•BAB 48•

17.1K 502 0
                                    

Mereka bertiga menghampiri Airis.  Niat nak bagi hadiah yang mereka beli tempoh hari.  Mesti Airis ‘suka’ punya! Hahaha…mereka bertiga cuba menyembunyikan senyuman.  Kalau gelak, mampuslah kantoi dekat Airis.

“Airis…” panggil Feeqa.  “Kami nak balik dah.  Well, happy newlywed untuk kau dan Aryan.  Aku harap lepas ni hidup bahagialah dengan Aryan.” ujarnya sambil menghulurkan kertas beg yang berisi hadiah khas untuk Airis.

Airis mengambilnya tanpa ragu-ragu.  Dah kawan-kawan bagi hadiah kan? Takkanlah kita nak menolak pulak.

Thanks.”

“Kau ok ke hidup dengan Aryan? Tak bersilat?” soal Lieya sambil tersengih.

“Tunggu lagi aku tak bersilat dengan dia.  Gedik, miang! Huh!” disebabkan Aryan terlampau gediklah yang kantoi dekat abang Afiq tadi.  Dah tu abang Afiq siap usik kami lagi.

“Manalah tahu gedik miang dia tu nanti kau berisi kan?” gurau Humaira.

“Yang tu memang mintak penumbuk.” balas Airis.

“Oklah, kami balik dulu.  Nanti ada masa, kita lepak-lepak ok? Macam biasa dekat studio,” Airis hanya sekadar mengangguk mendengar kata-kata Feeqa.  Mereka bertiga mula beredar pergi.

Airis memandang isi di dalam beg kertas tersebut.  Apa bendalah yang diorang beli dekat aku? Nampak macam baju.  Tak apalah, nanti malam aku check.  Airis meletakkan beg kertas tersebut di atas meja bersebelahan dengan pintu masuk rumah keluarga Aryan.







TUBUHNYA direbahkan di atas katil selepas selesai sahaja mandi dan solat.  Serius aku rasa letih sekarang ni.  Maklumlah kena layan tetamu yang hadir lagi.  Bukannya beratus orang tapi beribu orang yang datang. 
Lepas tu, kena layan pulak perangai sengal tak semenggah si Aryan tu pulak.  Lagilah buat aku rasa penat.

Airis terpandangkan beg kertas yang terletak di atas meja solek.  Ha…aku tak tengok lagi apa yang hadiah tiga serangkai tu bagi dekat aku.  Airis turun dari katil lalu mengambil beg kertas tersebut.  Dia menuju ke atas katil.  Apalah yang diorang bagi dekat aku? Dia mengeluarkan isi yang berada dalam beg kertas tersebut.

Matanya membulat bila terpandangkan kain yang berada di tangannya.  Weyh!!!! Hadiah apakah ini? Lingerie?! Kurang asam punya kawan.  Lingerie yang diorang jadikan hadiah perkahwinan aku? Sungguh nak kena pelangkung dengan aku.  Tunggu korang!!! Airis mengambil sehelai kertas yang dilipat kemas dicelah-celah lipatan lingerie tersebut.

Buat sahabat kami yang tersayang…

Kami dah cuba cari hadiah yang lain tapi nampaknya tak sesuai.  Kami nampak hadiah yang ini je sesuai untuk hadiah perkahwinan kau.  Tak adalah mengancam sangat kan? Lagipun, kami fikir tak salah kalau kau pakai lingerie ni depan Aryan.  Kau dapat pahala lagi.  Jangan lupa pakai tau? Jangan pulak kau simpan sampai bersarang lingerie ni dalam almari.

Sahabatmu yang tersayang,
Humaira, Feeqa dan Lieya.

Haih! Dua orang ni memang nak cari mampus dengan aku.  Kalau bagi aku hadiah baju tidur yang comel tak apalah jugak tapi ini lingerie? Oh! Memang taklah aku nak pakai lingerie ni depan Aryan? Cari nahas namanya.  Ibarat aku terjun ke dalam kandang harimau.

Airis berdiri di hadapan cermin bersama lingerie di tangannya.  Dia membayangkan lingerie tersebut tersarung pada tubuhnya.  Eeee…seram sejuk plus geli ok.  Aku tak pernah pakai lingerie seumur hidup aku.  Paling kuat pun aku pakai baju tidur separas betis  aku je.  Itupun dah dikira seksi dah bagi aku.

