“Sayang!” terkejut Airis bila namanya dilaung kuat dari belakang. Terkejut weyh bila kena sergah yang tiba-tiba macam tu. Sapa je yang tak terkejut? Bohonglah kalau langsung tak terkejut.
“Kenapa abang?” aku syak Aryan mesti dah dapat tangkap perbuatan aku tadi. Hehehe…
“Sayang nak buat apa tadi?” tanya Aryan sambil pinggangnya dicekakkan ke pinggang.
“Buat apa?” sengaja dia berpura-pura tanya. Maklumlah dah kantoi saja nak cover line.
“Jangan ingat abang tak nampak apa yang sayang nak buat tadi…” suara
Aryan masih lagi tegas dan tangannya masih setia bercekak di pinggang. Ok nampaknya kali ni aku kena mengaku salah aku.“Kenapa abang? Salah ke saya nak basuh baju?”
“Berapa kali abang nak cakap dekat sayang yang biar abang je buat semuanya. Sayang hanya dibenarkan menjaga Dania dan masak makanan untuk abang. Yang lain biar abang buat. Jangan nak langgar janji sayang pulak eh!” nasib baik aku nampak. Kalau tak?
“Alah abang kali ni kalau saya langgar janji abang boleh tak?” dia menayang wajah comel pujuk merayunya dengan harapan si suami cair tapi…jangan haraplah! Dalam mimpi je semua tu.
“Sayang dah janji yang sayang nak ikut je apa yang abang suruh kan? Sekarang ni sayang kena peganglah janji sayang. Jangan mungkir janji…”
Tiba-tiba pulak hati aku terasa. Teruk kebenar dah kau ni Airis. Sikit-sikit nak terasa. Itulah rutin kau kalau permintaan kau tak ditunaikan oleh Aryan. Walhal apa yang Aryan buat tu semua untuk kesihatan kau dan babies. Aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku sekarang ni.
“Sayang…” Airis mengeraskan diri. Kononnya merajuklah tu.
“Sayang…dengar apa yang abang nak cakap.” setiap kali Aryan berhadapan dengan Airis, Airis akan menoleh membelakangkan Aryan. Merajuk teruk ni.
“Sayang…abang buat semua ni untuk sayang dan babies kita jugak. Sayang jangan ingat yang abang nak kongkong sayang pulak. Tak…abang tak pernah ada niat nak kongkong sayang. Cuma, lepas apa yang dah terjadi pada sayang dan babies buat abang nak sayang lebih berhati-hati lepas ni. Tak ada lagi kerja berat. Kalau betullah sayang nak buat kerja, abang boleh bagi.”
Terus mekar senyuman Airis. Dia menoleh berhadapan dengan Aryan.
“Kerja apa?”“Kerjanya senang dan mudah. Kerja sayang menyenangkan hati abang. Ok kan?” terus muka Airis cemberut kembali membuatkan Aryan tertawa girang. Seronok sangat bila dapat kenakan aku.
“Abang ni!!!” bertambah kelat riak wajahnya.
Pinggang Airis diraih lalu dipeluk isterinya dari belakang. Dagunya diletakkan pada bahu kanan Airis.
“Sayang…abang sayang sangat dekat sayang. Abang kalau boleh nak jadikan sayang sebagai permaisuri seumur hidup sayang. Tak payah buat kerja apa langsung. Biar abang yang buat selamanya. Abang nak sayang dan babies sihat. Permintaan abang tak banyak pun. Yang tu je yang abang mintak. Lepas sayang dah melahirkan dan habis pantang, sayang nak melompat nak angkat bakul baju sepuluh tan pun abang bagi.”
Ceh! Sempat lagi dia perli aku dengan bakul baju sepuluh tan! Gila ke apa aku nak angkat bakul baju seberat tu?
“Tapi buat masa sekarang abang nak sayang rest yang secukupnya. Simpan lemak sayang tu banyak-banyak sebab lagi debab lagi abang sayang!” Aryan meringis sakit bila tangannya dicubit kuat oleh Airis. Kemudian, dua-duanya ketawa.
“Ada pulak macam tu? Kalau saya debab, mesti abang dah tak suka kan?”
“Sapa kata abang tak suka? Debab itu comelsss ok. Lagipun, abang tak suka yang kurus kering ni sebab kalau peluk dia tak best. Tak nikmat. Sebab tulah abang suka perempuan debab macam sayang!” Aryan bantai ketawakan aku. Seronok benar dia kenakan aku kali ni.
“Typical suami zaman sekarang. Sekarang je kata suka, bila dah lama tak suka…”
“Jangan bandingkan abang dengan typical suami yang rabun dan buta tak nampak kecomelan isterinya yang debab tu. Tahu tak kenapa malam-malam abang tidur suka peluk sayang?” Airis menggeleng tanda tak tahu.
