•BAB 6•

21.1K 654 8
                                    

“Kalau kau marah-marah macam ni pun, bukannya ada guna pun.  Seeloknya kau lepaskan kemarahan kau ni dekat Aryan.  Bukannya aku…” ujar Humaira sambil memandang Airis yang masih lagi dengan muka kerut seribunya.

“Aku bukannya lepaskan kemarahan dekat kau tapi aku cuma kongsi rasa tak puas hati aku ni dekat kau.  Aku ingatkan semuanya dah berakhir bila kita dah keluar sekolah.  Tapi, huh! Tak jugak…” benci betullah! Nak kena hadap pulak muka si sengal tu tiap-tiap hari.

“Korang ni kalau berjumpa je mesti nak bertengkar kan? Haih…kalau kahwin kan bagus?” terus kakinya dipijak dari arah bawah membuatkan Humaira terjerit kecil.

Weyh! Kaki aku siot!” bukan besa-besa dia pijak.  Boleh retak tulang aku dibuatnya.

“Cakap lagi yang bukan-bukan.  Kahwin dengan si sengal bin gila tu? Taklah oiii! Tu namanya nak musnahkan hidup sendiri…” gila ke apa aku nak kahwin dengan si Aryan sengal tu.  Memang taklah!

“Aku cakap je.  Bukannya suruh kau kahwin dengan dia betul-betul pun.  Ni, dekat nursery tu kau yang jaga anak dia?” Airis mengangguk.

“Wow! Jadinya korang tiap-tiap harilah kan berjumpa?”

“Ni dah kenapa syok terlebih ni?” tu dalam kepala tu mesti dah bersarang macam-macam nak mengata aku.

“Tak ada apalah.  Seronok pulak bila terfikirkan korang berdua ni…”

Serentak itu kepala Humaira disekeh kuat.  “Kepala berjambul kau seronok! Apa yang seronoknya fikirkan pasal aku dengan Aryan tu?” entah di mana seronoknya aku pun tak tahu. 

“Korang berdua ni sweet sebenarnya.  Korang je yang tak perasan.  Cuba kau hayati sikit.  Lepas tu, baru kau perasan yang korang ni memang sweet sebenarnya,” Humaira tertawa kuat bila Airis menayangkan muka meluatnya.  Dapat jugak dia kenakan Airis.  Selalunya Airis yang kenakan dia.

“Tak nampak dekat mana sweet pun.  Kau ni, kalau nak buat cerita, biarlah kasi betul sikit.  Aku? Dengan sengal tu? Huih! Kau tahu? Macam duduk dekat planet Marikh.  Tak sesuai langsung.  Dah! Berhenti cakap pasal Aryan ni.  Kau tahukan aku dengan Aryan macam mana? Dari dulu lagi tak pernah kamceng pun dengan Aryan tu…” Airis mengacau sedikit air minumannya menggunakan straw sebelum menyedut air milo menggunakan straw di dalam gelasnya.

“Itu dulu.  Sapa tahu kalau dah besar ni kamceng?”

Humaira ni memang nak kena betullah! Dah lama gamaknya tak makan garam dari mulut aku.  Kalau tidak dulu aku yang selalu mengata dia dengan Wafiey.  Sekarang, dia pulak mengata aku dengan si Aryan tu? Oklah, bagi peluang dekat si Humaira ni nak mengata aku.  Bukannya selalu pun dia boleh mengata aku macam ni.

Tumpuan Airis teralih kepada telefonnya.  Ada mesej masuk.  Mesej daripada Kak Suraya.

Kak Suraya: Airis…boleh balik nursery sekarang tak? Dania ni dari tadi tak berhenti menangis.  Dah macam-macam akak dengan Kak Munirah buat tapi dia tetap menangis jugak.  Airis balik ye? Manalah tahu dia nak dengan Airis ke?

Airis pantas membalas mesej dari Kak Suraya.  Ya Allah…kenapa pulak dengan Dania ni?

Me: Baiklah Kak Su.  Airis akan balik nursery sekarang jugak…

Selepas membalas mesej dari Kak Suraya, Airis pantas menyedut air minumannya sehingga habis.

“Aku kena balik nursery sekarang ni.  Ada masalah sikit.  Kau ok ke aku tinggalkan sorang-sorang ni?”

“Aku ok je.  Kau pergilah balik.”

“Oklah.  Aku chau dulu.  Bye!” Airis segera menuju ke keretanya.  Dalam kepalanya terfikir, kenapa pulak dengan Dania ni.  Risau pulak kalau ada apa-apa yang terjadi dekat Dania.



Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now