•BAB 66•

16.6K 476 0
                                    

Usai membaca Yasin, Airis menatap kubur di hadapannya.  Tak dapat dinafikan lagi yang hatinya rindu untuk berjumpa dengan arwah iaitu kawannya sendiri.  Memanglah arwah dah membenci aku, menganggap aku sebagai musuh dia sendiri tapi aku langsung tak anggap arwah sebagai musuh aku.  Ya Allah…alangkah seronoknya aku kalau dapat jumpa dia sebelum dia pergi.

“Iliya…aku datang lagi hari ni.  Aku rindu sangat dengan kau.  Aku rindu nak berborak gila-gila macam dulu.”

Airis tersenyum sendiri.  Dania aku tinggalkan di nursery Kak Suraya kejap.  Aku ingatkan nak bawak Dania sekali ke sini tapi memandangkan cuaca yang panas terik macam ni, kesian pulak dekat Dania.  Mesti dia tak tahan dengan panas ni.

“Tapi tulah tak sempat jugak.  Aku ingatkan hubungan kawan kita pulih macam dulu in future.  Tapi, rupa-rupanya tak.” Airis berhenti seketika.  Memang dialog nilah yang dia akan cakap bila datang ke kubur arwah Iliya.  Tak ada dialog yang lain dah aku boleh cakap.  Takkanlah aku nak maki hamun pulak kan sebab arwah tak ada salah apa-apa pun dengan aku.

“Iliya…anak kau comel.  Ada iras-iras sikit muka kau.  Comel! Putih! Geram pulak aku tengok anak kau.  Aku tahu aku cuma pengganti tempat kau dan tak layak pun untuk Aryan.  Tapi, aku janji dengan kau Iliya.  Aku akan jaga anak kau macam anak aku sendiri.  Aku takkan anggap dia bukan anak aku.  Lagipun, aku sayangkan Dania.  Dia comel sangat…”

“Aku yakin kau mesti happy kalau dapat tengok keadaan anak kau macam mana sekarang ni.  Anak kau aktif macam kau dengan Aryan dulu.  Buas tu tak payah katalah.  Lagi satu, Dania rajin senyum macam kau.  Senyuman dia hampir sama dengan senyuman kau.  Bila aku tengok dia kan Iliya, aku terus teringatkan kau.”

Air matanya tak dapat dibendung lagi.  Laju saja mengalir keluar dari kelopak matanya.  Iliya adalah kawan aku dari zaman kami remaja lagi. 
Iliya memang baik dengan semua orang.  Semua suka berkawan dengan dia kecuali adalah segelintir yang tak suka.  Aku pun tak faham kenapa. 
Tapi, tulah orang cakap fitnah ni boleh memusnahkan segalanya. 
Macam apa yang pernah terjadi antara aku dan Iliya lah.  Angkara fitnah dan salah faham, hubungan kawan kami terputus macam tu je.

“Aku tahu Aryan pun mesti rindukan kau Iliya.  Yelah, kau kan cinta pertama dia.  Oh ya, aku nak mintak maaf dekat kau kalau kau tak suka aku jadi pengganti tempat kau dan ibu kepada anak kau.  Apa-apa pun aku dah maafkan kau Iliya.  Aku tahu semua tu bukannya salah kau dan semuanya salah Raihan.  Dialah punca kita jadi macam ni.”

“Dah lama sangat aku duduk dekat sini.  Aku balik dulu ye Iliya? Nanti aku datang lagi.  Aku takkan jemu datang jenguk kau dekat sini.  Nanti kalau Dania dah besar sikit, aku bawak dia datang sini ye? Aku perlu bagitahu Dania yang mak dia dulu ni seorang yang periang, baik hati, suka tolong orang.  Aku takkan lupakan kau Iliya.  Aku janji.”

“Oklah, aku balik dulu.  Aku nak balik masak.  Macam biasalah…suami kau tu banyak songeh sekarang.  Tak larat aku nak layannya.  Macam manalah kau boleh layan perangai tak semenggah dia tu eh? Aku ni serupa nak sawan dah layan.  Nanti aku datang lagi.  Aku akan share cerita pasal perkembangan Dania dan suami kau.  Bye…Assalamualaikum,” Airis bangun dan segera beredar keluar dari tanah perkuburan Islam tersebut.  Air mata yang masih lagi mengalir diseka pergi.





ARYAN mencari hard disk yang disimpannya di dalam laci.  Tapi, masalahnya tak ada pulak hard disk tu.  Sudah! Aku letak mana? Seingat aku, dalam hard disk tu ada soft copy pasal projek syarikat.  Hah! Kalau hard disk tu hilang, nahaslah aku.

Tangannya ligat menggeledah di dalam setiap laci meja di hadapannya.  Hard disk! Pleaselah muncul sekarang! Aku betul-betul perlukan kau sekarang ni.  Aku nak buat kerja aku.  Huhuhu…kalau kau tak ada, mungkin aku kena buang kerja.  Silap kau jugak Aryan!
Kenapalah kau tak print out dulu hari tu? Kalau kau print out pasal projek tu, kan senang?

