•BAB 96•

14.5K 392 0
                                    

Wafiey melihat hantaran yang sudah siap digubah hari ni.  Semuanya dah lengkap dan sempurna.  Maklumlah kesemua hantaran ni digubah sendiri oleh maknya dan kak Fifi.  Pasal hantaran ni dia tak kisah sangat tapi yang dikisahnya esok.  Esok akad nikah! OMG! Tiba-tiba pulak rasa nervous.

“Ok tak?” tanya Fifi disisi adiknya.  Manalah tahu ada benda yang adiknya tak puas hati ke? Sempatlah digubah malam ni.

“Ok je kak.  Yang penting hantaran semua dah siap digubah.  Cuma tulah aku nervous pulak.”

“Kau ni nak nervous kebendanya? Rileks sudahlah.  Kau ni nervous macamlah kau nak naik mahkamah dan akan dijatuhkan hukuman mati mandatori!” ujar Fifi selamba.

“Kau memanglah tak faham sebab kau bukannya lelaki dan takkan pernah pun lafaz akad nikah tu.  Aku ni ha yang nak kena hadap tok kadi esok lepas tu nak lafaz akad nikah lagi.  Nervous kot!”

Fifi memeluk bahu Wafiey erat.  “Kau tarik nafas dalam-dalam lepas tu cuba untuk tenang.  Kau anggap je hari esok macam hari cabutan bertuah untuk kau.  Anggap je tok kadi depan kau esok tu macam badut.  Astaghfirullahalazim…tak boleh tak boleh.  Apa kejahat sangat mulut aku ni?” Fifi menampar mulutnya.

“Kau anggap je tok kadi esok macam pengumum bagi cabutan bertuah dan kaulah orang yang bertuah tu.  Jangan risaulah.  Aku yakin adik aku mesti boleh!” ujar Fifi memberi sokongan kepada adiknya.  Memang jelas pada matanya yang adiknya memang tengah nervous.

“Kau dengar sini, kalau kau nervous Humaira seribu kali lebih nervous daripada kau.  Sebab sebaik sahaja kau lafazkan akad nikah esok dan disahkan oleh saksi-saksi yang ada, Humaira automatik jadi hak milik kau.  Dia bukan lagi milik keluarga dia.”

“Ye aku faham…”

“Tak payahlah nak nervous sangat.  Kau pergilah tidur.  Esok nak kena bangun awal.  Aku masuk bilik dulu.  Rasa mengantuk pulak.  Kau jangan tidur lewat sangat,” pesan Fifi.

“Ye.”







DARI tadi matanya tak mahu lelap.  Entah apa kena dengan mata aku ni pun aku tak tahu.  Susah sangat nak lelap.  Dia mengerling jarum jam locengnya.  Dah pukul satu pagi kot! Gila betullah.  Selalunya aku dah boleh tidur tapi entah kenapa pulak kali ni aku tak boleh nak tidur.
Nervous? Bohonglah kalau aku langsung tak rasa nervous untuk hari ini.  Aku ada beberapa jam je lagi sebelum diijabkabulkan.  Selepas je lafaz akad nikah Wafiey disahkan, aku jadi miliknya.  Bukan lagi keluarga aku.  Selepas tu, kalau aku nak ke mana-mana pun kena mintak izin dia.  Kalau Wafiey ni jenis  macam Iyan yang boleh lepaskan isteri dia ke mana-mana je, tak apalah jugak.  Buatnya Wafiey ni jenis yang mengongkong macam mana?

Haih! Tak payah fikir yang macam-macamlah.  Fikir yang baik-baik sudah.  Telefonnya dicapai lalu membuka laman what’s app.  Dia menyentuh nama Airis.  Tertera perkataan online pada bawah nama Airis.  Cantik! Bolehlah aku chat dengan dia.

Me: Woi! Tak tidur lagi ke?

Amboi! Terjah ikut sedap hati dia je.  Buatnya time tu Aryan tengah pakai henset dia macam mana?

Airis: Ye nyah? Kau dah kenapa tak tidur lagi?

Kalau macam ni cara chatnya, memang Airis yang tengah online.

Me: Aku tak boleh tidurlah weyh.  Nervous untuk hari esok kot?

Airis is typing…Humaira menanti dengan penuh sabar.

Airis: Kau dah kenapa nak nervous segala? Rilekslah…

Me: Banyaklah kau punya rileks! Kau tak tahu macam mana aku tengah nervous sekarang ni.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now