Humaira membuka pintu rumah lalu terpandang ke arah sejambak…bukan bunga ni tapi coklat! Penuh dengan coklat di atas bonet belakang keretanya. Gila betul! Sapa punya kerja hantarkan aku coklat pagi-pagi ni? Nak suruh aku sarapan coklat ke apa? Ke nak suruh aku dapat diabetes?
Kejap! Kejap! Yang kau membebel ni dah pehal? Kau tahu ke sapa yang hantarkan kau coklat ni? Humaira menyarungkan selipar lalu menuju ke arah coklat-coklat tersebut. Hmmm…sapalah yang baik hati bagi aku coklat ni? Ni kalau Airis tahu ni, konfemlah dia orang pertama yang akan melantak coklat ni dulu. Airis dengan coklat berpisah tiada. Kemudian, dia terpandangkan satu kad kecil yang terselit di antara coklat-coklat tersebut.
Saya ikhlas bagi dekat awak coklat ni. Saya mintak maaflah kalau awak tak suka dengan coklat-coklat yang saya bagi ni. Saya tak tahu awak suka coklat jenis apa jadi saya beli kesemua jenis coklat. Saya harap sangat pemberian saya ni awak tak hadiahkan kepada tong sampah. Kalau awak muak nak makan coklat-coklat tu, awak sharelah dengan kawan-kawan.
Humaira mengeluh kecil sambil memandang coklat-coklat tersebut. Ya ampun…memang betullah cakap dia. Kesemua jenis coklat memang ada. Tak payah aku senarailah. Memang syurga coklat betul dan aku dah dapat agak siapa yang bagi aku coklat-coklat ni. Sapa lagi kalau bukannya Aidil Wafiey?
Telefonnya pula bernyala tanda ada mesej masuk. Baru je sebut nama dia, sekarang orang tu hantar mesej dekat kita. Ni mesti nak tanya pasal coklat-coklat yang dia hantar nilah.
Wafiey: Awak dah tengok coklat-coklat tu?
Tak larat nak tengok dah pun sebenarnya. Maira…Maira…takkanlah kau nak jual mahal lagi kot? Dah macam-macam Wafiey buat untuk pikat kau tapi kau pandang sepi je. Sebenarnya kau pun dah cair kan? Tapi saja buat-buat keras hati.
Me: Buat apa awak bazirkan duit awak hanya untuk kesemua coklat ni? Saya tak makan coklat sangat. Cepat muak.
Wafiey: Sorry…saya tak tahu pulak. Tak apa, lain kali saya bagi yang lain pulak.
Me: Tak payah! Saya tak perlu pun. Tak payah nak buat surprise apa lagi. Saya tak suka!
Wafiey: Saya tak kisah awak suka ke tak janji saya puas sebab dapat buat semua ni untuk awak.
Huh! Degil betullah Wafiey ni. Lepas coklat, entah apa lagi yang dia akan hantar untuk aku? Awal-awal dulu bunga je. Bila setiap kali bunga dia direject, dia hantar coklat pulak macam sekarang ni.
Me: Kenapa awak degil sangat? Kan saya dah cakap tak payah!
Wafiey: Ada saya kisah?
Tiga patah perkataan dari Wafiey membuatkan Humaira berasap satu minit. Mamat ni haih! Aku tembak lubang hidng jugak kang?! Dia mengambil coklat-coklat tersebut lalu membawa masuk ke dalam rumah. Ada bagus jugak ni kalau aku bawak untuk Airis dan Dania. Diorang minat sangatlah dengan coklat ni.
KERETANYA diparkirkan di luar pagar lalu membawa coklat-coklat tersebut ke rumah Airis. Mesti Airis tengah busy mengemas rumah sekarang ni. Tak pun tengah melayan kerenah Dania. Kalau diorang tahu aku bawak coklat-coklat ni, konfem meloncat melambung habis.
Tangannya naik mengetuk pintu rumah Airis. Namun, ketukannya tidak disahut. Aik? Ke mana pulak dah minah ni? Nak kata keluar tapi kereta dia ada. Humaira mencuba nasibnya sekali lagi dan macam biasa tiada sahutan. Ke mana pulak dah minah ni? Dia mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya lalu mendail nombor Airis. Berdering namun panggilannya tak bersambung.
Jarang Airis tak angkat call.Panggilan terputus. Sekali lagi dia cuba untuk mendail. Tak berangkat jugak. Mulalah hatinya rasa tak sedap. Isy! Tak! Tak! Tak mungkinlah berlaku sesuatu dekat Airis. Dia mesti baik-baik je dalam rumah tu.
