“Kenapa kau tak bawak Dania sekali?” soal Humaira bila perasan Dania tidak bersama Airis. Kalau Dania ada, bolehlah aku main dengan dia.
“Aku hantar dia ke nursery Kak Su. Memanglah niat aku nak bawak tapi kalau lama-lama sangat dekat mall ni, Dania cepat meragam. Tu yang aku tak nak bawak dia sekali.”
“Oh…”
“Kau dengan Wafiey macam mana? Masih contact?”
“Still contact lagi tapi masing-masing busy. Tak apalah…kami pun saling memahami.”
Sekali-sekala mereka menjenguk ke dalam kedai yang menjual pelbagai jenis minyak wangi khusus untuk lelaki. Kata kakak kepada Wafiey, Wafiey ni memang jenis yang suka mengumpul pelbagai jenama minyak wangi. Jadi, kalau beli jenama apa pun, dia akan pakai. Pulak? Kumpul minyak wangi? Aku ingatkan kumpul cap ke, jam ke, kasut ke. Minyak wangi jugak yang dipilihnya.
“Kau ni larat ke Airis ke sana ke sini dengan aku? Tengok perut kau pun boleh tahan seram tau!” dia memandang perut Airis yang besar.
Dah macam masuk 8 bulan usia kandungannya walhal baru je 6 bulan.“Aku ok je. Kalau banyak bergerak, nanti senanglah nak beranak. Aku kenalah aktif jugak. Takkanlah nak terperap je dalam rumah tu? Bosan ok…”
“Yelah tapi tengok dengan perut kau tu isy…rasa kesianlah pulak dekat
kau.”“Jangan risaukan aku. Aku ok je. Sekarang ni apa yang penting kau pilih barang-barang yang kau nak beli. Kalau aku penat, aku cakaplah dekat kau.”
“Yelah.” mereka berdua memusing satu bangunan mall. Mencari barang yang hendak dibeli. Lambat beli, lambatlah balik. Lagipun, aku tak boleh lama-lama sangat dekat mall.
Takut nanti Dania meragam cari aku. Dania ni pantang aku pergi lama-lama. Mesti cari.AIRIS merebahkan tubuhnya ke atas katil selepas Dania ditidurkannya. Rasa penatlah pulak selepas ‘bershopping’ sakan dengan Humaira tadi. Walhal bukannya aku shopping pun. Aku cuma tengok je barang yang dibelinya untuk Wafiey.
Betis aku dah mula rasa sakit dan lenguh-lenguh. Hah betis! Kau dah buat hal dengan aku. Tolonglah jangan sakit. Kalau suami aku tahu aku sakit betis ni, dia tak bagi kau jalan-jalan dah tau betis! Alamatnya aku yang azab sebab tak dapat keluar rumah. Huhuhu…bebel punya bebel sampaikan dia terlena. Letih punya pasal. Nasib baiklah Dania pun dah tidur. Kata Kak Suraya seronok sangat dia main dengan kawan-kawan dia dekat nursery tadi tu.
Aryan melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah gelap. Lampu tak dipasang. Takkanlah bini aku ni tak balik lagi kot? Nak kata tak balik, kereta dia dah ada dekat garaj tu. Aryan menuju ke bilik tidur.
Pintu dibuka dari luar. Suasana bilik masih lagi kelam. Tangannya meraba suis lampu yang terletak tidak jauh lalu memetik. Suasana bilik terang benderang.Dia melihat ke arah tubuh Airis. Masih nyenyak dalam tidurnya. Nampak muka dia pucat sedikit. Takkanlah baru balik kot? Punggungnya dilabuhkan di birai katil lalu mengusap perlahan kepala Airis. Entah solat ke tidak lagi bini aku ni. Entah-entah Asar pun terlepas.
Airis terjaga dari tidurnya bila terasa usapan lembut di kepalanya. Dia memandang ke sebelah. Terkejut bila Aryan berada di sebelahnya. Ya Allah! Dah pukul berapa sekarang ni?
“Dah pukul 8 malam sayang…” ujar Aryan seolah-olah tahu isi hati Airis bila ternampak Airis terkebil-kebil.
“Ya Allah! Asar!!!” terlepas!!! Airis pantas bangun dari katil lalu menuju ke tandas.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...