Airis duduk termenung di dalam studio tersebut. Hanya dia seorang di situ tanpa kawan-kawan. Saja dia nak mengurungkan dirinya dalam studio ni. Sebenarnya, aku memerlukan masa untuk bersendirian. Selepas jumpa dengan Aryan tadi, terus mood aku jadi tak baik. Lagipun, benda yang dibincangkan oleh dia dan Aryan tadi sungguh tak kena dengan mood. Mood aku mental terus.
Memanglah betul aku sayangkan Dania tapi tak bermaksud yang aku nak jadi ibu dia. Mana mungkin dia nak kahwin dengan Aryan disebabkan Dania je. Aku tahu Aryan pun tak setuju untuk kahwin dengan aku tapi semuanya sebab mak dia yang nak. Aku? Setuju? Oh memang taklah. Lagu Panama nyanyian Matteo yang bergema dalam bilik studio langsung tak dihiraukan.
Kepalanya ligat teringat kembali bualan antara dia dan Aryan.
"Ada apa ni nak jumpa dengan aku?
Tiba-tiba je? Kalau tak, nak tengok muka aku pun menyampah!" Airis memandang Aryan di hadapannya."Aku ada benda nak kena bincang dengan kau dan urgent."
"Ok, apa yang urgent sangat tu?"
"Mak aku. Dia nak aku kahwin
dengan kau. Dia nak kau jadi mak kepada Dania.""Hah?!" jeritannya boleh dengar sampai ke Setapak. Airis menekup mulutnya. Kuat sangat ke aku jerit tadi?
"Pekak ke? Mak aku nak aku kahwin dengan kau. Dia nak kau jadi mak Dania. Aku tak tahulah apa yang kau buat sampaikan mak aku boleh jatuh suka dekat kau?" aku tahu dah mesti minah ni terkejut beruk punyalah.
"Tapi kenapa aku?"
"Manalah aku tahu kenapa kau? Kau nak ke kahwin dengan aku?" Airis membuat muka menyampah bila Aryan menjongketkan keningnya. Ingat hensem sangat dahlah tu.
"Aku tak sengal macam kau lagilah. Merana hidup aku kahwin dengan kau. Kau cari jelah yang lain. Senangkan?"
"Senanglah kau cakap tapi aku yang nak kena cari."
"Cakap jelah dekat mak kau yang kau dah ada calon."
"Kalaulah semudah ABC..."
Airis mengeluh kuat. "Habis tu?"
"Three..."
Mamat ni aku sekeh kepala tu jugak kang! "Betul-betullah!"
"Kau ingat mak aku senang kena gula-gula ke? Dia tahulah yang aku takkan cari pengganti arwah."
"So, cakap jelah yang kau tak nak kahwin sampai mati!"
"Masalahnya mak aku dah tahu dan dia tak heran pun. Dia nak jugak aku cari pasangan hidup."
"Yelah, mestilah mak kau nak kau cari pasangan hidup. Takkan pasangan yang dah mati pulak kan?"
"Auch!!!" Airis terjerit sakit bila kakinya dipijak dari bawah meja.
"Apa yang senget sangat kepala otak kau ni? Aku tak gila lagilah nak cari pasangan yang dah mati!" duh! Cakap aku sengal, dia pun sengal serupa aku jugak!
"Aku cakap je. Manalah tahu buang tabiat ke?" aduh! Sakit kaki aku dibuatnya. Memang sah kaki dia ni kaki Hulk! Sakit weyh kaki aku! Tak gentleman langsung dia ni.
Perempuan ni dahlah diciptakan lemah tapi dia ni melemahkan aku lagi adalah! Pijak kaki aku. Energy turun terus.Apa yang mak cik Sofia nampak pada aku ni? Aku rasa aku bukannya hebat mana sangat pun. Tapi, kenapa pulak aku yang jadi target untuk jadi ibu kepada Dania? Isy, semua ni tak masuk akal betullah. Apa yang aku nak buat sekarang ni? Takkanlah aku nak kahwin dengan Aryan pulak kan? Alah, rilekslah Airis. Kau kenalkan mak cik Sofia macam mana? Dia bukannya seorang yang suka mendesak. Ya, rileks je.
"Jauh kau termenung?" Humaira mengambil tempat hadapan Airis. Punyalah kuat dia pasang lagu Panama ni. Nasib baiklah bilik studio ni kedap dengan bunyi. Tak adalah ganggu orang lain.
"Kau fikir apa?"
Airis menggeleng perlahan. "Tak ada apa-apalah. Jom menari nak tak? Aku nak lepaskan stres kejap."