“Airis! Airis! Assalamualaikum! Airis!” ujarnya sambil tangannya mengetuk pintu rumah.
“Airis? Kau ada tak dalam tu?” dia memulas tombol pintu rumah tapi berkunci. Ya Allah! Ke manalah pulak minah ni? Tak sahut langsung aku panggil dia!
Humaira menuju ke tingkap rumah lalu menghendap di sebalik tirai rumah tersebut. Sunyi sepi je keadaan ruang tamu rumah dia ni.
“Airis? Airis? Assalamualaikum…” kosong. Macam tak ada orang.
Humaira cuba pula ke pintu belakang. Mungkin Airis tengah basuh kain ke? Dia memandang ke arah pintu belakang yang terbuka. Aku yakin yang Airis tengah basuh kain! Patutlah tak dengar aku panggil dia. Namun, tekaannya meleset bila terdengar rintihan sakit seseorang. Pantas kakinya melangkah ke arah pintu belakang tersebut dan…
“Ya Allah! Airis!!!” coklat-coklat tersebut diletakkan di atas kabinet dapur berdekatan lalu menghampiri Airis yang sedang meringis sakit. Ada darah yang tengah mengalir di sebalik kain yang dipakainya.
“Kkk…kau kenapa ni? Kenapa darah-darah ni?” dia cuba untuk membantu Airis bangun.
“Aku tak tahu Maira…” air matanya mengalir kuat. “Aku takut aku keguguran Maira! Please bawak aku ke hospital sekarang! Tolong aku!” Humaira mengangguk.
“Tolong panggilkan Dania. Cepat!!!”
“Ye kejap! Bertahan eh?” Humaira meluru masuk ke dalam rumah lalu memanggil Dania.
“Dania! Tolong auntie ye? Umi terjatuh dekat dapur!” ya ampun Maira! Kau mintak tolong pun dekat budak kecik! Baru je setahun lebih. Hailah kau ni.
“Umi!!!” terus Dania menjerit dan menuju ke dapur. Humaira mengikut langkah Dania.
“Macam ni Dania…Dania pergi dekat kereta auntie dulu ye? Auntie nak bawak umi masuk dalam kereta.”
Dania mengangguk dan terus berlari menuju ke arah kereta Humaira.“Bertahan ok? Kau kena kuat untuk anak kau. Jom aku bawak kau ke hospital! Nasib baiklah hospital tak jauh dari rumah kau. Kejap lagi aku call suami kau.”
“Tak payah! Tak payah call dia. Kalau dia tahu ni, mesti dia akan bebel dekat aku. Argh!”
“Apa-apa jelah Airis! Keselamatan kau perlu diutamakan dulu!” sampai sahaja di keretanya, dia meletakkan Airis di seat belakang manakala dia menyuruh Dania duduk di seat hadapan bersebelahan dengan tempat penumpang.
“Umi…kkkk…kena…kenapa?” tanya Dania dengan nada tersekat-sekat.
“Umi sakit sayang. Sekarang auntie nak bawak umi Dania pergi hospital. Dania doakan umi supaya umi dan adik-adik Dania sihat ok?” Dania hanya mengangguk. Faham dengan keadaan gawat mereka sekarang.
“Maira…kalau aku kehilangan anak-anak aku macam mana? Aku tak nak kehilangan anak-anak aku…” rintih Airis di belakang. Dia takut sangat kalau terjadi apa-apa terhadap anaknya.
“Kau jangan cakap macam tu Airis! Insya-Allah anak-anak kau akan selamat! Kau jangan fikir macam-macam!” bila Airis cakap macam tu, aku pulak yang terlebih seriau. Bawak kereta pun serupa nak racing dah ni.
“Jangan call Iyan please?”
“Airis! Kalau aku tak call Iyan sekalipun, dia akan tahu jugak keadaan kau! Apa? Kau ingat kau warded sejam je ke hah? Keadaan kau ni boleh buatkan kau warded lebih kurang 5 hari tau! Ada jugak yang warded seminggu!” ni yang aku mula nak bebel ni.
“Tapi…”
“Dah! Kau tak payah cakap banyak! Diam dan doa je yang baik-baik untuk babies kau!” akhirnya Airis mendiamkan diri. Dalam hatinya berdoa agar keadaan babiesnya akan ok dan dia tidak mengalami keguguran. Kalau dia keguguran, dia akan rasa bersalah seumur hidup terhadap Aryan.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomansaTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...