Kini dia tak memerlukan bantuan tongkat untuk membantu pergerakannya. Nak kata pulih sepenuhnya pun belum lagi. Rasa sengal sakit tu masih ada. Tapi itu bukan yang jadi isu sekarang ni. Yang jadi isu ialah Humaira. Kenapa dia tak pernah datang melawat aku lagi dekat sini. Mak pun dah tanya macam-macam pasal Humaira. Apa yang aku nak jawab dekat mak sebab bila aku call dia, dia langsung tak angkat.
Aku ada buat salah dekat dia ke? Tapi, kalau betullah aku ada buat salah, apa benda yang aku dah buat? Sekarang aku betul-betul tak tahu apa salah aku dekat dia sekarang. Jangan kata call je, mesej, what’s app semuanya dia tak reply. Apa yang dia dapat pun cuma seen je. Balasan mesej atau what’s app tak dapat pun. Kenapa Humaira tiba-tiba berubah jadi dingin macam ni?
Fifi menghampiri Wafiey yang berdiri di tepi balkoni. Dia tahu adiknya setiap hari menunggu kehadiran Humaira ke rumah ni. Walaupun adiknya tak cakap terus-terang tapi dari gerak-geri adiknya pun dia dah tahu yang memang adiknya tengah tunggukan Humaira. Cuma tulah, aku pun tak tahu apa masalah yang dihadapi adik aku dengan Humaira sebenarnya sampaikan Humaira tak jejakkan kakinya ke rumah ni lagi.
Yang paling banyak tanya pasal
Humaira mestilah mak. Kalau boleh, dia nak Humaira tiap-tiap hari datang ke rumah ni. Ayah pun ada jugak tanya sebab dah jarang nampak
Humaira datang jenguk mereka di sini. Bila aku tanya dekat Wafiey diorang bergaduh ke, Wafiey tak balas. Dia diam je. Bukannya aku tak cuba call Humaira tapi dia sendiri pun tak angkat panggilan aku. Mesej yang dihantar pun tak berbalas.“Dah cuba call Humaira?” soal Fifi setelah agak lama mereka berdua berdiri di balkoni.
“Dah tapi macam biasa. Voice mail…”
“Aku tahu kau tak suka aku tanya soalan ni banyak kali tapi aku nak tanya jugak. Kau ada bergaduh dengan Humaira ke sampaikan dia tak pernah jejak kaki dia ke sini lagi?”
Wafiey sekadar menjongketkan bahunya. Fifi pula mendengus kecil.
“Itu jelah jawapan yang kau mampu bagi.”
Masalahnya aku pun tak tahu kenapa Humaira jadi macam ni. Kalau aku tahu, dah lama aku bagitahu kau! Omel Wafiey di dalam hati.
“KAU sure ke tu makwe dia weyh?” Airis menyoal Humaira. Manalah tahu Humaira hanya salah faham je ke?
“Mungkinlah kot?” balas Humaira acuh tak acuh. Dia sendiri pun tak pasti dengan apa yang dia rasa tapi…entahlah. Rasa macam tawar hati pulak dengan Wafiey.
“Kau tak boleh macam ni Maira. Dulu kau jugak yang beriya-iya nak ke si Wafiey tu. Itu baru dugaan kecil je ok? Kau dah mengalah macam ni?” hailah kawan aku ni. Masa aku tak suka dia mengharap lebih dekat si
Wafiey tu, dia gatal sangat nak dekat dengan si Wafiey tu. Bila aku dah ok sikit, dia pulak mengalah?“Kau tahu tak? Wafiey tu tak ada perasaan pun dekat aku dan selama-lamanya akan anggap aku ni sebagai best friend je. Tak lebih dari tu. Dan secara tiba-tiba pulak aku nampak dia dengan seorang perempuan bercakap dekat balkoni. Boleh dikatakan mesra jugak. Mahunya aku tak fikir macam-macam?” tukas Humaira sambil menekup mukanya. Stres!
“Inilah masalah kau ni. Fikir masalah sekerat jalan je. Tak semestinya tu makwe dia. Manalah tahu sepupu ke? Ya Allah kau ni! Buatnya perempuan tu memang sepupu dia macam mana? Tak ke menyesal kau nanti? Dalam setiap keluarga ni, dengan sepupu ni mesti ada jugak yang kita rapat. Aduhai kau ni. Fikir negatif sangat!”
