•BAB 25•

18.3K 468 6
                                    

Kak Suraya memandang ke arah Airis yang kelihatan muram duduk di meja pendaftaran.  Dah kenapalah dengan budak ni hari ni? Tiba-tiba aje monyok? Nak kata ada masalah rumah tangga, Airis ni mana kahwin lagi.  Ada masalah keluarga? Hmmm…entahlah. 

Airis memandang ke luar nursery.  Bulat matanya bila melihat Aryan sedang melangkah masuk menghampiri pintu nursery.  Cepat-cepat dia bangun dari situ lalu melolskan diri menuju ke dapur.  Aku tak nak jumpa dia hari ni! Bukan hari ni je, sampai bila-bila pun aku tak nak jumpa dia!

Kak Suraya makin pelik dengan perangai Airis.  Asal nampak Aryan je, terus lari.  Bukan hari ni je, dari kelmarin lagi dia jadi macam tu.   Kalau Encik Aryan masuk kawasan nursery je, mesti Airis lari sembunyi dekat dapur.   Aku dah dapat agak mesti dia ada masalah dengan Encik Aryan.

“Mana Airis? Dia tak datang lagi ke?” soal Aryan.  Prihatin pulak dah.

“Airis? Emmm…dia ada dekat tingkat atas tengokkan budak-budak…” jawab Kak Suraya.  Maaflah Encik Aryan, akak terpaksa bohong pulak sekarang ni.

“Oh…oklah kak.  Saya pergi dulu.  Bye Dania…” selepas mencium pipi anaknya, terus Aryan melangkah pergi dari situ.

“Dia dah pergi ke?” tanya Airis dari belakang.  Nasib baik tak terlatah Kak Suraya dibuatnya.

Isy Airis ni, nasib baik akak tak
melatah tau.  Hmmm, Encik Aryan dah pergi.  Kenapa eh Airis asyik lari kalau dia datang nursery?”

Airis menayangkan sengihnya.  “Tak ada apa-apalah kak.  Saja main sorok-sorok.  Airis bawak Dania masuk dalam dulu eh?” Airis mengambil Dania dari dukungan Kak Suraya lalu masuk ke dalam bilik.

Kak Suraya cuma menggeleng.  Pandai eh dia mengelak dari jawab soalan aku? Airis…Airis…

Di dalam bilik, Airis menilik wajah Dania.  Wajah putih mulus itu diusap perlahan.  Layak ke aku jadi ibu dia? Aku ni boleh dikategorikan sebagai pemalas jugak sebenarnya.  Aku tak suka sangat mengemas.  Aku tak pandai masak.  Apa yang aku pandai? Pandai bancuh air dan basuh baju.  Itu jelah yang aku pandai.

Hanya kerana Dania rapat dengan aku, aku perlu jadi ibu kepada Dania? Itu langsung tak masuk akal.  Tak mungkin aku akan jadi ibu kepada Dania sebab aku tak bersedia untuk berkahwin dan jadi seorang ibu.  Aku nak nikmati zaman single aku dulu.  Aku tak nak hidup dalam keadaan terikat.  Bila aku dah berkahwin nanti, segala aktiviti aku akan tersekat.  Nak keluar rumah pun aku kena mintak izin dulu.  Oh! Sunggh menyeksakan!

“Airis? Airis?” suara Kak Munirah menerjah pendengarannya.  Airis tersedar dari lamunannya.

Errr…ya Kak Munirah? Sorry Airis mengelamun pulak…”

“Tak apa.  Ni, ada orang nak jumpa dengan Airis.”

Nak jumpa dengan aku? Sapa? “Encik
Aryan ke?” kalau dia tu, memang aku suruh dia balik!

“Tak…kalau tak silap nama dia Puan Sofia.”

“Puan Sofia?” Kak Munirah mengangguk.

Airis menelan liurnya dengan payah.  Tiba-tiba air liur aku rasa macam pasir pulak.  Kenapa pulak mak cik Sofia datang ke sini? Sudah Airis! Entah-entah dia nak cakap pasal hal haritu ke?

Errr…oklah Kak Munirah.  Kejap lagi Airis keluar ye?”

“Baiklah…” Kak Munirah berjalan keluar dari bilik tersebut.

Mata Airis kembali memandang Dania di hadapannya.  “Dania…kenapa nenek Dania datang nak jumpa dengan aunty? Huhuhu…” dia mengeluh seketika.  “Dania duduk diam-diam tau? Aunty nak keluar jumpa dengan nenek Dania kejap.”
Airis bangun lalu keluar dari bilik. 
Dia menghampiri Puan Sofia yang sedang bersembang dengan Kak Suraya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now