“Umi…kenapa kita datang sini?” soal Dania bila dia dibawa ke satu tempat asing. Tempat yang dia tak pernah datang. Budak kecik…mestilah rasa pelik bila datang ke tempat yang khususnya nama dia adalah kubur.
“Kita nak datang jenguk kawan umi. Dania temankan umi ye?” Dania cuma mengangguk sambil memandang sekeliling suasana kubur. Rasa pelik je yang ada dalam hati kecilnya sekarang ini.
“Dekat sini ke kawan umi tinggal?” tanya Dania bila mereka berhenti di hadapan kubur.
“Ye…”
“Kenapa kawan umi tak duduk dekat rumah je?” soalan yang biasa akan ditanya oleh budak-budak. Diorang masih belum tahu apa-apa pasal alam kubur ataupun apa itu kubur.
“Sebab kawan umi ni dia dah pergi jauh dari kita semua. Allah sayangkan kawan umi.”
“Oh…Allah tu mesti baik kan umi?” tanya Dania lagi. Kejap! Fikir ayat! Kalau salah ayat ni, kena kecam dengan bawang. Eh? Bawang ada ke baca wattpad?
Airis tersenyum lalu mencium pipi anaknya. Dia menarik Dania supaya duduk di atas ribanya. Belum sampai masanya aku bagitahu Dania pasal arwah Iliya. Kalau aku cakap lebih-lebih pun, Dania masih belum faham sebab dia baru je nak kenal dunia. Biarlah Dania dah besar dalam umur 5 atau 6 tahun macam tu barulah aku cerita dekat dia pasal arwah Iliya. Mungkin waktu tu Dania akan memahami sikit-sikit.
“Allah tu baik sayang. Tersangat baik terhadap kita. Allah tu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sekarang ni Dania sihat pun sebab Allah tu Maha Penyayang. Sebab tu Dia bagi Dania sihat sekarang. Faham?”
“Kalau Dania sakit, tanda Allah tu tak sayangkan Dania ke?” banyak pulak soalan Dania ni.
“Bukan macam tu sayang. Kalau Dania sakit tu tandanya Allah lagi sayang dekat Dania sebab dia nak bagi pahala yang banyak dekat Dania. Dania tak nak ke pahala? Kalau Dania dapat banyak pahala, nanti Dania boleh masuk syurga. Nak tak masuk syurga?” pantas Dania mengangguk.
“Seronok tak masuk syurga?”
“Tersangat seronok sayang. Macam-macam Dania boleh dapat dalam syurga Allah tu. Sekarang ni, umi nak baca yasin untuk kawan umi. Dania duduk senyap-senyap ye?” sengaja Airis mengubah topik. Kalau tak ubah topik, macam-macam Dania akan tanya lagi.
“Baik umi…”
Selepas membaca yasin, Airis mencabut rumput yang mula tumbuh di sekeliling kubur arwah Iliya. Anak kau dah besar Iliya. Seperti yang aku janjikan dekat kau dulu, aku jaga Dania macam anak aku sendiri. Alhamdulillah, sekarang dia dah besar perangai pun nak macam kau jugak. Tak banyak ragam sangat cuma mulut tu celoteh. Apa-apa pun aku sayangkan Dania. Aryan pun sihat sekarang ni. Aku janji aku akan bahagiakan Dania dan Aryan selagi aku termampu. Itu janji aku pada kau Iliya. Aku harap kau dapat berehat dengan tenang di sana.
Kata-katanya hanya mampu diucapkan di dalam hati. Kalau aku cakap betul-betul, kang Dania cop aku gila pulak sebab cakap dengan kubur. Kalau dia pergi bagitahu Aryan yang aku cakap dengan kubur, mahu naya aku Aryan tanya macam-macam.
“AIRIS?” tiba-tiba ada yang menyapanya. Suara tu dia kenal sangat. Sapa lagi kalau bukan Mikhael? Tanpa dipelawa duduk, Mikhael dengan selambanya menarik kerusi dan mengambil tempat di hadapan Airis.
“Mika? Kau buat apa dekat sini?”
“Saja datang bancuh air dekat restoran ni…” saja buat lawak bodoh sikit. Lama tak berlawak cara bengong dengan Airis.
“Umi? Ni sapa?” tanya Dania bila memandang Mikhael yang sedang sembang dengan uminya.
“Ni kawan umi dengan abi. Panggil dia pak cik Mikhael…” sengaja perkataan pak cik tu ditekankan. Niat nak menyindir Mikhael sebenarnya.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...