•BAB 87•

15.3K 401 0
                                    

“Kau tiba-tiba je ajak aku pergi jalan-jalan ni? Dah kenapa? Buang tebiat?” soal Airis bila tiba-tiba je hari ni Humaira ajaknya keluar jalan-jalan.  Nasib baiklah Dania tak ada.  Kalau tak, meragam sebab Dania tak tahan panas sangat.  Kejap je dia tahan lepas tu mulalah merengek panas.

“Taklah, aku sajalah ajak kau datang tasik titiwangsa just untuk rilekskan minda dan tenangkan fikiran yang tengah berserabut sekarang ni…” balas Humaira sambil matanya tetap memandang ke arah tasik yang terbentang luas di hadapan matanya. 
Apa yang aku tahu memang aku rasa tenang sekarang ni.

Hmmm…peliklah kau ni.  Taklah, kau ni kalau bab ajak jalan-jalan ke tasik ke apa ke mesti kau ada je alasannya.  Kali ni seriuslah kau ajak aku ke tasik ni? Dah muak dah ke studio? Kejap weyh.  Aku nak duduk.  Lenguh pulak kaki aku ni asyik jalan je…” Airis berhenti di tepi sebuah bangku lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut.  Humaira duduk di sebelah Airis.

“Aku ni bukannya apa sekali-sekala nak jugak jalan-jalan dekat tasik ni.  Tak salahkan? Lagipun kalau pergi ke studio pun boleh naik muak tau.  Takkanlah nak menari je 24 jam? Bosan.  So, baik aku datang sini.  Eh! Ada kedai jual nugget, hot dog apa tu.  Nak tak? Kalau kau nak, aku pergi belikan untuk kau eh?”

Minah ni ada saja modal nak lari dari topik asal.  “Yelah, bagi aku hot dog tiga batang dengan nugget 6 keping.  Thanks!”

“Mak aiii! Banyaknya kau makan!” komen Humaira.

“Bukan aku sorang je tau yang makan
tapi campur dalam perut aku ni jadi totalnya tiga orang yang makan! Dah pergi beli! Kecur liur aku dengar kau sebut benda-benda tu tadi! Cepat!!! Oh ya…kalau ada chicken stick kan, kau beli jugak eh? Aku tak nak letak yang dalam cawan punya.  Aku nak yang dalam bekas polisterin medium tu.  Letak sos black pepper banyak-banyak!”

“Banyak cantik kau punya order! Kau nak makan ke melahap?!” Humaira mencekakkan pinggangnya di hadapan Airis.  Airis hanya tersengih.

“Pergi jelah beli! Banyak songeh kau ni! Cepatlah aku lapar ni.”

“Yelah! Tunggu kejap!” Humaira berjalan menuju ke food-truck yang menjual pelbagai jenis makanan segera.

Airis mengibas-ngibas mukanya bila bahang matahari mula terasa.  Silap-silap naik burn muka aku nanti.  Tisu dibawa keluar dari beg tangannya lalu dilap dahinya yang mula peluh.  Hmmm…kalau aku duduk bawah pokok tu pun ok jugak.  Teduh sikit.  Nanti tak adalah aku panas sangat.

Humaira kembali selepas membeli makanan-makanan mereka.  Kejap! Mana pulak minah ni pergi? Bukan ke dia duduk dekat bangku ni tadi?

“Maira! Sini!” laung Airis dari tempat yang didudukinya.  Oh…dia duduk dekat situ rupanya.  Humaira menuju ke arah Airis lalu duduk berhadapan dengan Airis.  Plastik berisi makanan yang dibelinya tadi dibuka lalu satu persatu makanan yang dipesan oleh Airis dibawa keluar.

Hmmm...ni semua makanan yang kau pesan tadi.  Jadi, makan tau! Makan sampai kenyang.  Aku nak anak-anak kau besar dengan sihat dan kenyang!”

“Mengada betul.  Selama ni aku makan lebih dari ini tau,” Airis mengambil sosej lalu disuap ke dalam mulutnya.  Seronok pulak sekali-sekala makan benda-benda macam ni.  Bukan selalu dapat.  Aryan? Hmmm…dalam seminggu tu beberapa kali je dia bagi aku makan benda-benda macam ni.  Dia nak aku makan makanan yang berkhasiat.