Humaira terdiam seketika. Cuba mencerna apa yang disampaikan oleh Airis tadi.
“Entahlah. Malas aku nak ambik tahu. Siapa perempuan tu pun aku tak kisah. Ok, andai kata tu memang sepupu dia, kenapa bila aku tanya dia siapa perempuan tu, dia cakap aku tak perlu tahu? Hah? Kenapa? Kalau betullah sepupu, dia boleh je cakap tu sepupu dia. Tak payah nak berdolak-dalih lagi,” kali ni Airis pula yang terdiam.
Ada betul jugak apa yang Maira cakap tu. Kalau betullah sepupu dia, kenapa pulak Wafiey nak rahsiakan dari Maira kan? Hmmm…mesti ada benda yang Wafiey sorok dari Maira ni.
“Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi Maira. Pening kepala aku. Dahlah aku cukup pening dengan perangai Aryan lagi…”
“Kenapa? Dia buli kau ke?”
“Tak adalah tahap membuli tapi masya-Allah dia punya gedik tu. Tak tahan betullah aku. Kadang-kadang aku terfikir tau macam mana arwah Iliya boleh tahan dengan perangai gedik Aryan ni…” serius aku dah tak tahan. Ada kadang-kala dia jadi kucing miang semacam. Ada kala dia jadi pervert semacam. Haish! Aku pun tak faham dengan perangai dia ni sebenarnya. Ada hari dia jeles teruk, jenuh jugak aku nak memujuk! Tak ada benda lain dah! Memang dia akan jeles antara aku dan Mikhael je.
“Hahaha…biasalah tu. Dah nama pun lelaki kan? Kalau tak gedik memang tak sah. Apatah lagi kau ni dah jadi isteri dia pun. Mestilah dia nak manja lebih dengan isteri dia sendiri,” Humaira menyenggol bahu Airis.
“Banyaklah kau! Aku ni kadang-kadang naik seram sejuk ok bila time pervert dia keluar. Jenuh aku lari dari dia. Meremang habis bulu roma aku ni…”
“Tak apalah. Manalah tahu pervert dia tu ada rezeki nak dapat anak satu lagi?” Humaira ketawa kuat bila Airis menampar lengannya bertalu-talu.
“Eiii!!! Kau ni sama je macam Aryan. Asyik-asyik cakap pasal anak. Ni, Dania pun tak besar lagi. Baru je 5 bulan. Ni pun buas tak sangka dah. Jenuh nak melayan…”
“Apa salahnya? Anak tu kan anugerah dari Allah? Tak baik tau menolak rezeki yang Allah nak bagi…”
“Banyaklah kau! Pandai cakap je. Kau pun janganlah putus asa berdoa dekat Allah peretemukan kau dengan jodoh kau secepat mungkin.”
“Aku pulak yang kena.”
“Betullah!”
“Tulah kadang-kadang aku menyampah nak cakap dengan kau tau Airis. Ada je benda yang kau nak bidas balik.”
“Lah…aku cakap benda yang betul. Bukannya benda yang tak betul pun? Kalau bolehkan, kau buat istikharah. Hah! Manalah tahu kau dapat jawapan kan?”
Humaira memandang Airis dengan pandangan geram. Amboi! Siap suruh aku buat istikharah bagai.
“Dahlah! Aku balik dulu.”
“Eh? Takkan nak balik dah?” Airis tersengih. Tahu mesti Maira dah berasap dengan aku sekarang ni.
“Yelah! Malaslah nak dating lama-lama dengan kau. Buat sakit hati je.”
“Sapa entah nak dating dengan kau hah? Ingat aku ni lesbian ke? Isy! Geli aku!” tak semena-mena kepalanya ditolak kuat oleh Humaira.
“Dasar otak hijau! Ingat aku pun kebulur ke nak lesbian dengan kau hah?” mereka berdua sama-sama
ketawa.“Bawak kereta tu elok-elok,” Humaira hanya mengangkat thumbs up. Airis kembali masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kelibat kereta Humaira hilang dari pandangan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomansaTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...