Doktor Kamilia memandang sejambak bunga yang berada di atas meja kerjanya. Beg tangannya diletakkan di atas meja. Tangannya laju mencapai jambangan bunga yang telah digubah cantik dan ada tiga kuntum bunga ros di dalamnya. Kenapa ada tiga kuntum je? Kenapa tak banyak-banyak? Dah masuk empat bulan aku asyik terima bunga je tapi tak tahu sapa pengirimnya. Semuanya hanya berbekalkan tiga kuntum ros je. Tapi kenapa tiga kuntum?
Isy sempat pulak kau fikir pasal ni Kamilia. Tapi, sapa yang bagi jambangan bunga ni? Dia terpandang pula kad yang diselitkan di sebalik bunga-bunga ros tersebut. Main kad-kad pulak. Matanya membaca setiap patah perkataan yang ditulis di atas kad.
Special flowers for a special woman like you.
Uish! Sapalah yang tulis ayat-ayat macam ni? Takkanlah Doktor Fikry pulak? Maklumlah dulu dia kena prank dengan Doktor Fikry macam ni pulak. Hmmm…mesti Doktor Fikry punya kerja.
Tangannya menyeluk poket lalu membawa keluar telefon dan mendail nombor Doktor Fikry.
“Sorry Doktor Fikry for disturbing you.”
“No times to joke doktor…” bibirnya tersenyum kecil. Doktor Fikry selalu menggayatnya. Sengaja nak kenakan aku.
“This time I dapat bunga lagi. Bunga ni you yang bagi ke doktor?” punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi. Lenguh pulak berdiri lama-lama.
Dahinya berkerut mendengar jawapan dari Doktor Fikry di talian.
“You not? Then? Who sent me a bouquet of flowers with three roses?” sudahnya dia mula bingung dengan gerangan yang menghantar bunga kepadanya.“You’re not pranking me right Doktor Fikry? Don’t worry I takkan marah you kali ni. Just berterus-terang dengan I.”
“Bukan you? Ok…”
“Err nothing. Just asking because this things freaking me out. I was just shocking bila I masuk bilik I then I dapat bunga ni. Siap dah diletak atas meja I lagi.”
“Ok thank you sebab sudi layan call I. I letak dulu. Assalamualaikum…” talian diputuskan selepas Doktor Fikry menjawab salamnya. Dahinya diurut kecil.
Kalau bukan Doktor Fikry, siapa? Otaknya dah habis memikir siapa gerangan yang menghantarnya bunga ni. Dengan kad lepas tu ayat manis. Aku sangkakan Doktor Fikry tapi rupanya tak.
“KAU masih nak tackle Doktor Kamilia?” soal Aryan ketika mereka sedang menjamah makanan tengahari di sebuah restoran tidak jauh dari tempat kerja mereka.
“Ya…why? Kau fikir aku putus asa? Macam tu?” soal Mikhael kembali sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“Taklah…aku cuma terfikir kau suka dekat Doktor Kamilia atau kau cintakan dia yang sebenarnya?”
“Ada beza ke?”
“Ya ada beza.”
“Ok aku tahu korang mesti pelik dengan semua ni. Pelik dengan aku yang tiba-tiba boleh suka dan jatuh cinta pada Doktor Kamilia kan? Pernah dengar pepatah love at first sight?”
Aryan ketawa dan mengangguk tanda faham.
“Bagus kalau kau faham. Macam kau dengan Airis dululah kan? Love at first sight jugak tu.”
“Eh??? Aku pulak yang kena?”
“Contoh je…”
“Tapi, macam mana kalau Doktor Kamilia langsung tak boleh nak terima kau? Macam mana kalau dia dah ada orang lain?” kunyahan Mikhael terhenti mendengar soalan dari Aryan.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...