Sudah 4 minggu Wafiey terlantar di hospital. Masih tiada tanda-tanda yang dia akan sedar dari komanya. Begitulah juga dengan Humaira. Tak ada tanda-tanda yang dia akan mengalah selagi Wafiey masih belum sedarkan diri. Walaupun ditanya berkali-kali kepada doktor bagaimana keadaan Wafiey, jawapan doktor masih sama, tak mampu memberi jaminan bila Wafiey akan sedar sepenuhnya. Tapi, aku tetap tak akan mengalah dan akan jenguk dia tiap-tiap hari sampailah dia sedar sepenuhnya.
Cuma, aku rasa kesian dekat mak dan ayah Wafiey sebab kena ulang-alik datang ke hospital ni. Aku tahu mak dan ayah dia pun mesti penat terpaksa ulang-alik dari rumah ke hospital semata-mata nak tahu macam mana keadaan Wafiey sekarang ni. Mintak-mintaklah Wafiey cepat sembuh dan sedar daripada koma dia ni.
“Wafiey…”
Tit…tit…
“Suara tu! Dia ada lagi hari ni! Aku teringin sangat nak tengok wajah yang selalu datang jenguk aku ke hospital. Tapi, mata aku masih lagi berat! Tak boleh nak bukak!”
“Bangunlah…awak tak kesian dengan parents awak ke? Kena ulang-alik dari rumah ke hospital sebab nak pantau keadaan awak…”
Tit…tit…
“Kenapa dia care pasal aku dan keluarga aku? Siapa dia ni sebenarnya? Ayah dan mak pernah cakap kebaikan Kira ni tapi aku nak tahu sangat rupa dia macam mana. Orang yang baik hati sanggup menjaga keluarga aku.”
“Dah 4 minggu awak koma dan duduk terbaring macam ni. Awak tak bosan ke asyik terbaring je? Tak rindu masakan mak awak ke? Saya pun terliur tengok mak awak masak dekat rumah…
Tit…tit…
“Tipulah kalau aku langsung tak rindu dengan keluarga aku sendiri. Nak buat macam mana? Aku dah cuba paksa diri aku untuk buka mata tapi tak boleh! Rasa berat sangat-sangat!”
“Saya harap awak cepat sedar Wafiey. Saya tak boleh lama-lama dekat sini. Saya nak kena masuk kerja balik. Assalamualaikum…”
Humaira mula melangkah menuju ke pintu wad. Tangannya menolak pintu wad tanpa menoleh ke kiri dan kanan dahulu.Bila ternampak kelibat geng Wafiey sedang melangkah ke arah wad yang diduduki Wafiey, cepat-cepat dia beredar dari situ. Janganlah kantoi dekat sini! Humaira terus melangkah tanpa memandang ke belakang. Jalan jelah ke mana pun! Janji tak kantoi dengan geng dia.
“Siapa eh tadi?” suara Syafiq tertanya-tanya. Fikri hanya menjongketkan bahunya. Dia pun tak kenal perempuan tu. Nak kenal macam mana? Muka pun tak nampak.
“Makwe Wafiey ke?”
“Isy! Mengarut je kau ni Fiq! Wafiey tu mana ada makwe. Kalau ye pun ada, mesti kita dah tahu kan?” nafi Fikri.
“Betul tu!” disokong oleh Adam.
“Alah…manalah kita tahu tu adik-beradik Wafiey yang datang jenguk dia ke? Kita tak tahu kan?” Syafiq dan Adam sokong dengan kenyataan Fikri. Ada betul jugak apa yang Fikri cakapkan tu.
Humaira melepaskan nafas lega bila langkahnya tidak diekori oleh geng Wafiey. Kalau diorang follow aku, alamatnya…matilah aku! Ni kalau geng aku tahu yang aku datang jenguk Wafiey senyap-senyap, mampus aku kena basuh gamaknya. Humaira, ingat! Lepas ni, kau kena lebih berhati-hati. Jangan main redah keluar macam tadi tu. Nasib baik kau sempat cover. Kalau tak?
“APAHAL pulak kau tersengih-sengih ni?” soal Aryan bila Mikhael menghampiri meja kerjanya dengan sengihan lebarnya. Tu kalau tersengih macam tu, ada maknalah!
Dah masak dengan perangai dia ni.“Taklah…aku rasa macam happy pulak untuk kau.”
