•BAB 11•

19.1K 642 5
                                    

Airis menunggu giliran untuk dipanggil.  Menurut kad laporan Dania, memang hari ni Dania harus berjumpa dengan doktor.  Nak suntik apa entah.  Aku pun tak faham zaman la punya suntik.  Macam-macam sangat suntik.  Tapi, tak apalah kalau untuk kebaikan baby tu sendiri.

Pintu klinik ditolak dari luar.  Ada seseorang menghampirinya.  Airis langsung tak perasan kerana sibuk melayan kerenah Dania.  Comel sangat! Geram aku kadang-kadang dibuatnya.  Pandai pulak Dania ni buat muka comel? Sapa-sapa yang tengok Dania pun akan rasa geram jugak dengan keletah dia.

Airis menoleh bila terasa kerusi sebelahnya diduduki seseorang.  Matanya membulat bila memandang Aryan yang sedang duduk di sebelahnya dengan wajah selamba.  Mamat ni tak kerja ke hari ni? Boleh pulak dia datang temankan Dania untuk cucuk.

“Kenapa?” soal Aryan bila Airis memandangnya lama.  Ada yang tak kena dengan aku ke hari ni?

“Taklah…kau tak kerja ke? Ada pulak masa datang temankan Dania kena cucuk hari ni,” ujar Airis.

“Sekali-sekala datang tengok anak kena cucuk.  Dulu aku tak ada masa Dania kena cucuk sebab mak yang handle semua ni,” terang Aryan tanpa dipinta. 

“Oh…nak jadi bapak yang prihatinlah ni?” Airis mencebirkan bibirnya. 
“Sejak bila entah ayah Dania ni caring eh?” dia menjeling kepada Aryan.

“Eh? Dania, tolong cakap dekat babysitter Dania ni abi memang caring kan? Babysitter Dania ni je yang tak tahu…” Aryan mengusap pipi lembut Dania.  Dania pula tertawa kecil seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh ayahnya.

“Nur Aqira Dania…” seorang perempuan memanggil nama Dania. 
Airis dan Aryan bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik doktor tersebut.

“Dania…” Doktor Jamilah menyambut kehadiran mereka di situ.  Airis pula mengambil tempat di sebelah meja Doktor Jamilah.  Senang nanti Doktor Jamilah nak check Dania.

“Bagus Dania hari ni.  Tak menangis pun jumpa doktor hari ni,” Doktor Jamilah memegang tangan Dania.  Dania pula tergelak.  Suka benar main dengan Doktor Jamilah ye?

“Kenapa doktor? Selama ni dia menangis ke?” soal Airis. 

“Dulu masa first time dan kali kedua dia datang Dania memang menangis.  Tapi, hari ni dia datang tak menangis pulak.” Doktor Jamilah tersenyum.  Airis pula mengangguk.

“Sekarang ni doktor nak check Dania ye? Puan pegang dia kuat-kuat ye?” err??? Puan? Airis melarikan matanya ke arah Aryan.  Nampaknya dia pun turut terkejut dengan gelaran yang diberikan oleh Doktor Jamilah.  Tapi masing-masing senyap.

“Ok…” Doktor Jamilah mencatat sesuatu di atas buku rekodnya.  Manakala ada seorang nurse sedang menyediakan perlatan suntikan.  Kejap lagi Dania kena suntiklah.

“Alhamdulillah…Dania sihat.  Ok, sekarang ni kita cucuk ye?” Doktor Jamilah mencapai alat suntikan dan memeriksa kuantiti vaksin di dalam alat suntikan tersebut.  Airis menolong Doktor Jamilah menyelak baju Dania di sebelah kiri.

“Bismillah…” Doktor Jamilah mula menyuntik tangan Dania.  Dania? Apa lagi? Menangis kuatlah dia.  Aku yang dengar Dania menangis ni pun naik sama nak menangis.  Aku tak boleh dengar budak-budak menangis.  Airis mengucup ubun-ubun Dania.

“Dah…doktor dah habis suntik Dania pun…” Doktor Jamilah meletakkan kembali alat suntikan ke dalam bekasnya.  Satu kapas ditekapkan ke tangan Dania.  Airis tolong pegang.

“Dania…Dania kuat kan? Syhhh…Dania…” Airis cuba meredakan tangisan Dania.  Tapi, aku tahu susah Dania nak berhenti menangis sebab aku pun tahu macam mana sakitnya kena cucuk.  Uish! Aku memang tak suka kalau kena cucuk apa ni.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now