Airis memandang Aryan yang sibuk mengemas rumah. Aku pulak? Hmmm…dah jadi macam dayang istana je sekarang ni. Duduk atas sofa goyang kaki tak buat apa sambil tengok suami tengah mengemas rumah. Maklumlah sejak kejadian aku dimasukkan ke hospital tu berbekal pulak dengan nasihat tegas dari Doktor Kamilia, memang Aryan tak benarkan aku buat sebarang kerja. Semuanya dia yang buat kecuali memasak. Dia benarkan aku untuk masak je.
Nak jaga Dania pun tak boleh lasak ok! Hari tu Aryan bagi cadangan dia nak hantar Dania ke nursery Kak Suraya tapi aku tak bagi sebab kalau Dania duduk dekat nursery, mestilah aku bosan. Bila aku bagi cadangan kalau Dania dihantar ke nursery, aku pun nak pergi nursery jugak, dia tak bagi sebab takut aku stress dengan suasana budak-budak yang penuh ragam. Aku waktu tu dah macam…huh! Semuanya tak boleh!
Tapi, nak buat macam mana? Semuanya salah aku jugak sebenarnya. Aku yang degil tak nak dengar. Jadi, terimalah padahnya sekarang. Apa jenis kerja pun kau tak boleh buat sekarang ni. Padan muka. Tapikan, selalunya perempuan ni heaven kalau tak buat kerja rumah.
Hahaha…tapi takkanlah aku nak jadi perangai tak senonoh aku yang dulu kot? Bila dah jadi bini ni, kenalah tunjuk sikit sikap rajin tu. Black face.“Abang…” panggilnya lembut. Nak menggoda sebenarnya. Manalah tahu suami aku lembut hati bagi aku buat kerja kan?
“Ye? Sayang nak apa? Lapar?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Aryan.
“Tak…”
“Habis tu?” Aryan berhenti mengemop lantai rumah lalu menghampiri isterinya. “Sayang sakit ke?”
“Bukan…saya bosanlah abang.”
“Bosan? Sayang nak pergi holiday? Nak pergi holiday mana?”
Isy! Dia tak faham ke apa maksud aku ni? Aku bukannya nak pergi holiday tapi aku nak buat kerja. Tak kisahlah sapu sampah ke apa ke.
“Saya tak nak pergi holiday tapi…” belum lagi ayatnya habis, Aryan terlebih dahulu menyampuk.
“Ya! Abang dah tahu apa yang sayang nak! Tak boleh! Abang tak bagi. Sayang nak buat kerja rumah kan?” Airis tersengih bila tekaan suaminya memang tepat seratus peratus!
“Tapi abang…”
“Sayang dah lupa janji sayang dulu? Sayang dah janji akan ikut semua cakap abang kan?” Aryan mengungkit kembali janji yang pernah dibuatnya dahulu.
“Memanglah tapi sekarang ni saya bosan sangat. Please?”
“Tetap tak boleh. Kandungan sayang masih lagi di peringkat awal dan abang tak nak benda yang sama berulang lagi. Abang nak sayang rileks dan no stress!”
“Alah abang ni…” mulalah nak buat muka simpati tak laku tu. Airis, Airis…kalau tak dapat benda yang kau nak, mesti kau merajuk kan? Tak pernah berubah! Dari kecik sampai ke besar sama je perangai.
“Apa? No…abang takkan benarkan sayang buat kerja rumah kecuali memasak sahaja yang abang bagi sayang buat. Yang lain jangan harap abang akan bagi.” sekali arahan komander pencen Aryan keluar, memang dah tak boleh nak bangkang lagi.
Tak betah lagi duduk di situ, dengan muka monyoknya dia bangun dari sofa lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Air matanya mengalir keluar. Hesy! Dah kenapa pulak aku nak menangis segala ni! Cengeng betullah kau ni Airis! Ingat! Suami kau buat semua ni sebab tak nak jadi apa-apa dekat kau dan babies. Entahlah…sejak mengandung ni kerap betul aku cepat terasa.
Aryan hanya memandang langkah Airis menuju ke bilik tidur mereka. Dia tahu Airis terasa dengannya tapi dia buat semua ni bersebab. Dia tak nak benda yang sama berlaku lagi. Kalau kehilangan babies yang dikandungkan Airis mungkin dia boleh rasa redha, tapi kalau kehilangan Airis? Cukuplah dia dah rasa peritnya kehilangan isteri masa perkahwinannya yang pertama dulu.
Dia tak nak kehilangan Airis kali ini.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...