dania hari ni.  Kak Suraya mengambil beg yang dihulurkan oleh Aryan.

“Eh? Selamat pagi Encik Aryan!” tiba-tiba suara Airis menyapa gegendang telinganya.  Nampak sangat muka tu terpaksa senyum.    Pagi-pagi kau dah jadi hipokrit ye sewel?

“Selamat pagi.  Manis muka kau pagi-pagi ni…” Aryan turut menghadiahkan senyuman palsu.

“Oh ye ke? Terima kasih Encik Aryan sengal!” sengal disebut perlahan namun dapat didengari oleh Kak Suraya dan Aryan.  Minah ni memang nak kena dengan aku pagi-pagi.

Errr…boleh tinggalkan saya dengan Cik Airis kejap?” pinta Aryan pada Kak Suraya.

Sure.  Kita masuk dalam ye Dania!” Kak Suraya membawa Dania masuk ke dalam bilik.  Tinggal Airis dan Aryan di hadapan muka pintu.

“Ada apa Encik Aryan?” perkataan encik tu sengaja ditekankan. 
Senyuman dari bibir mereka berdua hilang sebaik sahaja kelibat Kak Suraya hilang.

“Aku masih tak puas hati pasal semalam…”

Lerrr…pasal semalam lagi ke yang dia tak puas hati dengan aku ni? Hai…susah jugak melayan perangai orang sengal macam Aryan ni. 

“Encik Aryan…kan aku dah cakap yang aku tak sengaja semalam? Tak faham bahasa ke?” kalau tak faham bahasa payah macam ni.  Takkan nak kena terang satu-persatu kot? Nak kata tak cerdik, dah jadi bapak orang pun!

“Alah…aku tahu kau mesti sengaja kan sebenarnya? Nampak je aku lalu, kau bukak pintu kereta kan?” tuduh Aryan dengan nada tak puas hatinya.

Eh mamat ni! Aku cepuk kang? Ni sahih tak faham bahasa! Ya Allah, apalah salah aku kena layan perangai mamat sengal ni? Nak kata tak cerdik, aku rasa Aryan ni lagi cerdik dari aku.  Duh! Ni satu kerja lagi nak kena layan perangai sengal dia ni.  Airis memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

“Kau tak faham bahasa ke? Aku dah cakap yang aku tak sengaja.  Susah sangat ke nak faham? Benda simple dan aku cakap dalam bahasa Melayu! Kau nak aku cakap dalam bahasa Spanish ke?” kang aku bawak keluar ayat Spanish aku ketahuan! Satu patah apa pun ko tak faham.  Benda kecik pun nak perbesarkan.  Inilah masalah Aryan Ezzriq.

“Rasa sengal dekat badan aku ni pun tak habis lagi tau! Kau ingat aku nak lepas kau macam tu je?”

Seram! Tiba-tiba pulak aku rasa seram dengan ugutan dia ni.  “Kau nak buat apa dekat aku? Nak suruh aku pun dapat habuan macam kau jugak?” hek eleh! Tak malu! Dengan perempuan pun nak cari pasal.  Tak gentleman langsung.

“Sebenarnya kan aku malas nak cari pasal dengan kau tahu tak? Tapi, kau yang selalu buat pasal dengan aku.” ujar Airis.  Penat aku nak layan perangai dia ni sebenarnya.

“Kau nak tahu apa benda yang paling teruk sekali? Kau nak tahu? Setiap kali aku jumpa dengan kau mesti aku bernasib malang.  Ada saja benda tak kena.  Yang pertama dekat café.  Yang kedua masa dekat parkir semalam.  Kau memang suka bawak nasib malang eh?”

Wooo…ayat dia ni memang kasi aku rasa panas.  Dia kata aku bawak nasib malang? Banyak cantik dia punya mulut? Dah lama tak rasa air panas ke?

“Mulut kau bagi cantik sikit eh sengal.  Aku? Bawak nasib malang? Kalau kau dah tahu aku bawak nasib malang dekat kau, kenapa kau tercegat lagi dekat sini? Apasal tak berambus? Kau tak risau aku akan berikan nasib malang yang sama pada anak kau?” aku rasa dia ni memang jenis yang tak sayangkan mulut.  Suka hati dia je nak cakap macam tu dekat aku.  Nak je aku sumbat mulut dia ni dengan kasut saiz lima!

“Sekarang ni aku rasa lebih baik kau balik.  Sebab apa? Aku tak naklah saka nasib malang aku ni turun dekat kau pulak.  Jangan risau.  Saka aku ni baik-baik je.  Dia takkan bagi nasib malang dekat anak kau.  Dia akan jaga anak kau dengan penuh kasih sayang ye sengal!” usai berkata, Airis berlalu ke dalam nursery.  Makin dilayan si Aryan ni, makin sakit hati aku.

