•BAB 101•

15.1K 401 0
                                    

Airis mencelikkan matanya bila terasa hembusan nafas lembut di lehernya.  Sapa pulak yang dok tiup-tiup leher aku ni? Dia membuka matanya sedikit lalu memerhati ke sebelah.  Oh, suami aku rupanya.  Aku ingatkan makhluk manalah tadi.  Tapi, muat pulak dia tidur sekatil dengan aku ni.  Nasib baik pagar katil dipasang.  Kalau tak pasang rasanya jatuh gedebuk ke bawah kalau aku tolak ni.

Apa yang buat dia tersenyum ialah perangai Aryan.  Dia akan cari cara macam mana sekalipun supaya tidur dapat peluk aku.  Buktinya sekarang aku kena peluk dengan suami aku.  Nyenyak betul dia tidur.  Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia.  Lagipun masih awal pagi ni.  Entah pukul berapa.

Doktor Kamilia melangkah masuk ke dalam wad Airis.  Bibirnya mengukir senyuman manis melihat pasangan merpati sejoli ni.  Tidur sekatil.  Airis membalas senyuman dari Doktor Kamilia.  Sebenarnya aku rasa seganlah jugak sebab kemesraan kami berdua dapat dilihat oleh Doktor Kamilia.  Alah, kemesraan tidur satu katil je pun.

“Macam mana Airis? Ada rasa sakit-sakit ke apa ke?” tanya Doktor Kamilia.

“Alhamdulillah tak ada doktor.  Doktor, lama sangat ke saya tidur?” manalah tahu aku dah tidur seminggu ke dalam keadaan tak sedar.

“Tak adalah lama sangat.  Kalau lama pun biasalah untuk ibu bersalin.  Manja betul Aryan dengan Airis?” Doktor Kamilia tersenyum lagi.

“Dia macam ni doktor.  Tidur je nak peluk saya.  Tak tahu nak buat macam mana lagi doktor…” Airis hanya mampu tersengih.  Malu betul aku dengan Doktor Kamilia.

“Tapi tak hairanlah Airis kalau dia buat benda yang sama pada Airis.  Dulu masa arwah Iliya pun dia buat macam ni jugak sebelum arwah pergi,” kata Doktor Kamilia.

“Oh ye?” tak tahulah pulak aku.

“Aryan memang penyayang orangnya, Airis.  Dari cara dia pun kita dapat tahu yang dia memang penyayang.  Saya berharap sangat yang saya akan dapat suami yang penyayang macam Aryan ni…” sempat lagi dia
menyatakan hasratnya.  Memang betul dia suka lelaki yang penyayang seperti Aryan.  Sapalah yang tak nak kan?

Tapi yang penting aku tak ada niat nak rembat laki orang ok!

“Doktor umur berapa?”

“27 tahun dah Airis.  Tak lama jadi andartu…” Doktor Kamilia dan Airis tertawa kecil.

“Insya-Allah nanti adalah tu.  Doktor bukannya tak cantik.  Lagi cantik dari saya.  Muka pun macam barbie doll,” puji Airis.  Ya, Doktor Kamilia memang cantik.  Kalau masuk ratu dunia, mesti Doktor Kamilia boleh menang punya.

“Ada-ada je awak ni Airis.  Baiklah, saya keluar dulu.  Ada patient lain pulak saya nak kena pantau.  Kalau ada apa-apa awak terus tekan butang merah dekat kepala katil tu ye?” Airis mengangguk.  Dia menghantar kepergian Doktor Kamilia melalui mata.

Airis terasa ada benda yang bergerak di sebelahnya.  Bila dia menoleh, Aryan sudah terjaga dari lenanya.  Airis menghadiahkan suaminya senyuman paling manis.  Apa salahnya kan kalau menyenangkan suami dengan menghadiahkan sebuah senyuman manis walaupun tak berapa nak manis sebenarnya.

“Sayang dah lama bangun?” soal Aryan sambil menggosok perlahan matanya yang terasa pedih akibat penghawa dingin.

“Tak adalah lama sangat tapi sempatlah tengok abang tidur sampai meleleh air liur,” sengaja Airis mengusik Aryan walaupun bukannya betul pun sebenarnya.  Suami aku tidur tak pernah leleh air liur.

Aryan pantas mengelap bibirnya namun perbuatannya terhenti bila Airis tertawa kecil.  “Apalah abang ni…mana ada.”

