“Thank you Maira sebab tolong aku beli semua ni. Kalau nak harapkan aku sorang, memang berjam-jam lagilah aku dekat situ,” ujar Airis sambil meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi di atas kabinet dapur. Penuh kabinet dapur dengan barang dapur.
“Tak ada apalah weyh. Setakat tolong pergi beli barang dapur, aku tak kisah sangat pun. Oh ya, lupa pulak nak komen. Boleh tahan besar rumah korang ni eh? Luar nampak macam kecik tapi masuk dalam masya-Allah…” kagum betul aku dengan decoration rumah ni. Nampak simple tapi elegant sebenarnya.
“Aku pun tak sangka mak dan ayah mertua aku tu nak hadiahkan kami rumah sebesar ni. Lagipun, aku tinggal dengan Aryan dan Dania je. Baru guna satu bilik. Yang bilik selebihnya? Jadi bilik tetamulah jawabnya…”
“Memanglah tapi bilik-bilik yang lebih tu boleh buat jadi bilik anak-anak kau nanti. Takkanlah anak korang Dania je kan?” Humaira menjongketkan keningnya.
Dia ni cakap nak serupa macam Aryan pulak. “Memanglah tapi…”
“Tapi kau tak bersedia lagi kan? Dramalah kau ni.”
“Aku bukannya berdrama tapi aku tengah cuba untuk terima Aryan dalam hidup aku. Kau ingat senang ke nak terima dia macam tu je? Aku kenalah mula sikit-sikit. Bak kata pepatah, sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit?”
“Pigidah dengan kau punya pepatah bukit tu. Kau ni kalau hati dah keras, selamanya keras jugak. Aku dah faham sangat dengan perangai kau ni.”
“Ye eh?”
“Hmmm…”
Airis menoleh menghadap kabinet dapur lalu mengasingkan barang basah seperti ayam, ikan, dan seafood yang sempat di beli tadi. Semuanya diletakkan di dalam sinki. Nak kena basuh dulu sebelum masuk ke dalam peti ais.
“Kau bahagia dengan Aryan?” soalan cepumas dari Humaira.
“Kau rasa?”
“Aku rasa kau bahagia.”
“Kenapa pulak kau rasa macam tu?” Airis menuang ikan ke dalam sinki lalu membuka pili air. Dia mula membasuh ikan.
“Yelah sebab aku tengok kau tak pernah masam pun sejak kahwin dengan Aryan ni. Fakta ok. Dulu adalah jugak muka kau masam mengalahkan apa lagi tapi sekarang tak nampak dah muka masam kau tu.”
“Macam tu pulak? Kau ni, takkanlah aku nak buat muka masam aku tu 24 jam? Gila ke apa? Tak pasal-pasal muka aku nampak macam orang tua nanti…” komen Airis.
“Ni, cakap pasal aku je? Kau macam mana dengan Wafiey? Ada berita baik ke?” sibuk sangat cakap pasal aku, nak tanya pulak pasal dia. Manalah tahukan dah lekat ke?
“Topik aku dengan Wafiey pulak? Aku dengan dia macam biaslaah. Nothing special pun. Kenapa?”
“Hai…takkanlah nothing special kot? Dah lama kan kau asyik berkepit dengan dia? Bukan dia je, dengan keluarga dia sekali. Takkanlah tak ada apa-apa lagi kot?”
“Hmmm…dalam mimpi aku jelah Airis. Wafiey tu anggap aku sebagai best friend dia je. Nothing more than that. Aku pun nak cakap apa lagi? Aku pun iya kan jelah. Jadi kawan baik pun dah cukup…”
“Kau ni dah kemaruk sangat ni Maira. Macam nilah, tak ada lelaki lain ke yang kau boleh pilih selain Wafiey? Yelah, tak Wafiey…Ammar ke? Tak pun Mikhael? Hahaha…”
Airis menjerit kecil bila lengannya dicubit kuat oleh Humaira.“Mikhael? Ammar? Huh! Dua-dua tu lagi aku cabut lari awal. Gila ke apa nak dengan dua-dua tu? Orang gila je tau terima Mikhael dan Ammar…”
“Tak baik kau ni cakap macam tu. Ok, kalau kau nak cakap Ammar gila aku boleh terima tapi kalau Mikhael…come on lah. Dia kan kawan kita? Why not?”