Pintu bilik dibuka dari luar.  Aryan melangkah masuk sambil menutup pintu biliknya.  Dahinya berkerut bila wajah Airis cuak sambil melihat ke arahnya.  Dah kenapa pulak minah ni cuak lain macam je? Ada benda yang dia tengah sorokkan dari aku ke? Apa benda yang dia tengah sorok dari aku tu? Tangan ke belakang nampak?
Mesti ada benda yang dia tengah sembunyikan dari aku.

“Kau dah kenapa? Macam nampak hantu je? Tu…apa benda dekat belakang kau?” dia cuba melihat ke belakang Airis.  Apa yang minah ni sembunyikan dari aku?

“Ttt…tak ada apa-apa,” Airis tersengih.  Janganlah Aryan tahu apa yang aku tengah pegang sekarang ni.

“Taklah…muka kau cuak semacam je.  Hmmm…ke kau ada buat salah dengan aku sebenarnya? Apa benda dekat tangan kau tu? Bagitahu je, aku tak marah…” Aryan merapati Airis dan cuba mencapai apa yang ada di belakang Airis.

“Tak payahlah sibuk!” Airis sedaya-upaya mengelak dari Aryan mencapai lingerie yang sedang dipegangnya sekarang.

“Aku suami kau tau? Aku berhak tahu apa yang kau tengah pegang sekarang…” Aryan mencapai tangan Airis lalu lingerie di tangan Airis diambil.  Airis pula dah tersenyap, terkaku, tercegat semua ada.  Darah mula menyerbu di mukanya.  Malu weyh!

Aryan membentangkan lingerie di hadapan Airis.  Bibirnya tersengih kecil melihat lingerie warna hitam tersebut.  Airis pula menundukkan wajahnya.  Malu oiii!!! Kan dah kantoi dengan Aryan.  Isy! Mesti Aryan fikir macam-macam pasal aku.  Mesti dia fikir aku nak goda dia pakai lingerie tu.

Hmmm…aku rasa sesuai dengan kau kalau kau pakai lingerie ni,” Aryan tersengih nakal membuatkan Airis seram sejuk. 

Apalah dia ni? Dia ingat aku kemaruk sangat ke nak pakai lingerie tu? Huhuhu…mati hidup balik pun aku takkan pakai lingerie tu.  Tak akan!!! Janganlah dia mintak aku pakai lingerie tu.

“Memang taklah aku nak pakai! Ingat aku gila sangat ke?” huh! Yang tiga serangkai ni pun dah kenapa beli benda alah ni? Diorang tahu yang aku tak suka seksi-seksi dan wild macam ni.  Yang gatal pergi beli tu buat apa?
Jaga korang! Aku jumpa korang memang siaplah kena dengan aku.

Why not kau pakai lingerie ni untuk first night kita?”

Airis menggaru kepalanya yang terasa gatal.  Mamat ni dah buang tebiat ke macam mana? Aku? Nak pakai lingerie tu? In your dreams jelah.

“Dah kenapa pulak aku nak kena pakai? For you information, aku takkan pernah pakai lingerie tu untuk kau.  Huh! Seksilah!” Airis berjalan menuju ke katil lalu beg kertas bersama nota yang ditulis oleh
Humaira tadi dilipat kembali lalu diletakkan ke dalam almari pakaian.

I think you will look wild and sexy in this lingerie.  Why not you give a try first?” malam ni mood nak menyakatnya datang.  Suka betul bila tengok Airis dah gelabah teruk macam tu.  I like it!

Wild and sexy? Gosh! Dia ni dah buang tebiat ke macam mana? Makin lama aku makin seram dengan dia.

“Dah! Tak payah nak sibuk suruh aku pakai lingerie tu apa.  Meh aku simpan!”Airis bertindak untuk merampas lingerie tersebut dari tangan Aryan namun Aryan lebih pantas melarikan tangannya.

Isy Aryan!!!”

“Aku nak kau pakai.”

“Kau ni dah gila ke apa? Aku takkan pakai baju lingerie tu.  I won’t dan tak akan pernah!” kalau aku pakai, jahanam terus hidup aku.

“Ini arahan suami dan kau patut pakai.”

Eeiii!!! Aryan!!! Aku tak naklah!!!” aku dah tak larat nak bertengkar dengan dia dah ni.

Airis mencapai lingerie tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg kertas yang disimpan dalam almari tadi.

“Ingat eh? Aku tak akan pakai!” usai berkata, Airis terus menuju ke katil lalu direbahkan tubuhnya.  Selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya.

Aryan pula tertawa kecil.  Hailah Airis…penakut jugak kau rupanya.  Ingatkan brutal memanjang.  Itu aku baru gertak sikit je.  Dah gelabah serupa apa lagi.  Kalau aku gertak dia dengan cara lain gamaknya? Pengsan terus kot?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now