Airis membuka chat yang dihantar oleh Mikhael di what’s app. Amboi mamat ni. Duduk tak duduk chat aku dah kenapa? Airis membaca chat tersebut.
Mikhael: Weyh…nak buat permintaan boleh tak?
Permintaan? Tak pernah-pernah pun dia buat permintaan dan hari ni tiba-tiba nak buat permintaan? Macam-macamlah mamat ni.
Me: Apa dia? Jangan mintak yang pelik-pelik sudah!
Buatnya dia mintak yang pelik-pelik, pening kepala aku nak carinya. Lagipun Mikhael ni tak boleh jangaka perangai dia. Kadang-kadang perangai gila dia dah datang, permintaan yang tak masuk akal pun dia boleh mintak.
Mikhael: Tolong masakkan aku spaghetti? Aku teringinlah nak makan spaghetti kau yang hari tu. Sedap! Meleleh aku dibuatnya.
Ceh! Chat aku semata-mata nak suruh aku buat spaghetti je? Nasib baiklah dia tak buat permintaan yang gila.
Me: Kau chat aku sebab ni je?
Mikhael: Habis tu? Nak sebab apa lagi? Dah memang aku teringin nak makan spaghetti kau tu. Tolong buatkan eh?
Tahu dah perangai mamat ni. Macam Aryan jugak! Kalau tak ditunaikan, memang akan merayu sampai habis-habisan nanti. Jenuh jugak nak melayan.
Me: Hmmm yelah. Kau nak bila?
Mikhael: Esok boleh? Hehehe.
Me: Yelah! Aku masak esok. Tapi! Kalau tak sedap jangan nak komen macam-macam eh? Kalau kau komen macam-macam, siap kau! Aku terajang nanti!
Mikhael: Ye aku janji aku tak komenlah!
Me: Ok.
Mikhael: Sayang kau!
Ergh! Ini kalau Aryan tahu Mikhael tulis macam ni dekat aku, naya terus! Memang jeles tahap gabanlah dia dibuatnya. Tanpa Airis sedar, perbuatannya dari tadi asyik diperhatikan oleh Aryan.
Belum sempat Airis memadamkan chatnya dengan Mikhael, telefonnya dirampas dari tempat. Terkejut Airis dibuatnya bila Aryan mengambil telefonnya lalu membaca kesemua chatnya dengan Mikhael. Habislah aku kali ni. Dahlah chat Mikhael yang last tu boleh buat Aryan berasap.
“Sayang kau? Wow…”
“Errr Aryan. Kau jangan salah faham. Mikhael memang suka hantar chat dekat aku macam tu. Jangan ambik hati ok?” risau betul aku kalau Aryan bertindak di luar jangkaan dia. Dahlah Aryan ni jeles boleh tahan kuat jugak.
Aryan menyerahkan kembali telefon kepada Airis. “Tak apa aku faham. Lagipun, buat apa aku nak jeles teruk kan? Kau dah jadi milik aku pun.”
“Ha bagus! Kan senang kalau kau berfikiran macam ni. Tak ada sapa pun boleh rampas aku dari kau sebab aku dah jadi milik kau. So, kau tak jeles kan?”
“Jeles tu ada jugak tapi sebesar bola sepak. Jangan risaulah aku ok. Anggap je aku tak ada perasaan,” Aryan tersengih ketika menuturkan ayat tersebut.
“Dah kenapa kau cakap macam tu? Kau memang suka buat aku rasa bersalah macam ni eh? Ayat last tu bunyi macam kau sindir je?” ingat aku tak reti beza kot mana satu ayat ikhlas dengan ayat sindiran.
Aryan mengambil tempat di sebelah Airis lalu bahu isterinya itu dipeluk. “Aku tak sindir kau pun. Aku tak sindir sapa-sapa pun. Aku cakap macam tu sebab aku nak cakap dekat kau jangan risau sebab aku takkan jeles lebih-lebih antara hubungan kau dengan Mikhael sebagai kawan. Lagipun, Mikhael kenal kau lebih lama dari aku. Buat apa aku nak jeles?”
“Betul ni? Aku rasa aku tak boleh percayalah dengan apa yang kau cakap. Macam nilah, kalau kau tak suka dengan apa yang berlaku tadi kau cakap terus terang dengan aku. Tak payahlah nak pendam-pendam segala.”
“Tak ada apa-apalah. Aku ok dan aku tak kisah pun pasal tadi. Aku tahu perangai Mikhael memang macam tu. Oh ya, kau nak masakkan dia spaghetti ke esok?” Airis hanya mengangguk.