“For what?”
“Sebab tak lama lagi kau akan kahwin dengan Airis?” Aryan menjeling
Mikhael di hadapannya. Sebab tu je dia boleh happy. Gila.“Kau ni tak habis-habis jadi penyokong hubungan aku dan Airis kan?”
“Yelah! Tak salahkan kalau aku jadi hot fans korang berdua kan?” Aryan mencebik. Hot fans lah sangat! Aku yang tengah hot heart ni tak kira pulak?
“Kenapa eh kau tiba-tiba nak kahwin dengan Airis? Yelah, setahu aku kau dengan Airis kan macam apa lagi. Tup tup nak kahwin? Apa kes bro? Ke korang ni memang ada hubungan dalam diam-diam?”
“Tak adalah. Mengarut je kau ni. Semua ni permintaan dari mak dan ayah aku. Yelah, disebabkan Dania rapat dengan Airis, terus mak aku nak Airis jadi menantu dia. Aku dah cuba pujuk mak dengan ayah aku supaya batalkan niat diorang tu tapi kau fahamlah aku macam mana kan? Aku akan ikut cakap diorang. Aku bangkang macam mana sekalipun, aku tetap kalah.”
Itulah kelemahannya. Tak boleh nak melawan cakap mak dan ayah. Mesti dia yang akan mengalah ataupun kalah sebab dia tak sampai hati nak hampakan permintaan mak dan ayah.
“Airis? Macam mana pulak dia boleh setuju? Yelah, dialah orang yang paling kuat memberontak sekali. Dia tak meroyan bila kena kahwin dengan kau?”
“Tunggu lagi dia tak meroyan? Dia boleh setuju pun sebab pujukan mak aku. Bila aku tanya kenapa, dia cakap dia tak sampai hati nak tolak sebab mak aku terlampau baik sangat dengan dia. Sebab tulah dia setuju…”
Mikhael mengusap dagunya. Timbul niat nak mengusik Aryan.
“Melepaslah aku nak try Airis. Kau potong line dulu.”Aryan menjelingnya melalui ekor mata. “Ada niat ke?”
“Adalah jugak sebenarnya. Yelah, bagi aku Airis tu perfecto. Boleh dibuat bini kot. Pandai layan budak-budak. Ciri-ciri macam tulah yang aku suka. Tapi, peluang aku dah terlepas bila kau dah potong line aku.”
Aryan buat-buat memerhatikan isi kandungan di dalam fail tersebut walhal hati dah panas semacam. First time dia rasa macam ni. Dulu masa dengan arwah Iliya, tak ada pulak aku rasa macam ni bila geng aku usik nak tackle Iliya.
“Dia bakal isteri aku bro.”
“Aku tahu tapi selagi tiada lafaz ijab kabul, aku masih ada peluang…”
Mikhael menghadiahkan senyuman sinis. Saja nak test si Aryan ni. Aku tahu kau tengah cemburu Iyan! Tapi, kau tak nak mengaku sebenarnya.
Apa susahnya kalau kau mengaku je yang kau memang sukakan Airis?“Kau ada niat nak tackle dia lagi ke?”
“Of course! Dalam masa sebulan, anything can happen! Macam orang cakaplah, kalau kapal terbang pun orang boleh rampas, apalah sangat kalau bakal isteri orang kan? Lagi senang…”
Aryan mula tak senang duduk. Entah kenapa dia rasa tercabar pulak. Seolah-olah memang Mikhael ada niat nak merampas Airis daripadanya. Tak apa Aryan. Kau buat tak tahu sudah. Jangan tunjuk sangat reaksi tak senang kau tu.
“Oklah bro. Aku nak sambung buat kerja. Kau tak kisahkan kalau aku try Airis? Yelah, kau pun bukannya suka dekat dia kan? Apatah lagi cinta. Manalah tahu aku try tackle, melekat ke?” usai berkata, Mikhael melangkah keluar menuju ke tempat kerjanya kembali.
Aryan menghembuskan nafas berat selepas pintu bilik kerjanya ditutup rapat oleh Mikhael. Fail di tangannya ditutup. Rasa tercabar pulak. Biar betul Mikhael ni? Takkanlah dia sanggup nak tackle si Airis tu sedangkan dia tahu Airis tu bakal isteri aku? Tak boleh jadi ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...