•BAB 22•

17.9K 547 1
                                    

Kini, hospital menjadi tempat utamanya menjejakkan kaki.  Kalau boleh dikatakan, memang tiap-tiap hari dia datang ke hospital ni sampaikan aku dah boleh jadi geng dengan mak dan ayah Wafiey. 
Lagipun, kehadiran aku amat dialu-alukan.  Cewah! Perasanlah kejap.  Tapi betul ok!

Bukan setakat mak dan ayah dia, kakak dan adik-adik dia pun dah jadi sekutu dengan aku sejak aku jaga Wafiey dekat hospital ni.  Kadang-kadang kami selalu lepak sama-sama dekat kantin hospital bila mak dan ayah Wafiey dah datang hospital. 
Basically yang aku selalu lepak dengan kakak Wafiey.  Kakak dia pun boleh tahan punya loyar buruk.

Mula-mula aku rasa takut jugaklah  bila kakak Wafiey ni soal aku macam-macam.  Serius! Banyak soalan yang ditanya aku.  Semuanya pasal hubungan aku dengan Wafiey.  Mati-matian kakak Wafiey ingat aku ni girlfriend Wafiey.  Sorry to say but I’m not his girlfriend.  Lagipun, sedih jugaklah aku sebab tak dapat jadi girlfriend Wafiey.  Kalau dapat jadi girlfriend Wafiey, memang amanlah hidup aku! Tidur tak lena aku sebulan!

Tapi, pengalaman yang buatkan aku kecut perut ialah bila aku terserempak dengan Ammar.  Fuh! Yang tu memang dah rasa jantung luruh… blup! Serius aku tak sangka aku akan terserempak dengan Ammar waktu tu.  Tapi, nasib baiklah aku bukan keluar dari wad Wafiey.  Aku baru je nak pergi ke wad Wafiey.  Aku pun dengan bangga reka cerita yang aku datang sini nak lawat mak cik aku dekat hospital ni.  Ammar pun dengan terujanya percaya cerita aku.  Tak apalah.  Itu je jalan yang aku ada nak kelentong pun.

Baru saja nak tarik nafas lega, matanya tertancap pula pada Syafiq yang berjalan tidak jauh daripadanya.  Aduh! Bala datang! Humaira cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam kereta.  Dalam hati tak habis-habis berdoa supaya tak perasan akan kehadirannya di situ.   
Dia mampu menarik nafas lega bila Syafiq melangkah masuk ke dalam hospital tanpa syak apa-apa.  Fuh! Selamat.

Humaira mengeluarkan telefon dari dalam beg tangannya lalu menaip mesej kepada Airis.  Kalau jumpa minah ni ok jugak.  Lagipun, aku tengah bosan ni.  Sekarang ni pun, time lunch.  Mestilah dia free.

Me: Airis, jom lepak dekat café biasa? Hari ni aku belanja kau pulak.

Lama dia menunggu balasan daripada Airis.  Lamanya minah ni nak reply.  Kalau tak, laju je dia jawab mesej aku.  Dia cuba pula pada lama what’s app lalu memandang last seen Airis. 

Mak aii!!! Tak on lagi ke minah ni? Last seen yesterday at 4.15 p.m.  Lama benar dia last seen.  Ke manalah agaknya minah ni? Nak kena bateri fon mati, minah ni memang terkenal dengan perangai dia yang rajin charge bateri fon.  Dari zaman sekolah lagi dia selalu pinjam power bank orang nak charge fon.  Jadi, tersangatlah mustahil kalau alasan dia bateri fon tak ada.

Nampaknya kau lunch sesoranglah hari ni Humaira.  Feeqa dengan Lieya pun dah mula busy dengan kerja masing-masing.  Apalah nasib diriku yang kesepian…oh Tuhan! Ceh! Sempat lagi kau menyanyi eh? Dahlah lirik tak kena.







AIRIS terjaga dari lenanya bila terasa tamparan lembut tepat pada batang hidungnya.  Sapa pulak main tampar hidung aku pagi-pagi ni? Airis membuka perlahan matanya lalu memandang Dania yang sedang bermain dengan dirinya.  Oh, Dania ke yang main tampar hidung aku?

Dia merenggangkan sikit badannya lalu bangun dari pembaringannya. 
Good morning Dania!” Airis mengukirkan senyuman bila melihat
Dania tersenyum ke arahnya.  Macam acah-acah nak gelak pun ada.  Faham kot aku cakap good morning dekat dia.

Nyenyak betul aku lena! Maklumlah, semalam ada langau yang kacau aku pagi-pagi buta.  Kejap…cakap pasal langau tu, sekarang ni dah pukul berapa?! Airis mencapai telefonnya lalu memandang jam di skrin telefonnya.  Weyyy…dah pukul 12 tengahari kot?! Ya Allah…tak senonohnya aku ni.  Nasib baiklah aku bendera merah terlajak Subuh  pun.  Mesti Puan Sofia kutuk perangai aku.  Anak dara bangun lambat!

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now