•BAB 106•

14K 381 1
                                    

Airis memandang buaian yang sudah siap dihias oleh dua pupunya, Syiqin.  Maklumlah esok adalah kenduri aqiqah untuk my little heroes.  Bukan Yusuf dan Bujibu ye.  Kebiasaan kan orang Melayu akan buat cukur jambul apa ni.  Lepas tu adalah makan sikit-sikit untuk penduduk dekat kampung ni. 

“Macam mana? Cantik tak mak su?” soal Syiqin bila siap menggubah buaian untuk Aqil dan Afif.

“Hah cantik dah ni.  Cuma tampallah sikit macam pepatung ke apa ke.  Kasi menyerlah sikit.”

“Ok mak su!” Syiqin mencapai pek plastik yang berisi pelbagai jenis koleksi cangkuk pepatung, rama-rama dan macam-macam lagilah yang sesuai untuk baby boy.

“Airis, Aryan mana?” tanya Puan Aliyah bila kelibat menantunya yang satu itu tidak kelihatan.

“Ada tengah bersembang dengan Arif dekat luar rumah…” siapa Arif? Arif tu sepupu aku sebelah ayah.  Arif sorang je yang aku tak berapa rapat sangat.  Sepupu-sepupu yang lain aku rapat.

“Airis, anak kamu tu menangis…” ujar Syiqin bila terdengar suara tangisan bayi datang dari arah bilik.

“Hah yelah!” tak perasan pulak sebab tengah khusyuk minum air.  Airis berlari anak menuju ke biliknya.  Diangkat Aqil lalu dibawa ke pangkuannya.  Mesti Aqil tengah lapar ni.

“Syiqin, ada nampak Airis?” soal Aryan bila kelibat isterinya tak ada.  Tadi rasanya dia nampak isterinya dekat dapur tengah minum air.  Lepas tu lenyap.

“Ada dalam bilik.  Tadi baby menangis…”

Thanks,” Aryan masuk ke dalam bilik.  Dia memandang Airis yang sedang menyusukan Aqil.

“Kenapa abang?” dia terdengar perbualan Syiqin dengan suaminya tadi.  Risau benar kalau aku tak ada.  Bukannya aku ke mana pun.

“Saja cari sayang.  Tadi abang nampak sayang minum dekat dapur, bila toleh tengok sekali lagi dah lenyap.  Abang ingatkan sayang kena culik ke apa tadi,” jelas Aryan sambil matanya memandang ke arah Aqil yang masih lagi menyusu.

“Jeles abang dengan Aqil ni.”

“Kenapa pulak? Takkan dengan anak pun nak jeles kot?” jeles kebendanya? Pelik-peliklah suami aku ni.

“Taklah…dia setiap hari dapat dekat dengan umi dia lepas tu dapat layan special lagi.  Abang pun nak jugak macam Aqil tu…” panjang muncung Aryan menunjuk ke arah dada Airis.

Eeiii abang ni! Apalah, tak senonoh betul!” Airis memukul dada Aryan dengan tangan sebelah.

“Yelah! Boleh dikatakan Aqil dan Afif dapat tiap-tiap hari tapi abang? Limit!” kali ni lengannya pula dicubit kuat.

“Abang! Apa ni cakap macam tu? Kalau orang dengar macam mana?” dia ingat bilik aku ni kalis bunyi? Kalis suara macam tu? Tak fikir langsung manalah tahu orang luar tambah-tambah lagi Syiqin dengar ke.  Tak ke malu aku nanti?

“Orang takkan dengar punyalah.  Sayang, bila abang nak dapat macam Aqil?” telinga Aryan pulak yang ditariknya kuat.  Aryan meringis sakit.

“Abang!” marahnya dalam separuh nada menjerit.  Nasib baik perlahan je suara aku.  “Tak payah melalut sangat boleh tak? Pervert betul!”

Aryan ketawa besar bila Airis menggelarkannya pervert.  “Lama abang tak dengar sayang panggil abang pervert.  Bukan selalu abang pervert dengan sayang kan?”

Airis membalikkan tubuh Aqil selepas menyusukannya.  Diusap perlahan belakang Aqil bagi dia sendawa.  Itu apa yang ibu aku cakaplah.  Aku pun ikut jelah.  Selepas meletakkan Aqil ke atas toto, dia kembali memandang Aryan.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now