•BAB 115•

21.8K 430 92
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Ya Allah...buasnya!" gumam Airis sambil cuba menyarungkan baju kepada tubuh anaknya, Aqil. Yang Afif dah smart, hensem dah! Yang si abang ni pulak jadi buas semacam! Alasannya memang ketara...tak nak pakai baju. Ingat body dia macho ke?

"Aqil!!!" geram aku dibuatnya bila aku dah saruk masuk baju, dia tolak tangan aku lepas tu buang baju. Dia jadi ketegaq nak pakai baju pulak.

"Dania! Siap ke belum?" dari tadi Dania menghilang. Entah siap ke tak lagi. Kalau tak siap, memang aku nak meroyan. Sudahnya tinggal berapa minit lagi sebelum majlis tu berlangsung.

"Dah siap umi!" Dania menghampiri uminya dengan jubah warna pink belacan. Tudung siap! Sama kaler.

"Bagus...cantik anak umi!" Airis mengusap lembut pipi Dania lalu dicium sekilas.

"Kenapa adik tak pakai baju lagi?" soal Dania bila melihat Aqil masih lagi dengan seluarnya. Baju tak pakai-pakai lagi pun.

"Adik ni hah degil tak nak pakai baju..." manja-manja dengan Dania pulak. Mengadu dekat budak kecik! Tapi jangan pandang rendah pada Dania eh! Dia garang wooo. Hahaha...dia akan back up aku. Kalau Aqil atau Afif tak nak pakai baju, memang Dania yang akan pakaikan mereka berdua baju.

"Adik!" hah! Dania punya gunung berapi dah nak meletus. "Pakailah cepat!" Dania memanjat katil lalu baju di tangan Airis diambil dan bersiap sedia untuk sarung ke tubuh Aqil. Tengok gaya Dania pun ganas. Dia paksa Aqil pakai baju.
Kahkahkah...berperanglah Dania dengan Aqil. Yang Aqil pun tak nak mengalah. Segala karate dia bawak keluar.

"Siap!" akhirnya...Aqil pakai jugak baju selepas bersilat dengan Dania atas katil. Punya tak nak pakai baju.

"Terima kasih sebab tolong umi..." Dania hanya tersenyum sambil memandang adik-adiknya yang bergolek sakan atas katil.

"Sayang? Dah siap? Anak-anak?" soal Aryan sebaik saja keluar dari tandas dengan pakaiannya. Seluar jeans dengan baju Melayu. Stail dialah pakai macam tu.

"Dah...tunggu abang je."

"Cantiknya anak abi. Sapa beli baju ni?" setahu aku, aku tak beli jubah pink belacan ni dekat anak aku. Tak lain tak bukan...

"Umi belikan." aku dah agak dah mesti Airis yang akan beli.

"Cantikkan abang?"

"Cantik...harga dia mesti cantik kan?" amboi! Sempat lagi tu nak memerli.

"Mana ada. Jubah tu lima belas ringgit je. Diskaun 10 persen haritu..." Aryan mengangguk. Tak kisahlah berapa pun harga janji anaknya boleh pakai. Janji tak beli baju yang merepek sudah.

ROYAL CHULAN, DAMANSARA. Suasana dewan tersebut dihias indah dengan tema Pale Dogwood yang menggabungkan warna hijau mint, pale dogwood dan hazelnut. Memang cantik sangat-sangat! Macam duduk dalam cerita fairy tale. Tak tergambar rasanya.

Yang mana rakan-rakan ataupun sanak-saudara yang terdekat, semuanya digalakkan untuk memakai baju warna hazelnut. Nak cantik dalam gambar. Kononnya...
Tapi, kami sebagai kawan-kawan mengikut je apa yang diminta. Kawan-kawan semuanya mengenakan baju warna hazelnut bagi pihak lelaki. Airis? Dia pakai baju warna hazelnut dan ada lace warna hijau mint pada pinggang dan hujung baju. Mewakilkan kepada kedua-dua pihak. Hahahaha...tak apalah kan.

Airis dan Aryan sama-sama memandang ke arah Mikhael dan Doktor Kamilia yang sedang duduk bersanding di atas pelamin. Habis pinau mata sebab flash camera yang menangkap gambar mereka berdua.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now