Airis menilik baju kurung yang dipakainya. Untung aku muat lagi nak pakai baju kurung ni. Maklumlah lepas bersalin ni aku perasan badan aku dah up sikit. Tak apa, nanti lepas pantang aku diet dan pergi gym. Tak pun jogging 10 pusingan dekat Taman Tasik Titiwangsa. Jadi batang lidi terus aku.
“Sayang…” Aryan bersuara meleret manja. Hah! Mesti ada apa-apalah tu.
“Ye abangku sayang?” Airis memandang suaminya yang segak berpakaian baju Melayu warna biru gelap. Hesy! Hensem betullah suami aku ni. Memang aku tak sharelah suami aku dengan sapa-sapa.
“Tolong letakkan butang?” pinta Aryan. Sengaja nak mengada di malam hari.
“Macamlah tak boleh nak buat sendiri,” Airis mula memasukkan satu persatu butang di baju melayu Aryan.
“Sejak dah beristeri ni, yang pandai buat pun dah tak pandai buat. Kalau boleh, abang nak sayang yang buatkan kesemuanya untuk abang,” Aryan tersenyum menawan. Airis menampar lembut dada suaminya.
“Mengada!” Airis tersenyum. “Siap!” ujarnya selepas membutangkan baju melayu suaminya sambil tangannya mengemaskan baju melayu yang dipakai suaminya agar nampak lebih kemas dan…hensem! Ralit dia memerhatikan suaminya yang sudah lengkap dengan songkok di atas kepalanya.
“Kenapa sayang tengok abang macam tu?” Aryan membalas pandangan isterinya. Tenung aku serupa hidung aku senget sebelah.
“Entah…abang nampak hensem.” puji Airis ikhlas.
“Baru perasan ke suami sayang ni memang hensem orangnya?” Airis menampar lembut pipi suaminya.
“Kalau tak perasan memang tak sah kan?”
Kedua-dua tangan Aryan naik ke pipi Airis sambil matanya tepat memandang ke anak mata Airis.
“Sayang pun cantik malam ni. Sedondon dengan abang…”
“Eeee…nak ambik hati oranglah tu kan?”
“Mana ada. Abang cakap benda yang
betul. Tak kisahlah orang nampak sayang buruk sekalipun tapi dalam mata abang Airis tetap cantik!”Tak mampu nak balas rasanya. Dapat dia rasakan yang suaminya memang ikhlas menuturkan semua tu. Kepalanya dilentokkan pada dada Aryan. Aryan pula memeluk tubuh isterinya. Isy! Mood romantic on pulak!
Sungguh dia tak sangka yang dia akan dikurniakan seorang suami yang sempurna seperti Aryan. Awal-awal dulu ragu jugak. Tapi sekarang dah tak ragu-ragu. Aryan yang romantik, caring dan sengal! Sengal dia memang tak pernah pupus!
“DANIA, jangan lari. Nanti jatuh!” pesan Airis bila matanya terpandang ke arah Dania yang sedang berlari dengan anak Kak Hanis. Dari petang lagi Dania bermain sampai ke malam. Seronok gamaknya sebab ramai geng junior macam dia. Tu yang main sampai tak ingat nak masuk rumah.
Sepupu-sepupunya yang lain sibuk ke hulu ke hilir membawa makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan datang kejap lagi. Tetamu akan datang selepas Isyak. Jag berisi air sirap diletakkan di setiap atas meja makan.
Suami aku? Hmmm dia pun ringan tulang membantu apa yang patut. Ada jugak anak-anak dara yang asyik mengerling ke arah suaminya. Ni yang buat aku nak panas hati sekali lagi. Tengahari tadi mak cik-mak cik! Malam-malam ni anak dara pulak yang on!
“Gosh!” lancar perkataan tu keluar dari mulut Airis sebaik saja dia ternampak ada seorang perempuan yang ambil gambar suaminya dari sisi. Flash camera cerah elok! Nak mampus betullah. Hati aku dah panas ni.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...