•BAB 63•

16.5K 441 0
                                    

Airis melangkah masuk ke dalam studio bersama Dania yang berada di pangkuannya.  Takkanlah nak tinggal Dania sorang-sorang pulak dekat rumah? Itu namanya sengaja mencari penyakit.  Lagipun, apa salahnya kalau bawak Dania ke studio kan? Studio ni bukannya ada tanda no baby allowed.

Dia menghampiri Humaira yang sedang duduk termenung di hadapan studio.  Lain macam je muka minah ni hari ni? Dah monyok semacam kenapa? Ada masalah negara ke macam mana? Nak kata ada masalah negara, dia ni bukannya Perdana Menteri pun.

“Kau kenapa ni?” soal Airis sebaik sahaja dia duduk di atas lantai tidak jauh dari Humaira. 

Dia menghamparkan kain batik yang dibawanya lalu membaringkan Dania dan kepalanya dialaskan dengan bantal kecil di dalam beg sandang yang dibelinya beberapa hari lepas.  Senang nak bawak barang keperluan Dania. ke sana ke sini.

“Kenapa apa?”

“Tak adalah.  Muka kau tu serupa orang tertelan biji durian.  Dah kenapa? Oh ya.  Kau ada masa pulak hujung minggu ni nak lepak studio? Bukan ke selalunya hujung minggu macam ni kadang-kadang kau pergi rumah keluarga Wafiey? Kan?”

Humaira tersenyum kecil.  Walaupun bibirnya mengukirkan senyuman agak manis tapi hatinya mengukirkan senyuman yang paling tawar yang tak ada sapa tahu.  Tawar hati dengan perangai Wafiey sebenarnya.  Wafiey macam ada rahsiakan sesuatu darinya.  Yelah, selama dia rapat dengan Wafiey, mana ada Wafiey pernah rahsiakan apa-apa.  Tapi, pasal perempuan hari tu beriya-iya dia nak rahsiakan.

“Aku agak dah kau mesti ada masalah dengan Wafiey.  Kalau tak, aku tanya kau takkan diam macam ni.  Apa yang Wafiey dah buat dekat kau pulak?”

“Dia tak buat apa-apa pun dekat aku cuma…entahlah nak cakap macam mana.  Dahlah kau jangan risaulah.  Aku ok je.  Jom menari? Rasa macam badan ni berat pulak…”

“Kau yakin kau ok?”

“Yakin! Dah jom!”

“Eh? Kalau aku menari dengan kau, ni anak aku ni sapa nak jaga?”

“Ya Allah kau ni.  Kita bukannya nak menari dekat luar pun.  Dalam ni jugak.  Tak jejas pun si Dania ni.  Jomlah…”

“Yelah tapi kejap je.  Dania ni kalau aku tak ada dia merengek.”

“Ye!” Airis bangun mengikut Humaira ke tengah studio.






“KAU dengan Airis macam mana bro?” soal Mikhael sambil menyuap nasi goreng tomyam ke dalam mulutnya.  Aku memang suka menyibuk dalam hal rumah tangga si Aryan ni.  Sebab bagi aku Aryan dengan Airis adalah pasangan yang paling cute.  Ni kalau dengar dekat Airis, senak kaki kau kena pijak.

“Aku dengan Airis? Hmmm macam tu jelah.  Sama macam biasa.  Cuma, dia ada improvement dari segi memasaklah.  Mengikut kata ibu dan abah dia, dulu Airis ni susah sangat nak masuk dapur apatah lagi masak.  Tapi, sekarang aku tengok dia dah belajar masak.”

“Oklah tu bro.  Sekurang-kurangnya Airis nak masak jugak bagi kau makan.  Lagipun kan, spaghetti yang dia masak hari tu meletop lah weyh! Nak meleleh air liur aku ni…” Mikhael tersengih.

“Apa susah? Kau memang rapat dengan dia kan? Kau mesej dia cakap nak makan spaghetti yang dia masak hari tu.  Tak susah kan?” Aryan memberi cadangan yang tak berapa bijak.

“Bagus sangat cadangan kau tu.  Tak pasal-pasal aku kena sembur dengan dia nanti.  Tapi…Airis ni kalau apa yang kita mintak dia mesti buat.  Tak apalah, nanti aku cuba nasib aku.  Hahaha…kau tak jeles kan?” Mikhael menjongketkan keningnya berkali-kali.

“Aku jeleslah jugak tapi tak apalah.  Kau kan kawan aku dengan Airis?”

“Bagus! Kawan yang memahami…” ujar Mikhael bersama senyumannya.

“Jangan ada niat nak rampas dia sudahlah…” Mikhael berhenti menyuap nasi goreng tomyam ke dalam mulutnya lalu memandang Aryan yang hanya menunjukkan riak biasa.

“Gila ke apa aku nak rampas Airis dari kau? Kalau ye pun aku nak rampas, memang aku dah bagitahu kau siap-siap dah.  Lagipun, silap hari bulan Airis luku kepala aku kalau dia tahu aku nak rampas dia dari kau.  Aku tahu kau cintakan Airis sangat-sangat dan mampu jaga dia elok-elok.  Sebab tulah aku lepaskan dia untuk kau…” Mikhael ketawa jahat.  Sempat lagi nak menyakat.

No wonderlah Airis pernah cakap yang kau ni bengong orangnya.  Memang betul pun apa yang dia cakap.”

Well, memang pun.  Dah banyak kali dia gelarkan aku bengong.  Kami dulu kan sweet tapi sekarang tak dah.” kalau Aryan salah tafsir sweet aku dengan Airis naya aku.  Silap hari bulan makan penumbuk.

“Nak share how sweet you both waktu tu?”

Mikhael menayangkan sengihnya.  “Aku rasa tak payah kot? Aku tengok muka kau dah seram lain macam sangat tu.  Silap-silap muka aku yang hensem ni kena penumbuk free dengan kau.  Tak adalah, jangan fikir yang bukan-bukan.” Mikhael menyedut air ice lemon tea di dalam gelasnya.

“Kau dengan Airis mesti rapat gila kan dulu?”

Sudah! Pahal pulak nak keluar tajuk ni? Isy! Silap pi bukak tajuk spaghetti yang Airis masak tu.

“Iyan, kau jeles ke? Weyh, jangan jeles.  Aku dengan Airis kawan je.”

“Tak…aku tanya je.  Memanglah aku jeles tapi tak adalah sampai aku nak buat macam dalam drama tu.  Aku tahu mana yang baik, mana yang buruk.  Aku cuma tanya kau mesti rapat dengan dia dulu kan?”

Errr…boleh tahanlah jugak.”

Set Mikhael! Lepas ni kalau depan Aryan jangan pernah mention langsung hubungan rapat kau dengan Airis dulu.  Aku tengok air muka Aryan pun dah keruh semacam.  Lupa, dia kan cintakan Airis dan suami mana tak sayang bini kan? Lepas ni jangan cakap dah pasal Airis depan dia.  Ingat tu Mikhael!

Tipulah kalau aku langsung tak jeles dengan apa yang Mikhael cakap.  Cara Mikhael cakap tu macam diorang dua dah rapat sangat dah.  Macam rahsia luar dalam pun diorang tahu.  Tapi, tak adalah tahap jeles aku ni sampai nak bertumbuk segala macam dalam tv tu.  Lagipun, Mikhael ni dah memang kawan aku dengan Airis.  Takkanlah sebab hal kecil ni pun nak bertumbuk kan?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now