“Oh sayang kenakan abang eh?” leher Airis digeletek kecil membuatkan Airis mengeliat geli.

Sorry abang!” aku cukup sensitif bahagian leher.  Jangan usiklah dekat situ.

“Sayang tahu tak abang rindukan sayang sangat-sangat! Rindu nak usik sayang.  Tapi abang tahu sayang perlukan rehat yang secukupnya.  Jadi, abang tak kacau tidur sayang…” ujar Aryan perlahan.

“Saya penatlah abang.  Badan rasa letih je.  Tapi, sekarang dah ok sikit.  Abang…boleh tolong ambilkan air? Saya dahaga air…” tekaknya sekarang betul-betul rasa kering.

“Kejap,” Aryan pantas turun dari katil lalu mencapai air mineral.  Penutup botol air mineral dibuka lalu diserahkan kepada Airis.   Airis meneguk air mineral sehingga separuh botol.

“Sayang lapar?” tanya Aryan.  Maklumlah isteri aku asyik tidur je.  Sekarang baru dia bangun.  Manalah tahu lapar?

“Lapar…” Airis merengek manja sambil mengusap perutnya yang kempis sedikit.  Buncit tu masih ada.  Hehehe…mengada betullah kau ni Airis nak manja-manja segala!

“Tadi selepas Subuh, ibu dan abah datang hantar makanan untuk sayang.  Makanan orang berpantang katanya.  Lepas tu, ibu dan abah beredar terus sebab katanya mereka kena pergi Pahang.  Ada hal sikit...”

Airis mengangguk tanda faham. 
“Saya nak makan sekarang.”

“Kesian isteri abang lapar…” Aryan membuka Tupperware yang berisi nasi putih dan sup ayam.  Bungkusan plastik berisi sup ayam dibuka lalu dituang sehingga habis ke dalam Tupperware.

“Nak abang suap…!” manja! Aryan menggeleng kepalanya dengan gelagat Airis.  Manja tak bertempat pulak sekarang ni.

“Manja betul!” hidung Airis dicuit kecil.  Sudu yang sudah berisi nasi bersama sup ayam disuakan pada mulut Airis.  Tanpa teragak-agak Airis membuka mulut untuk menerima suapan dari suaminya.

“Bismillah dulu sayang…” Airis tersenum lalu bismillah…Aryan menyuap nasi serta sup ayam ke dalam mulut isterinya.

“Sedap?”

“Sedap!” Airis mengangguk kecil.

“Abang yang tengok pun terliur…” walaupun simple tapi tetap nampak sedap.  Lagipun sup ayam memang sedap apa.

“Abang nak? Kalau abang nak abang makanlah jugak…makan dengan Airis.  Baru sweet! Satu sudu pulak tu…” dia tersengih lagi.  Aryan hampir melopong dengan perubahan
mendadak dari Airis. 

“Sayang ni nakal eh? Geram pulak abang dengan sayang ni…” pipi isterinya dicubit lembut.

“Bukan selalu nak nakal dengan abang.  Meh sini sudu tu.  Biar saya yang suap abang pulak…” Airis bertindak untuk mencapai sudu dari tangan Aryan.  Aryan pula menggeleng tanda tak membenarkan.

“Makanan ni khas untuk sayang bukannya abang.  Jadi, seeloknya sayang makan bagi kenyang-kenyang.”

“Alah abang ni.  Saya tak kisah pun.  Kesian pulak abang lapar.  Jadi, biar saya suap abang pulak.” Airis merampas sudu dari tangan suaminya lalu mencedok nasi dengan sup ayam.

Aaaa…nganga lah abang.”

“Tapi…”

“Abang…makan je.  Tak apa.  Saya tak kisah pun.” Aryan mengalah.  Nasi disuap ke dalam mulutnya.

“Sedapkan abang? Nah…”

“Sayang makan dulu,” Aryan mengambil sudu lalu menyuap ke dalam mulut Airis.  “Yang penting sayang kena sihat dulu.  Abang tak nak sayang sakit.”

“Saya pun tak nak abang sakit…”

“Abang masih boleh makan yang lain lagi.  Sayang ni yang dah mula kena pantang.  Mana boleh makan macam-macam…”

Ok aku mengalah.  Aku biarkan je Aryan suap aku sampai licin Tupperware tu.  Aryan? Dia hirup je sup dalam Tupperware tu.  Kesian pulak aku tengok dia makan sup je.  Bila aku suruh dia makan sekali dia tak nak.  Oh my syuben.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now