Airis dan Aryan saling berpandangan sebelum pandangan mereka terarah kembali pada Raihan yang berdiri di sebelah meja makan mereka. Dah berapa lama Raihan tak muncul di hadapan mereka dan sekarang? Tiba-tiba je muncul. Mesti ada benda kalau tak dia takkan muncul secara tiba-tiba macam ni.
“Ye? Ada apa?”
Raihan mengetap bibirnya menahan rasa di hati bila terpandangkan Aryan yang sedang menggenggam erat tangan Airis. Jujur dia masih cemburu melihat kemesraan yang ditayangkan Airis dan Aryan tapi dia tak boleh buat apa sekarang ni. Dia perlu terima takdir yang Airis selamanya akan jadi peneman kepada hidup Aryan.
“Boleh aku cakap dengan korang berdua? Itupun kalau awak berdua ada masa?”
Airis dan Aryan mengangguk. Memberi peluang untuk Raihan bercakap dengan mereka.
“Jemputlah duduk,” Airis mengubah kedudukannya lalu mengambil tempat di sebelah Aryan. Takkanlah aku nak suruh Raihan duduk tepi Aryan pulak kan? Nak tengok aku meletup, buatlah! Tak pasal-pasal dalam sekelip mata je kau dah duduk dekat London sebab kena penerajang transformers aku.
“Apa yang kau nak cakapkan tu Raihan?” Airis memulakan percakapannya. Aku tengok si Raihan ni macam teragak-agak nak cakap.
“Aku datang jumpa korang pun sebab aku nak cakap mintak maaf terutama sekali dekat kau Airis. Aku banyak salah dengan kau. Aryan? Aku mintak maaf sebab selama ni aku buat kau dengan arwah Iliya salah faham dekat Airis. Airis…sekali lagi aku nak mintak maaf? Maafkan aku?”
Airis memandang muka simpati Raihan. Nak maafkan ke tak? Dia memandang pula Aryan di sebelahnya. Aryan menggenggam tangannya memberi kekuatan.
“Tak apalah Raihan. Benda dah jadi pun. Aku tak ambik tahu pun even berdendam dengan kau pun tak. Setiap orang ada kesalahan dia sendiri. Kau jangan risaulah. Aku tak pernah simpan dendam ke apa dengan kau.”
“Terima kasih Airis sebab sudi maafkan aku. Aku takut kau berdendam dengan aku. Sebab tulah aku datang untuk mintak maaf dekat kau…”
Airis pantas menggeleng bila terdengar ayat dari Raihan. “Tak payah nak mintak maaf pun dan kau jangan risau yang aku takkan berdendam dengan kau pun. Anggap jelah benda yang berlaku macam tak berlaku.”
Raihan mengukirkan senyuman kecilnya lalu menarik nafas dalam-dalam. “Susah untuk aku percaya kau maafkan aku sekarang ni selepas apa yang aku dah buat dekat kau selama ni. Aku dah burukkan nama kau pun kau masih maafkan aku. No wonderlah Aryan boleh jatuh hati dekat kau…” ikhlaskah? Ya aku ikhlas cakap macam tu. Tak ada niat nak memerli.
“Kau perli ke apa?” soal Aryan selepas lama dia menyepi. Jadi penonton tak berbayar.
“Mana ada aku perli. Aku cakap benda yang betul. Sapa je yang tak jatuh hati pada perempuan sebaik Airis ni. Walau macam-macam benda kita dah buat dekat dia, dia tetap maafkan kita. Kau jangan lupa kau pun pernah buat salah dekat dia ok, Iyan?”
Eh? Dia kenakan aku pulak? “Aku dah mintak maaf pun dan sayang aku ni dah maafkan pun.”
“Hahaha…untung jugak dia maafkan kau ok? Nak tak nak dia kenalah maafkan kau sebab kau kan suami dia? Kalau dia tak maaf, dosa percuma pulak?”
“Pandailah kau cakap. Kau pun nasib baik ok dia maafkan sebab dia baik hati. Well, isteri aku ni memang baik hati. Kan sayang?” kini tangannya naik memeluk bahu Airis pula.