Aryan pun tak betah duduk di situ.  Dia segera pergi dari situ.  Apa-apa pun hatinya masih belum puas.  Ada saja benda yang dia nak cari gaduh dengan perempuan tu.

“Dia kata aku bawak nasib malang? Memang nak kena terajang betullah dia ni!” Airis membebel sendiri.  Kak Suraya hanya memandang Airis yang masih lagi membebel dengan dirinya sendiri.

“Airis? Kenapa ni? Airis gaduh dengan bapak Dania ye?” Kak Suraya menghampiri Airis yang sedang duduk di kerusi dapur.  Mesti ada benda yang tak kena ni.

“Tak ada apalah kak.  Cuma stres dengan perangai Encik Aryan tu.  Geram!” bukan setakat geram je, semua benda dah bercampur aduk dah ni.  Tinggal nak meletup je.

“Bukan ke Airis dengan Encik Aryan
tu berkawan?”

“Memanglah kawan kak tapi mulut kawan-kawan ni lebih berbisa dari bisa ular tau!” aku tak boleh terima bila dia cakap aku ni bawak nasib malang.  Dia ni memang kerjanya menyakitkan hati aku.

“Biasalah Airis.  Nama pun kawan-kawan kan? Mana ada yang perfect.” ujar Kak Suraya cuba menenangkan Airis.  Dia tahu sikit lagi Airis akan meletup.  Faham sangat dah dengan benda-benda macam ni.  Sesetengah kawan ada yang pandai menjaga hati kawan dan setengah lagi ada yang tidak.  Cakap main lepas ikut sedap hati je.

“Tapi agak-agaklah kak.  Kalau saya ni bawak nasib malang, dah lama tau saya turunkan nasib malang dekat anak dia!”

“Dah, dah.  Tak elok cakap macam ni masa dalam keadaan marah.  Ingat, syaitan suka tengok Airis marah-marah macam ni.  Tenang, istighfar.  Akak yakin yang Encik Aryan tu akan mintak maaf jugak dekat Airis nanti.”

“Tak akan!” tahu sangat dah perangai si sengal tu.  Dia tak akan sesekali ucap perkataan maaf.  Dia tu memang ego lebih! Lebih dari segala-galanya.





“KAU ni Iyan, tak habis-habis nak pergi cari pasal dengan Airis? Sudah-sudahlah guna zaman jahiliah waktu sekolah dulu.  Kesian dekat Airis tu,” ujar Mikhael lalu duduk di kerusi hadapan Aryan.

“Masalahnya aku cakap benda yang betul.  Ni tangan aku, masih sakit ok?” kalau tak sakit, aku tak pergilah serang.

“Aku tahu memang sakit kena tampar dengan pintu kereta tapi masalahnya Airis tu bukannya sengaja pun nak tampar kau dengan pintu kereta dia waktu tu,” Mikhael menghembuskan nafas kecilnya.  Tak faham betullah aku dengan Aryan ni.  Dulu masa zaman sekolah, aku tak tahu langsung apa kes dia dengan Airis sebenarnya sampaikan aku dengar dari mulut Airis sendiri yang dia gelarkan si Aryan ni pervert.

“Kau tak rasa memanglah kau boleh cakap macam tu.  Cuba kau rasa? Kau pun tak puas hati jugak!” sikit-sikit nak back up Airis.  Tak faham betullah aku.

“Iyan, aku pun tak faham dengan perangai kau sebenarnya tau.  Kalau dengan Airis, kemain lagi kau menentang tapi kalau dengan orang lain? Kau tak macam ni pun? Ke kau ada sesuatu yang kau sorok dari kami semua?”  dengan Airis sorang je Aryan berperangai macam ni.  Dengan perempuan lain mana ada pun.

“Mana ada aku sorok apa-apa.  Korang je yang drama lebih sangat,” aku sorok apa pulak? Mana ada aku sorok apa-apa pun.  Memandai je diorang ni.

“Manalah tahu kan? Kau ni perahsia orangnya Iyan.  Aku harap sangat yang kau tak buat sesuatu yang diluar jangkaan otak kau.  Dah-dahlah.  Berhenti cari gaduh dengan Airis tu.” nasihat Mikahel.  Aku yang tengok diorang berperang pun rasa penat.

“Kau sukakan Airis ke?” soal Aryan sambil memandang Mikhael.

“Eh? Aku pulak?”

“Yelah…kau kan asyik menangkan si Airis tu je? Entah-entah memang kau sukakan si Airis tu? Mengaku jelah.”

“Jangan nak merepek eh Iyan? Orang cakap pasal dia, dia cakap pasal orang pulak.  Dahlah, aku nak balik bilik aku dulu.  Jangan berangan je! Nampak dekat ayah aku, mampus dileternya…” Mikhael bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari bilik Aryan.  Ada pulak dia kata aku suka dekat Airis tu?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now