Mikhael mendiamkan diri sambil telinganya masih fokus mendengar cerita yang diceritakan oleh Aryan. Sebenarnya cerita yang diceritakan Aryan ni aku dah tahu lama dah.
Sejak zaman sekolah lagi. Sebab dia tahu yang Airis bukannya jenis perempuan yang gedik. Cuma, aku diamkan je. Aku nak Aryan dan Iliya selesaikan sendiri dengan Airis.
Memang Raihan dalang semuanya. Tapi, aku tak sangka pulak perkara ni boleh dilupakan macam tu je. Semuanya atas permintaan Airis sendiri.“Tapi yang aku tak fahamnya kenapa Airis langsung tak nak bukak cerita pasal tu?” itu yang aku tak faham sekarang. Kenapa Airis tak nak jelaskan apa yang dah berlaku?
“Sebab Airis tak nak panjangkan masalah. Apa yang dia nak hubungan kau dengan Iliya kembali pulih macam biasa. Sebab tulah dia malas nak panjangkan kes,” terang Mikhael senang.
“Macam mana kau tahu?”
“Aku tahu lama dah benda ni Iyan. Cuma, aku sengaja tak cakap dekat kau sebab aku nak tengok sejauh mana kau boleh selesaikan masalah tu tapi hampeh!” balasnya.
“Kau dah tahu? Kenapa kau tak cakap dekat aku hah?”
“Macam aku cakap. Aku nak kau selesaikan sendiri. Tapi, apa yang kau buat? Kau buat hidup Airis jadi lagi tak tenang adalah…” kalau diingatkan balik sejarah dulu, memang Aryan ni layak makan penampar sebab percayakan je apa yang Raihan cakap.
“Kalau kau cakap dekat aku, tak adalah aku nak buat Airis macam tu!”
“Hmmm…kau pun masa tu bodoh jugak Iyan sebab percayakan je Raihan tu bulat-bulat! Oklah, senang katalah kan Raihan tu sebenarnya memang sukakan kau tapi dia pendamkan je sebab kau pilih Iliya berbanding dia. Sebab tulah dia cari jalan supaya kau tinggalkan Iliya. Tapi, plan dia fail kan?”
Aryan meraupkan wajahnya. Kebenaran sudah terbongkar sekarang. Ya, dia bodoh sebab percayakan je apa yang Raihan cakap padanya. Mungkin sebab tulah Airis membencinya. Bodohlah kau ni Aryan! Langsung tak siasat dulu.
“Raihan rancang semuanya. Dia yang rancang supaya kau ditangkap berdua-duaan dengan Airis dalam bilik karaoke tu. Ada benda dalam minuman kau dan Airis waktu tu. Sebab tulah kau dengan Airis jadi macam tak betul malam tu…”
Flashback…
Pandangannya mula berpinar-pinar selepas minum minuman di atas meja hadapannya. Dia memandang Airis di sebelahnya. Airis pun dah tak betul. Lepas tu, dia rasa lain macam. Badannya seperti panas-panas tapi selesa. Airis juga sama.
“What the hell you guys doing huh?!” tiba-tiba suara Iliya menjelma di dalam bilik karaoke tersebut.
Airis dan Aryan sama-sama memandang ke arah muka Iliya yang sudah memerah menahan marah. Aryan cuba bangun namun tak boleh.
“Tak guna punya kawan! Aku ingatkan kau kawan aku tapi kau tikam belakang! Selama ni apa yang Raihan cakap memang betul! Kau memang ada hati dekat Aryan kan?! Perempuan tak guna!!!” terus dia memukul Airis di hadapannya.
Aryan cuba menepis tapi tak mampu. Dia sendiri pun tak betul. Ni kalau tolak dengan satu jari pun boleh tumbang. Manakala Raihan pula tersenyum di hadapan bilik karaoke melihat pertengkaran antara Airis dan Iliya.
End of flashback…
“Tapi…waktu tu aku…” Aryan terdiam seketika. “Aku…aku masuk bilik karaoke tu. Aku terkejut sebab Airis ada dekat situ dan bukannya Iliya. Aku dapat text dari Iliya yang dia nak jumpa aku dekat tempat karaoke. Tapi, kenapa Airis yang ada ada dalam bilik karaoke tu? Kejap…aku tak faham!” jelas pada wajahnya buntu sekarang.
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...