“Kau ok ke keluar dengan aku ni Maira? Manalah tahu bos kau tu marah pulak?” selamba jerr Humaira keluar dengan aku sekarang ni. Macam dia pulak bos dekat tempat dia kerja tu.
“Ok je. Alah, lagipun sekarang waktu lunch kan? Bukannya aku keluar time kerja pun,” Humaira menyuap daging stik ke dalam mulutnya. Lama tak makan makanan mahal macam ni. Tiba-tiba pulak tekak ni rasa nak makan makanan western.
“Taklah, kadang-kadang ada jugak kan kau keluar waktu kerja. Kau tak takut kena pecat ke?” kalau aku, takut gilalah. Kalau kena buang kerja, hampeh. Dahlah nak cari kerja sekarang pun kemain susah.
Perbualan mereka terhenti seketika bila ada suara sedang bersembang tentang sesuatu. Yang pasti mereka itu menyebut nama Wafiey. Humaira memasang telinga mendengar perbualan mereka. Begitu juga dengan Airis. Jelas pada matanya gerangan yang sedang bersembang pasal Wafiey ialah Ammar, Mikhael dan Fikri. Aryan tak ada.
“Doktor pun tak mengesahkan lagi bila Wafiey boleh sedar dari koma dia. Malah, doktor pun tak berani jamin bila Wafiey boleh sedar dari koma dia tu. Cuma, aku kesian dekat keluarga Wafiey tu. Yelah, aku tengok mak dia tiap-tiap hari mengalir air mata tengok Wafiey,” ujar Ammar.
“Tulah, aku pun sama. Kesian tengok mak Wafiey tu. Ayah dia pun kerap ulang-alik datang ke hospital sebab nak jaga Wafiey. Tadi, aku pergi melawat Wafiey kat hospital. Giliran ayah dia pulak yang jaga dekat hospital,” sampuk Fikri.
Humaira meletakkan garfu dan pisau kembali ke pinggannya. Airis memandang wajah Humaira yang bertukar keruh. Airis cuba mengawal riak mukanya seperti biasa. Yelah, aku pun tahu berita pasal Wafiey ni. Cuma, aku tak cakap je dekat Humaira ni.
“Wafiey koma? Teruk sangat ke?” soalan pertama dari Humaira.
“Mungkin?” balas Airis pendek lalu menghabiskan fish n chips di dalam pinggannya. Kenyang.
Airis menegakkan badannya. “Maira, aku ada benda nak cakap dengan kau sebenarnya ni. Tapi, janji dengan aku kau takkan marah aku?”
Humaira mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak aku nak marahkan kau? Apa benda yang kau nak cakap?”
“Ok, sebenarnya aku tahu pasal berita kemalangan Wafiey ni tapi aku tak cakap dekat kau. Aryan bagitahu aku sekarang ni kaki kiri Wafiey patah dan dia koma.”
“Huh? Kenapa kau tak bagitahu aku pasal Wafiey?” bukannya Airis tak tahu yang aku memang sukakan Wafiey dah lama. Tapi, maklumlah cinta aku tak berbalas pun sebenarnya. Aku je yang sukakan dia sedangkan dia tak sukakan aku pun.
“Aku bukannya tak nak bagitahu tapi kau tengoklah kau macam mana bila dapat tahu yang Wafiey koma sekarang ni. Gelabah tak tentu hala. Kau ingat eh, kau dengan Wafiey bukannya ada apa-apa pun.”
“Memanglah tapi sekurang-kurangnya bagilah tahu aku.”
“Dah! Lupakan pasal Wafiey tu. Sekarang ni makan cepat sebab aku dah nak kena balik nursery,” Airis menyedut airnya sehingga habis sebelum menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar harga makanan mereka.
SENYAP-SENYAP dia menuju ke hospital menempatkan Wafiey. Dari tadi dia mengintip pergerakan kawan-kawan Wafiey. Selepas memastikan kawan-kawan Wafiey sudah pergi, pantas dia menuju ke kaunter pertanyaan.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam. Ada apa yang saya boleh bantu cik?” tanya jururawat kecil molek tersebut. Senyuman manis tersedia di bibirnya.
“Boleh saya tahu dekat mana wad Aidil Wafiey?”
“Aidil Wafiey? Kejap ye saya check,” jururawat tersebut segera menyelak senarai nama pesakit. Humaira menunggu dengan perasaan penuh berdebar-debar.
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...