“Apa ni?” Airis cuba menepis tangan Aryan yang sedang melingkar di bahunya. Boleh pulak buat tayangan percuma dekat sini. Kononnya aku dengan dia bahagialah konon? Tapi, aku memang bahagia pun. Hahaha.
“Yelah. Kau jelah yang menang. Emmm…aku rasa aku kena gerak dulu. Once again sorry Airis.” ujarnya sebelum bangun dari kerusinya.
“It’s okay…”
“Thank you sekali lagi sebab maafkan aku. Aku gerak dulu?
Assalamualaikum…” ujar Raihan lalu melangkah pergi dari situ. Tinggallah Airis dan Aryan di situ. Ops! Terlupa pulak Dania. Hehehe…maklumlah Dania ni tak buas pun bila dah besar. Diam je. Sampai terlupa pulak kewujudan dia dekat sini.HUMAIRA pandang sepi mesej dari Wafiey. Tak ada tanda-tanda yang dia akan membalas mesej daripada Wafiey.
Wafiey: Maira…tolong balas mesej saya? Jangan jauhkan diri daripada saya macam ni?
Aku jauhkan diri aku daripada kau untuk kebaikan aku sendiri. Aku tak nak hati aku terluka lagi sebabkan kau. Memang kau cakap kau cintakan aku tapi aku takut itu hanya satu alasan untuk kau pujuk aku supaya aku tak menjauhkan diri dari aku lagi.
Wafiey: Maira…kenapa setiap kali saya mesej awak, awak langsung tak balas? Kenapa? Awak ragu-ragu tentang perasaan saya terhadap awak? Maira…saya berani bersumpah yang saya tak main-main dengan apa yang saya cakap.
Jangan main dengan sumpah please? Memang sekarang dia berani bersumpah tapi bila dah dapat nanti? Segala sumpah dia dah hilang entah kemana. Huh…Ya Allah! Buntunya aku sekarang ni.
Wafiey: Tolonglah percayakan saya Maira? Saya betul-betul cintakan awak. Apa yang saya cakap masa dekat studio tu saya betul-betul maknakannya. Susah ke awak nak percayakan saya?
Memang susah pun aku nak percayakan kau. Apatah lagi aku nak jaga hati aku betul-betul kali ni. Aku tak nak disakiti lagi. Aku tak nak rasa diri aku bodoh untuk kali kedua.
Wafiey: Maira…saya betul-betul cintakan awak. Awak nak saya buktikan macam mana lagi dekat awak? Awak nak bunga macam dalam drama Melayu tu baru awak percaya? Ataupun candlelight dinner?
Melampau sangat sampai candlelight dinner segala. Perlu ke aku balas mesej dia ni? Selagi aku tak balas, selagi tulah dia akan hantar mesej tak henti-henti dekat aku.
Me: Boleh tak awak berhenti hantar mesej dekat saya? Buat habis kredit awak je sebab saya takkan balas mesej awak.
Wafiey: Yang awak balas mesej saya ni apa?
Purfff! Dia kenakan aku pulak dah.
Me: Saya balas ni pun sebab saya nak cakap dekat awak yang saya tak layan semua mesej awak. Tak ada makna pun.
Wafiey: Takkan sampai macam ni sekali awak hukum saya Maira?
Me: Hukum apa? Saya bukannya Tuhan nak hukum orang.
Wafiey: Saya tahu awak marah saya sebab saya tak bagitahu sapa perempuan yang pernah jenguk saya setahun lepas tu kan?
Humaira terus menutup telefonnya. Off terus! Senang! Dia cuba mengawal debar di dadanya. Hesy! Tak pasal-pasal aku berdebar bila dia nak bukak balik cerita lama. Tak boleh jadi ni.
Haih! Kejap! Dunia dah terbalik ke?
Dulu aku yang kejar dia, tapi sekarang dia pulak yang kejar aku? Ke aku tengah bermimpi sekarang ni? Nak kata aku mimpi, memang tak logiklah. Sesak betul!
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomantizmTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...