Geledah punya geledah, dia terjumpa satu sampul surat berwarna putih di dalam laci nombor tiga.  Surat apa pulak ni? Aryan mengambil surat tersebut lalu membeleknya.  Tak ada nama pengirim.  Isy…takkan kad kenduri kot? Tapi, siapa yang nak kahwin?

Tanpa teragak-agak, Aryan membuka sampul tersebut lalu menarik keluar sehelai kertas bersaiz A4 yang dilipat kemas.  Dia membuka lipatan kertas tersebut lalu membaca setiap isi kandungan yang ditulis oleh…isterinya? Iliya tulis surat ni? Bila masa pulak dia tulis surat macam ni?
Kenapa aku tak tahu pun? Kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun pasal surat ni dekat aku? Matanya ralit memerhatikan setiap baris ayat yang ditulis oleh Iliya.

Buat suamiku yang tersayang…

     Pertama sekali sayang nak abang tahu yang sayang sayangkan abang sangat-sangat.  Ye, sayang tahu kadang-kadang sayang ni annoyingkan abang tapi abang sabar je layan kerenah sayang.  Entah kenapa abang, sayang rasa macam sayang dah tak lama dekat dunia ni.  Sayang rasa sayang akan pergi jauh dari abang dan anak kita.  Mungkin kalau sayang cakap dekat abang, abang nafikan.  Abang cakap sayang tengah mengarut.  Sebab tulah sayang tulis dalam surat ni.

     Yang kedua pulak, sayang nak cakap pasal Airis.  Abang…sebenarnya sayang rasa bersalah sangat dengan Airis.  Entah kenapa hati sayang ni rasa macam tak tentu arah kalau teringatkan Airis.  Mungkin betul apa yang kawan-kawan Airis pernah cakap dekat sayang dulu.  Airis tak bersalah dalam hal ni.  Mungkin benda yang berlaku antara abang dan Airis masa dekat tempat karaoke dulu tu hanyalah satu salah faham yang dirancang oleh seseorang.  Entahlah abang, sayang keliru sangat tapi sayang yakin sekarang yang Airis langsung tak bersalah dalam hal ni. 
Mungkin betul Airis hanya dipergunakan dalam hal ni untuk merosakkan hubungan kita abang. 
Sejujurnya sayang nak pergi jumpa dengan Airis sebelum sayang bersalin tapi sayang malu nak berjumpa dengan dia.  Yelah, sayang dah buat macam-macam dekat dia dan sayang tahu Airis takkan pernah maafkan sayang.  Apa yang sayang mampu buat ialah berdoa agar Airis mengampunkan setiap dosa yang sayang dah lakukan dekat dia.

     Abang…andai kata satu hari nanti abang jumpa dengan Airis, abang cakap dekat dia yang sayang mintak maaf sangat dengan dia sebab selama ni sayang langsung tak nak dengar penjelasan dia.  Sayang main tuduh melulu macam tu je tanpa ada sebarang bukti.  Kalau abang dah bagitahu Airis yang sayang nak sangat dia maafkan sayang, sayanglah orang yang paling lega sekali.  Sekurang-kurangnya roh sayang akan rasa tenteram bila sayang dah tak ada nanti.  Lagipun, sayang tahu yang Airis tu baik orangnya.
    
      Lagi satu abang…sayang mintak satu perkara je.  Kalau sayang dah tak ada nanti, abang tolong cari pengganti untuk sayang ye? Kalau boleh, sayang nak abang jadikan Airis isteri abang? Anggap jelah benda ni sebagai tebus kesalahan sayang pada Airis.  Sebab kalau sayang tak ada nanti, siapa nak jaga anak kita? Sayang tak suka abang susahkan mak dan ayah untuk jaga anak kita.  Sayang tahu abang seorang ayah yang baik sebab sayang tahu abang boleh jaga anak kita tapi sayang tetap nak abang cari pengganti tempat sayang.  Sebolehnya sayang nak Airis orangnya.  Bolehkan abang tunaikan permintaan sayang ni?

Salam sayang, 
Isterimu.

Aryan terduduk di birai katil bila membaca setiap isi yang ditulis sendiri oleh isterinya.  Ya Allah…
Aryan menekup mukanya.  Maknanya pilihan aku untuk jadikan Airis sebagai isteri aku dan ibu kepada Dania memang tak salah? Iliya sendiri yang tulis dia mahu Airis jadi isteri aku dan ibu kepada Dania. 

Kenapalah sayang sorokkan semua ni daripada abang? Kenapa sayang tak cakap yang sayang nak jumpa dengan Airis sebelum sayang pergi? Kalau waktu tu sayang cakap, abang akan usahakan dan cari Airis untuk sayang.
Jangan risau sayang.  Permintaan sayang abang dah tunaikan.  Airis dah pun jadi isteri abang dan ibu kepada anak kita.  Dania pun sukakan Airis.  Dania rapat sangat dengan Airis. 
Aryan kembali melipat kertas A4 tersebut dan dimasukkan kembali ke dalam sampul.  Sampul tersebut disimpan kembali ke dalam laci meja.  Dia harus beritahu benda ni kepada Airis.  Mesti Airis gembira kalau baca surat ni.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now