“Masak untuk aku sekali eh?”
“Tak malu mintak orang masak dekat dia. Tak ada! Aku masak untuk Mikhael je esok.”
“Sampai hati buat aku macam ni. Sapa lagi penting? Mikhael ke aku yang dah sah jadi suami kau ni?”
Pandai betul dia buat aku rasa bersalah. “Yelah! Aku masak untuk kau esok. Tak boleh nak cari gaduh sikit sentap mengalahkan kucing!”
“Mahunya aku tak sentap? Kau cakap macam tu seolah-olah Mikhael tu lebih penting dalam hidup kau berbanding aku.”
“Yelah! Yelah! Aku masak…ke sebenarnya kau dah berpakat dengan Mikhael nak suruh aku masak spaghetti ni? Korang ni bukannya boleh sangat! Akal banyak!” Airis meletakkan telefonnya ke tepi lalu
mencapai novelnya yang baru dibacanya pagi tadi.“Eh…aku tak berpakat dengan dia ok. Mula tu Mikhael cakap dekat aku yang dia memang teringin nak makan spaghetti yang kau masak hari tu. Dah alang-alang dia cakap macam tu, aku pun joinlah sekali. Tak apa kan?”
“Oh…pandai eh? Mengambil kesempatan dalam kesenangan. Kenapa tak cakap sendiri kalau dah nak makan? Selama ni ok je mintak dekat aku masak itu, masak ini?” sejak bila pulak malu-malu kucing nak mintak aku masakkan? Sengal betul.
“Hehehe…aku ni baik orangnya. Caring gitu. Aku tak naklah bila aku mintak kau masak itu, masak ini kau rasa terbeban pulak. Aku ni ada hati perut lagi ok?”
Airis mencebik mendengar jawapan dari mulut Aryan. “Memanglah kau ada hati perut. Kalau kau tak ada hati perut, macam mana kau hidup sekarang ni?” serta-merta pipinya ditarik kuat membuatkan Airis menjerit sakit.
“Ouch! Sakitlah! Kau ingat tak sakit ke main tarik-tarik pipi ni?” apa? Dia ingat pipi aku ni pau ke? Dahlah boleh tahan kuat dia tarik pipi aku.
“Saja tarik pipi kau. Aku geram lama dah dengan pipi kau ni. Gebu je,” Aryan tersengih sambil mencucuk pipi Airis dengan jari telunjuknya. Airis menepis jari Aryan yang mencucuk pipinya. Boleh pulak dok main cucuk-cucuk pipi aku. Apa? Ingat pipi aku ni mainan ke?
“Main pipi kau sudahlah. Jangan jadikan pipi aku ni mangsa kau. Dah! Jangan kacau aku. Aku nak baca novel!” Airis membuka halaman yang ditanda dengan penanda buku.
Fokus pembacaannya terganggu bila Aryan mengganggunya. Mahunya tak mengganggu. Kejap-kejap cuit pinggang, kejap-kejap cuit bahu aku. Dah ni cuit leher aku pulak. Haih dia ni! Geram pulak aku dibuatnya. Bila aku buat bodoh, makin gedik eh kau cucuk sana cucuk sini. Yang paling aku tak selesa bila Aryan melentokkan kepalanya di bahu aku sambil tangannya memeluk pinggang aku. Hah! Ni gedik lain macam dah mamat ni.
“Kau dah kenapa ni Aryan?” akhirnya Airis bersuara jugak.
“Kenapa apa?”
“Yelah! Mula-mula main cuit-cuit pinggang aku. Lepas tu, macam ni pulak? Dah kenapa?” Airis meletakkan penanda pada halaman yang dibacanya lalu meletakkan novel ke tepi.
Aryan masih melentokkan kepalanya di bahu Airis sambil tangannya masih setia memeluk pinggang Airis. Saja nak manja-manja dengan bini sendiri. Tak salahkan?
“Kenapa? Salah ke kalau aku buat macam ni dengan kau? Kau kan isteri aku?”
“Memanglah isteri aku tapi masalahnya aku tak selesa kau buat macam ni. Dah tiba-tiba pulak jadi gedik macam kucing tak cukup umur ni.”
“Biarlah asalkan hati aku bahagia…”
Masalah betullah Aryan ni. Nak marah lebih-lebih pun tak guna jugak sebab Aryan takkan dengar cakap aku. Marahlah macam mana pun dia masih berdegil. Kalau itu yang dia nak buat, memang itulah yang dia akan buat. Akhirnya, aku biarkan je. Aku pun dah tak larat nak melarang dia. Lagi aku larang lagi dia buat.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...