Humaira sudah bersiap sedia dengan persalinan baju pengantin di tubuhnya. Tak lama je lagi Maira kau dah nak jadi isteri orang. Isteri kepada Aidil Wafiey. Gementar? Yang tu sudah semestinya. Dah sebati dari semalam lagi. Gementar tu jangan cakaplah. Rasa macam nak meletup jantung ni.
Humaira mengalihkan pandangannya bila pintu biliknya ditolak dari luar. Puan Ruzila melangkah masuk sambil tersenyum. Mak senyum lebar betul hari ni. Tapi, disebalik senyuman seorang ibu mesti ada maksud yang tersirat. Luaran mereka tersenyum tapi dalam hati.
“Cantik anak mak,” puji Puan Ruzila sambil mengelus lembut pipi anaknya. Tak lama lagi anaknya akan diijabkabulkan dan menjadi hak milik kepada suaminya. Tidak lagi dibawah jagaan mereka.
Humaira tak berkata apa. Hanya mampu memeluk tubuh maknya dan tanpa dipinta air matanya mengalir keluar. Tak mampu menahan sebak yang mula hadir di dalam hati. Rasa macam mak cik bawang tengah letak bawang depan mata. Pedih. Berair je mata ni.
Puan Ruzila memeluk erat anaknya. Kalau anaknya sedih apatah lagi dirinya yang sedih untuk melepaskan anaknya yang sudah dijaga selama 25 tahun ini. Anak yang dijaga dengan penuh kasih-sayang akhirnya akan pergi meninggalkan mereka sebaik sahaja lafaz akad nikah disahkan oleh saksi-saksi dan tok kadi sendiri. Entah betul ke tidak? Entah…kalau salah maaf ye? Maklumlah author masih single dan tak pernah naik pelamin ataupun bernikah. Author ada pangkat janda buatan je. Ok, sambung balik!
Puan Ruzila merungkaikan pelukan mereka. “Jangan nangis Maira. Nanti rosak mekap tu. Kenapa anak mak nangis?” soal Puan Ruzila lalu menyeka air mata Humaira yang mengalir di pipi.
“Tak ada apalah mak. Cuma rasa sebak pulak…” jujur Humaira.
“Tak payah nak sebak-sebak ni. Sepatutnya Maira gembira sebab hari ni hari bahagia Maira. Tak mau nangis-nangis macam ni,” Puan Ruzila menghadiahkan senyuman kepada Humaira. Humaira membalas senyuman maknya. Cuba meredakan perasaan sebak dan sedih yang masih bersisa di hati.AIRIS duduk di sebelah Humaira. Cuba menghulurkan semangat kepada Humaira. Aku tahu Maira tengah gementar sekarang ni. Tangan dia pun sejuk semacam. Benda biasa untuk setiap pengantin rasa gementar. Aku dulu lagilah gementar. Maklumlah nikah dengan orang yang tak dicintai. Tapi, sekarang dah cinta. Sayang ketat-ketat sangat! Hehehe.
Mereka sama-sama memandang ke arah Wafiey yang sedang duduk di hadapan ayah Humaira. Di tepi ayah Humaira ada tok kadi. Riak Wafiey nampak tenang dan…hensem.
Mata Airis dan Aryan bertembung. Serentak itu juga terasa gegaran kecil di dalam poket jubahnya. Airis membawa keluar telefonnya lalu membuka mesej yang dihantar oleh suaminya.Abang: Nak tak kita nikah sekali lagi?
Kerja gila apakah suami aku ni? Kahwin sekali lagi? Hahahaha rancangan yang sangat-sangat bijak tahap tanjung rambutan! Gila ke apa nak kahwin lagi sekali?
Me: Abang…mana ada orang kahwin dua kali!
Airis menghalakan matanya kepada Aryan. Ada senyuman kecil terukir di bibir Aryan.
Abang: Boleh je buat. Kalau sayang nak, abang on je. Tok kadi ada depan mata ni!
Me: Abang!!!Tak payah nak merepek boleh tak?!
Aryan ni bukannya boleh kira sangat! Kalau datang perangai merapu sengal dia tu, memang menjadi sungguh!
Abang: Hahaha…takdelah. Abang gurau je.
Me: Gurau! Gurau! Abang bukannya boleh kira sangat.
Abang: Tak lah. Dah, orang nak akad nikah kita dok bercinta pulak.
Me: Eh? Abang yang mula dulu!
Abang: Yelah abang mengalah.
Airis tak membalas mesej dari suaminya lalu mengisyaratkan kepada Aryan supaya menyimpan telefon melalui isyarat matanya. Aryan pun dengan bagusnya patuh arahan isteri.
“Amboi…sempat eh berSMS dengan suami kesayangan?” usik Feeqa di sebelah.
“Biasalah kalau aku tak ada dekat sebelah dia mulalah jadi kepanasan,” balas Airis sekadar menambah perisa.
“Sweetlah korang ni…”
“Of course!” jawab Airis dengan nada bangga.
Mereka mula diam apabila upacara akad nikah hendak bermula. Dua orang jurugambar sedang mengambil gambar Wafiey. Seorang mengambil gambar dan seorang lagi merakamkan detik-detik indah mereka yang akan berlangsung kejap lagi.
Makin kuat jantung Humaira berdegup bila dia terpandangkan tangan Wafiey yang sudah naik berjabat dengan tangan ayahnya. Inilah permulaannya.
“Bismillahirahmanirahim….Aidil Wafiey bin Fauzan,” ayat pertama keluar dari mulut Encik Husaini. Ayah Humaira.
“Ya saya…”
“Aku nikah akan dikau dengan anakku Dzakira Humaira binti Husaini dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”
Wafiey menghembuskan nafasnya perlahan lalu melafazkan akad nikahnya, “aku terima nikah Dzakira Humaira binti Husaini dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”
Dengan sekali lafaz dan disahkan oleh saksi-saksi, akhirnya Humaira dengan secara rasminya telah menjadi milik kepada Wafiey. Humaira menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Ruzila sambil air matanya laju keluar dari kelopak matanya.
Selesai bacaan doa dari tok kadi, Wafiey menghampiri Humaira bersama emaknya. Cincin diambil. Humaira menyuakan tangannya kepada Wafiey lalu cincin disarung ke jari manisnya. Humaira tunduk mencium tangan Wafiey. Lama. Itupun atas arahan jurugambar. Giliran Humaira pula menyarungkan cincin ke jari Wafiey lalu sebagai balasan Wafiey mencium dahinya. Lama jugak. Alasan yang sama jurugambar nak ambik gambar. Detik indah katanya.
Selesai sahaja acara mereka, masing-masing mula beredar pulang. Bersiap sedia pulak untuk majlis malam ni. Kata Maira dengan Wafiey, majlis untuk pihak lelaki dan pihak perempuan dijalankan serentak. Ini atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...