"Huh? Tak pernah-pernah pun kau ni?" buang tabiat ke macam mana minah ni? Selalunya susah sangat nak diajak menari.
"Jomlah! Cepat!" Airis bangun dari tempat duduknya lalu kembali memutarkan lagu Panama dari awal.
Airis memulakan gerak tarinya tanpa sedar ada yang sedang memerhati dari luar."KAU biar betul Aryan? Tiba-tiba je kau nak datang studio ni? Dah lama tau kita tak datang sini sejak Mikhael eksiden..." ujar Ammar sambil memandang Aryan yang sedang berjalan di sebelahnya. Mikhael turut ada sekali. Mereka bertiga baru saja balik daripada melawat Wafiey di hospital. Fikri dan Syafiq pulak tak boleh ikut katanya.
"Apa salahnya kalau kita datang sini pun? Sekali-sekala jugak kan? Lagipun, aku stres duduk dekat ofis tu! So, bila dah cuti ni, aku datang sinilah. Kita lepaskan stres!" ujar Aryan dengan nada gembira.
"Wowowo...kejap! Tu bukan ke..." percakapan Ammar terhenti bila memandang dua orang wanita yang asyik dengan dunia mereka. Macam Airis dan Hu..Humaira!
Aryan dan Mikhael turut memandang ke arah dua orang wanita yang sedang menari mengikut rentak lagu Bailando. Menari sampai tak ingat dunia. Tak sangka diorang dua pun pro jugak menari.
"Weyh! Dah pehal nak ngendap anak dara orang pulak?" tegur Mikhael bila dirasakan mereka terlalu lama memandang ke arah Airis dan Humaira yang ralit menari.
"Aish! Jom!" Aryan meneruskan
langkah menuju ke bilik studio yang selang dua bilik dari bilik studio Airis dan Humaira."Kau perasan tak? Airis dengan Humaira tu pandai jugak eh menari?" sengaja Ammar mengeluarkan topik tersebut. Nak pancing perhatian Aryan.
"Tulah, stail jugak diorang menari. Tambah-tambah lagi rentak lagu Bailando tadi," Mikhael yang turut memahami isyarat Ammar turut sama satu kepala dengan Ammar.
"Kita join diorang dua nak tak?"
"Asal pulak korang nak join diorang dua pulak?" akhirnya Aryan bersuara.
"Well, aku rasa ok jugak kalau join diorang menari. Apa salahnya kan? They both are our friends, right?"
Mikhael mengangguk tanda setuju dengan kenyataan Ammar."Tak payah nak mengada! Takkan nak biarkan aku sorang je dalam studio ni?" sebenarnya dia lebih kepada rasa tak senang bila Ammar cakap nak join Airis dan Humaira menari sekali.
"Kau cemburu ke Iyan?" soal Mikhael pula. Sengaja nak menguji Aryan.
"Kenapa pulak aku nak cemburu? Dia bukan sapa-sapa pun dalam hidup aku," jawab Aryan senang.
"Betul ni kau tak cemburu? Kalau macam tu, aku ada chance lah kan nak pikat Airis? Lagipun, Airis tu not bad jugak. Perfect to be my wife,"
Ammar mengangkat thumbs up mendengar ayat yang keluar dari mulut Mikhael. Bagus! Rajin pulak Mikhael nak menyakat Aryan hari ni."So? Aku tak kisah pun. Ambik jelah..." betul ke kau tak kisah ni Aryan? Kalau kau tak kisah, kenapa kau rasa terkilan bila Mikhael cakap macam tu? Isy! Mana ada aku terkilan pun. Buat apa aku nak rasa macam tu pulak?
"Baguslah kalau kau tak kisah. Lepas ni aku nak tackle dialah. Ok tak Ammar?"
"Ok jugak! Yelah, kau pun sampai bila nak bujang kan Mika?"
"Hesy! Dahlah sembang pasal topik ni! Jom menari!" Aryan memasang lagu dengan volume yang kuat. Sakit hati pulak dengar Mikhael cakap dia nak tackle Airis. Iyan! Apa dah jadi ni? Kenapa pulak kau nak jadi sakit hati bila dia nak tackle Airis?
Biarlah...kau bukannya suka Airis pun kan? Kau sendiri pun cakap tak nak kahwin dengan Airis? So, what's the problem kalau Mikhael nak tackle Airis? Tak ada masalah kan? Ah! Diamlah kau!
![](https://img.wattpad.com/cover/134521584-288-k268474.jpg)
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...