“Tak nak!” keputusan muktamad. Memang aku takkan pilih diorang dua tu sebagai calon suami aku.
ARYAN melangkah masuk ke dalam rumah bersama Dania. Telinganya tertancap pada gelak tawa isterinya bersama seseorang di dapur. Tak lain tak bukan Mairalah tu. Almaklumlah Maira je yang teman dia pergi pasaraya tadi.
“Seronok nampak?” tegur Aryan sambil memandang mereka berdua yang tengah kemas barang-barang dapur.
“Eh? Bila masa kau balik?” soal Airis. Tak perasan pulak dia balik.
“Baru je. Kau dah beli ke barang-barang yang kau nak masak tu? Duit cukup?”
“Terlebih cukup. Thanks.”
“Oklah kalau macam tu. Errr Maira? Lepas ni kau balik ke?” soalan dituju pula kepada Humaira yang diam di sisi Airis.
“Baliklah kot. Takkan nak duduk sini pulak.”
“Kau duduklah sini. Teman bini aku. At least dia tak sunyi sangat nanti. Anyway, kau boleh tolong dia masak. Takut dapur ni terbakar pulak…” sempat lagi dia menyindir Airis.
Airis mengetap bibirnya geram. “Mulut kau cermat sikit eh?”
Manakala Humaira pula dah tertawa melihat adegan mereka berdua. Hmmm…mesti kena ada jugak perang mulut. Memang kewajipan diorang kot untuk berperang mulut setiap hari.
Aryan tak membalas lalu bawa Dania menuju ke bilik. Airis menjeling Aryan yang sudah hilang dari pandangan matanya. Selamba rock dia je mengata aku depan Humaira. Tahulah aku tak pandai masak pun!
“Hailah korang ni. Lawak ok. Ni, kalau aku dapat suami macam Aryan tu, heaven tau? Dia tu caring…”
“Apa-apa jelah. Mood aku down terus dia cakap macam tu tadi…” sentap ok! Apa? Teruk sangat ke aku perang kat dapur sampaikan dapur pun boleh terbakar? Hello! Sepanjang aku masak telur dekat rumah ibu, dapur tak pernah terbakar tau! Hek eleh! Setakat goreng telur, budak darjah lima pun pandai!
“Dari gaya Aryan tadi tu, aku dah boleh agak yang hidup kau akan bahagia dengan dia…”
“Ye eh? Kau tahu mana?”
“Sensor aku kuat tau!”
“Banyaklah kau punya sensor! Tadi Aryan dah bagi keizinan untuk kau duduk dekat sini, jadi kau duduk sini eh? Temankan aku? Kadang-kadang aku bosan jugak. Larat hadap si muka sengal tu je?” kalau Maira duduk dekat sini, ada jugak benda yang aku boleh nak sembang dengan dia. Kalau dengan Aryan? Hampeh! Kira perang mulut je.
“Isy…aku seganlah. Inikan rumahtangga korang?”
“Alah…bukannya suami aku tak bagi keizinan pun. Sehari je pun. Hari ni je! Please?” jangan sampai aku melutut! Kalau aku melutut, itu dah dikira parah sangat.
“Hmmm yelah. Demi kawan aku yang sengal serupa suami dia jugak kan? Oklah aku stay sini…”
“Yeah! Sayang kau!!!” macam kanak-kanak dapat coklat je lagak Airis ni.
Layan jelah Humaira. Bukan selalu kau nak kena hadap perangai tak semenggah si Airis ni.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceTak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat m...