“Maira, aku harap bila aku tanya soalan ni, kau tak tercekik sosej tu pulak,” pinta Airis sambil mulutnya sibuk mengunyah baki sosej di dalam mulutnya.

“Nak tanya apa?” insya-Allah kot aku tak tercekik.

“Tak terima Wafiey lagi ke?”

Ok soalan dia memang buat aku hampir tercekik.  Soalan maut! “Apa jenis punya soalan kau ni? Tak ada soalan lain ke?”

“Dah itu je soalan yang aku rasa aku nak tanya sekarang ni.  Jadi, kau dengan dia macam mana? Takkanlah tak ada apa-apa lagi kot?” kali ini nugget pula yang digigitnya.

“Tak ada apa-apa pun. Dahlah malas nak cakap pasal mamat tu.  Topik lain ok?”

“Kenapa kau tak nak terima dia Maira? Kau masih cintakan dia kan?”

“Airis…”

“Jawab soalan aku Maira.  Takkanlah sampai bila-bila kot kau nak terus lari dari dia? Kau ni jual mahal teruk sangat ni Maira.  Dulu masa aku meluat gila-gila dekat Aryan, aku tak nak terima Aryan dalam hidup aku, kau jugak yang bagi sokongan padu dekat aku.  Suruh aku terima Iyan segala tapi bila kau, dah banyak dah air liur aku ni merecik keluar sebab suruh kau terima Wafiey tapi sampai sekarang aku tak nampak apa perubahan pun.  Ok macam nilah, dulu kau suruh aku terima Iyan jadi suami aku dan aku dah ikut pun cakap kau.  Sekarang ni kau ikut cakap aku.  Terima Wafiey sebagai teman hidup aku!” nah…hamek kau! Kena balik!

Humaira mendengus kuat bila Airis psikokan dia kembali.  Padan muka kau Maira.  Tulah, dulu jadi penasihat setia sangat dekat si Airis ni.  Kali ni dia pulak jadi penasihat setia dekat kau.  Dia pulak ganti tempat kau.

“Kau ni tak bestlah!”

“Apa yang tak bestnya? Hahaha…kau tahu pun kan rasa tak best bila kena asak macam ni? Macam nilah aku dulu.  Even dipaksa tapi alhamdulillah aku bahagia je dengan Iyan.  Jadi, apa kata kau pun cuba? Tak salahkan kalau mencuba?” Airis tersengih bila Humaira memandangnya tajam.

“Kau memang sengaja nak kenakan aku kan? Come onlah Airis…”

“Apa? Kenakan kau apa? Oklah aku tahu kau takut untuk terima Wafiey sebab kau takut dia permainkan perasaan ok.  Macam nilah, kau tahu mana dia cuba mainkan perasaan kau? Dulu ya memang dia tak nampak pun yang kau cintakan dia tapi kali ni dia memang dah nampak yang kau cintakan dia dan kau pun tahu sendiri yang dia cintakan kau.  Jadi, apa isunya sekarang ni? Terima jelah dia.  Susah apa?”

“Kau cakap senanglah…”

“Kau cakap senanglah…” dia mengajuk cakap Humaira.  “Macamlah kau dulu jugak.  Suruh aku terima Iyan sebab dia cintakan aku.  Yes.  Aku terima dia dan sekarang ni alhamdulillah aku happy.  Jadi apa salahnya kalau kau buat benda yang sama macam aku buat ni? Cuba terima dia dulu.  Kau tengok dulu dia betul-betul nakkan kau ke tak.  Kalau hati kau ragu-ragu dan kau nampak yang Wafiey macam tak sungguh-sungguh, kau tinggalkan jelah.”

Humaira mendiamkan diri.  Bila benda ni dah jadi pada diri aku sendiri, tahu pulak aku menggelabah.  Masa dulu Airis kena macam ni dengan Aryan kau selamba rock je mengata dia.  Nasib kaulah Maira kena hadap benda yang sama macam Airis pulak.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now