•BAB 32•

17.7K 526 1
                                    

“Lewat balik Iyan? Ke mana?” tegur Puan Sofia sebaik sahaja anaknya melangkah masuk ke dalam rumah. 
Aryan melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu.  Puan Sofia mengambil tempat di sebelah anaknya.

“Pergi minum dengan kawan-kawan tadi.  Iyan mintak maaf mak sebab suruh mak pergi ambik Dania dekat nursery,” nasib baiklah aku call mak awal-awal suruh pergi ambik Dani dekat nursery.  Kalau tak? Kena berleter sebab pergi ambik Dania lewat.

“Tak apa.  Janji Iyan call.  Oh ya, mak nak Iyan pergi ke butik baju pengantin dengan Airis minggu depan.  Pergi tempah siap-siap baju kahwin.  Nanti tak adalah kelam kabut sangat.”

“Yelah mak.  Tengok dulu macam mana.  Iyan kena tanya Airis dulu dia free ke tak minggu depan.  Kalau dia free, barulah Iyan pergi dengan dia.  Kalau tak free, kenalah tunggu dulu.” minah tu bukannya boleh kira sangat.  Kadang-kadang hari dia free pun dia cakap dia sibuk.  Sibuk apa entah?

“Insya-Allah dia free.  Lagipun, mak tak sabar nak jadikan Airis menantu dalam keluarga ni…” Puan Sofia tersenyum lebar.

Amboi mak…senyum lebar nampak? Kalau sebut pasal Airis je, senyum melebar betul.  Tak pernah tak senyum.  Apa-apa pasal Airis je, mak tak segan-silu nak senyum.  Memang kuat betullah penangan Airis.

“Oklah mak.  Iyan masuk bilik dulu? Nak mandi lepas tu nak rehat.”

“Ye.  Jangan lupa solat Isyak terus!” pesan Puan Sofia.

“Ye mak!” laung Aryan yang sedang mendaki tangga menuju ke biliknya.






SELEPAS mandi, Aryan merebahkan tubuhnya ke atas katil sambil kepalanya ligat teringat kejadian petang tadi.  Kalaulah Airis tak tarik aku tadi, agaknya aku dah bermalam dekat hospital beralaskan katil hospital.  Kuat jugak dia tarik aku sampaikan kami berdua terlentang atas jalan.

Betul cakap Mikhael.  Airis memang seorang yang cepat memaafkan.  Dia bukannya seorang pendendam.  Cepat saja dia memaafkan orang.  Susah nak cari orang yang cepat memaafkan seperti Airis.  Aku dah banyak sakitkan hati dia dulu tapi dia tetap maafkan aku.  Tapi, aku hairan macam mana Mikhael begitu mengenali Airis lebih sedangkan dia dan Airis bukannya rapat? Jauh lagi kawan baik.

Selalunya orang paling susah nak lupakan benda yang dah terjadi.  Apatah lagi maafkan orang yang dah sakitkan hati dia.  Tapi, Airis memang betul-betul lain.  Lain daripada yang lain.  Bibirnya tersenyum kecil. 
Lamunannya terhenti bila telefonnya berdering.  Panggilan daripada Mikhael.  Mamat ni call memang kena time.

Hello bro?”

“Tengah mengelamun ke tu?”

“Hek eleh! Macamlah kau tahu segala benda?” tapi tekaan dia betul.  Memang aku tengah mengelamun tadi.

“Mengelamun pasal Airislah kan? Kau tak ada benda lain dah…”

Bro, aku nak tanya sikit…”

“Apa dia? Tak lain tak bukan pasal
Airis jugak kan?”

Aryan ketawa kecil.  Mamat ni tahu-tahu je.  “Pandai kau teka.  Aku nak tanya kau, macam mana kau tahu Airis tu seorang pemaaf eh?”

“Macam mana aku tahu eh? Kejap…apasal kau tanya pasal ni? Kau jumpa dengan Airis dan cakap pasal benda lalu ke?”

Hmmm…”

“Ok…back to the topic.  Macam mana aku tahu dia seorang pemaaf? Aku pun tak tahu nak terang macam mana dekat kau Iyan tapi dia memang seorang pemaaf.  Masa kau dan Iliya haru-birukan hidup dia, aku dapat tengok dari riak muka dia yang dia memang seorang pemaaf.  Langsung tak tunjuk riak dendam atau marah di sebalik muka keruh dia…”

“Lagi?”

“Yang tu je kot yang aku tahu.  Sejak dari situlah aku tahu dia seorang pemaaf.”