“Sebab best! Rasa suam-suam kuku dan gebu je…” sekali lagi tangannya dicubit. Sebagai balasan pipi kanan isterinya dicium.
“Abang ni!” suka mengambil kesempatan.
“Tulah sayang tak tahu abang suka jenis macam mana. Abang suka sayang sebab sayang debablah…”
“Abang suka main-mainkan? Meluatlah nak layan abang…” Airis bertindak untuk merungkaikan pelukan Aryan namun Aryan mengemaskan lagi pelukannya pada tubuh Airis.
“Buat apalah abang nak tipu sayang? Abang jenis yang suka berterus-terang. Kalau abang tak suka sayang yang debab sekarang ni, dah lama abang suruh sayang ke gym untuk buang segala lemak badan sayang tu. Tapi, abang galakkan sayang untuk simpan lemak habuan untuk abang lena malam.”
Hati Airis tercuit dengan kata-kata Aryan. Memanglah kadang-kadang apa yang dikatakan oleh Aryan tak boleh diterima dek akal tapi apa yang dia cakap tu benar-benar belaka. Aku baru perasan kebelakangan ni Aryan suka sangat peluk aku. Mengalahkan kucing manja. Asyik nak berkepit je dengan aku.
Airis merungkaikan pelukan Aryan lalu badannya dibawa menghadap Aryan. Aryan memeluknya dari hadapan. Pengantin lama tapi mood pengantin masih segar. Untung dapat suami yang macam Aryan ni. Sangat prihatin dan penyayang. Yang paling penting, Airis Afina bahagia! Hehehe.
“Kenapa perangai abang yang satu ni beza jauh sangat dengan perangai tak semenggah abang yang dulu? Macam mana abang boleh berubah?” dulu Aryan Ezzriq seorang yang jahat dan kejam. Dia saja yang berjaya menjatuhkan air mata aku dengan banyak sekali. Dan dia jugaklah yang berjaya mengambil hati aku sekarang ni. Auch.
“Entah…pengalaman lalu mengubah abang kot?”
“Taklah. Pelik jugak sebab Aryan Ezzriq dulunya seorang yang tak bertimbang rasa pada insan yang bernama Airis Afina dan sekarang Aryan Ezzriq adalah manusia yang sangat prihatin dan penyayang terhadap Airis Afina. Jadi, saya rasa pelik sikit…”
“Apa yang nak peliknya bila hati dah jatuh suka pada sayang? Mungkin dulu abang dah banyak sakitkan hati sayang but right now and until forever I will sealed you with happiness yang sayang takkan lupa sampai bila-bila. Abang akan buat sayang happy je dan tak mo sedih-sedih macam dulu. Aryan Ezzriq yang sekarang akan mengubat hati Airis Afina yang dah koyak rabak dengan kenikmatan rumah tangga dan kebahagiaan yang tak terhingga demi memulihkan hatinya yang sudah terluka.”
Tak tahu nak cakap apa, Airis melabuhkan kepalanya pada dada Aryan. Almaklumlah tinggi aku pun paras dada suami aku je. Ketara sangat kependekan aku dengan suami aku. Tak apalah janji kami bahagia.
“Terima kasih abang sebab sudi bahagiakan Airis?”
Dahinya dikucup lama oleh Aryan. Syahdu rasanya. “Tak perlu berterima kasih dekat abang sebab itu memang tugas abang untuk bahagiakan sayang. Lagipun abang dah banyak buat sayang terluka dengan perangai abang dulu dan sekarang masanya untuk abang tebus balik kesemuanya dengan membahagiakan sayang.”
Ya Allah…sesungguhnya tak ada apa lagi yang aku ingin katakan selain dari nikmat bahagia yang Engkau telah berikan kepadaku dan suamiku. Apa yang aku mahu dari-Mu ialah kebahagiaan rumah tangga kami berkekalan sehingga akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin…
Pelukannya pada pinggang Airis dieratkan lagi. Dahulunya aku kejam dan jahat. Tersangat jahat pada insan bernama Airis Afina yang kini sudah bergelar isteri aku. Pelbagai cara aku gunakan untuk memuaskan hati aku dan aku telah memalukannya masa zaman persekolahan dulu. Hampir satu sekolah tahu. Banyak air mata Airis yang keluar hanya kerana aku.
Tapi, sejak aku mendirikan rumah tangga bersama dengan Airis, aku dah tekad dalam hati yang aku akan sulamkan rasa bahagia dan kasih-sayang yang tak ternilai maknanya demi mengubati luka dan parut yang masih berbekas pada hati Airis. Itu janji aku untuk Airis. Aku tak nak lagi dia menitiskan air matanya disebabkan aku.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomansTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...