Betul cakap kau Mikhael.  Dia memang seorang pemaaf.  Bukti? Petang tadi bila aku cakap benda yang dah lalu, dia langsung tak tunjukkkan riak marah.  Malah, pekena aku adalah sampai suruh aku berdiri dekat tengah jalan.  Aku pun dengan bangannya ikut je apa yang dia suruh.

“Kenapa? Aku missed something ke ni?”

“Tak adalah.  Aku cuma tanya je.”

“Kau dah betul-betul suka dekat Airis ke? Kalau tak, jarang kau tanya soalan macam ni.”

“Entah…aku pun tak tahu bro.  Tapi, aku rasa memang aku dah jatuh suka dekat dia.  Aku rasa…”

“Kau rasa happy bila dekat dengan dia? Ke sebab dia rapat dengan anak kau je?”

“Tak…bukan yang tu.  Memang aku rasa happy bila dia dekat dengan aku.  Aku rasa macam…seronok.  Tak tahu kenapa aku boleh rasa yang ni.  Aku gila kan?” memang betul aku rasa macam ni.  Kalau dekat dengan Airis, tak payah cakaplah.  Hati aku rasa tenang je.

“Kau bukan setakat sukakan dia Iyan, kau dah jatuh cinta dengan dia.”

Hahaha…kau merepek apa ni?”

“Aku? Merepek? Kau tu gila tak sedar yang kau dah jatuh cinta dengan dia.  Cubalah celik mata kau luas-luas.  Aku dah lama sedar kau dah jatuh cinta dekat dia.”

“Mika, pleaselah jangan nak merepek waktu malam macam ni.”

“Merepek apa bendanya? Dah memang fakta kau dah jatuh cinta dengan dia.  Apa yang susahnya kau nak mengaku Iyan? Kau nak tipu apa lagi dengan aku? Aku dah dapat semua jawapan yang aku nak dari kau.  Aku sahkan kau memang jatuh cinta dengan dia.”

“Mika…”

Yes?”

“Kalau Airis dengar ni, dia pelangkung kepala kau tahu?”

“Tahu…dah kenal sangat pun perangai bakal isteri kau tu macam mana.  Aku tumpang happy untuk kau jelah sebab dah cuma pengganti kepada arwah Iliya.  Akhirnya, hati kau tu terbuka jugak nak cari pengganti.  Bukan baik untuk kau je, tapi baik untuk Dania jugak.  Sekurang-kurangnya dia dapat rasa kasih-sayang seorang ibu.”

“Apa kata kau je yang ambik Airis?”

Mikhael ketawa kuat di talian.
“Seriuslah? Aku ok je dengan Airis.  Takut kaulah patah hati tulang rusuk apa ni.  Tak apa, aku lepaskan Airis untuk kawan aku yang sorang ni.  Kecualilah lepas ni kau sia-siakan dia kan? Memang aku rampas teruslah.”

Aikk? Ada niat jugak?”

“Yelah…perempuan sebaik Airis tu sapa sanggup nak lepaskan? Aku pun tak nak lepaskan tapi memandangkan kawan aku ni memang dah jatuh cinta dekat Airis, jadi aku lepaskan Airis untuk kau.  Amacam? Baik kan hati aku?”

Aryan mencebik.  Masuk bakul angkat sendiri.  “Baiklah jugak.”

“Oklah bro.  Cakap dengan kau ni pun tak guna jugak.  Bukannya kau nak mengaku yang kau cintakan Airis pun kan? Aku tidur dulu.  Ingat! Esok kita pergi melawat Wafiey dekat hospital.”

No worries bro.  Asalkan kau jadi jam penggera tak bertauliah aku sudah.”

“Banyaklah! Bangun sendiri! Tak ada maknanya aku nak jadi jam penggera kau! Ok, aku off dulu.  Bye!”

Bye…” Aryan meletakkan telefonnya ke tepi selepas panggilan dimatikan oleh Mikhael sendiri.

Betul ke aku dah jatuh cinta dekat Airis? Takkanlah semudah dan secepat ni aku jatuh cinta dekat Airis? Ataupun, aku hanya happy sebab dia layan Dania baik-baik? Tapi…

Alah Aryan! Kau nak nafikan apa lagi? Kau memang dah jatuh cinta dekat Airis cuma kau je yang tak sedar.  Kau cuba nafikan perasaan kau sebab kau masih rasa bersalah dekat dia kan? Apa yang susahnya Aryan? Kalau kau cintakan dia, kau mengaku je yang kau cintakan dia. 

Cakap memanglah senang tapi masalahnya Airis tu.  Kang dia muntah kuning pulak bila aku cakap aku cintakan dia.  Tahu sangat dah Airis tu macam mana.  Hati keras macam batu walaupun luaran nampak macam lembut.  Tak apa, lepas kahwin tahulah aku nak handle macam mana.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now