•BAB 80•

21.3K 456 8
                                    

"Ibu...banyaknya ibu masak ni. Nak bagi sapa makan?" masya-Allah. Lauknya pelbagai jenis. Rambang mata aku dibuatnya nak pilih yang mana satu nak makan.

"Ibu happy hari ni sebab tulah ibu masak banyak-banyak supaya anak dan cucu ibu kenyang. Lagipun, kejap lagi mertua Airis nak datang. Maklumlah nak raikan berita gembira ni..." ujar Puan Aliyah dengan bibirnya yang masih tak lekang dengan senyuman.

"Ibu ni. Kalau ibu masak satu jenis masakan pun, Airis boleh kenyang tau. Lagipun, Airis tak adalah lapar sangat sebenarnya. Tapi, bila tengok ibu masak sedap macam ni kecur liur jugak. Hehehe..." Airis tersengih kecil. Sapa je tak kecur liur tengok masakan ibu? Sedap ok! Dah tu ada sambal belacan pulak. Pergh! Memang menaikkan selera betul.

"Assalamualaikum," Puan Sofia memberi salam di hadapan pintu masuk.

"Waalaikumussalam..." sahut mereka semua. Puan Sofia dan Encik Luthfi melangkah masuk lalu saling bersalaman. Airis dan Aryan menyalami Puan Sofia dan Encik Luthfi.

"Hmmm...makin berseri muka menantu mak ni selepas mengandung. Lama dah mak nak dengar berita ni. Akhirnya, tercapai jugak impian mak!" Airis hanya sekadar tersenyum. Aryan pula dah tersengih.

"Mestilah Iyan akan bagi mak dan ayah cucu sebab Iyan tahu mak dan ayah memang dah kempunan nak cucu kan?" Aryan tertawa besar sebelum terjerit kecil kerana dicubit oleh maknya.

"Memandai je budak ni!" kata Puan Sofia.

"Bersembang pulak kita. Jomlah makan dulu?" pelawa Puan Aliyah sambil meletakkan pinggan di atas meja.

"Buat susah-susah Liya je masak," ujar Puan Sofia. Segan pulak rasanya datang makan je tanpa menolong.

"Alah tak ada yang susahnya kalau setakat memasak untuk anak-anak dan tetamu ni. Jomlah makan..."

Masing-masing menjamah lauk-pauk yang terhidang di depan mata. Yang paling berselera sekali mestilah Airis. Tambah pulak ada sambal belacan memang menaikkan lagi nafsu makannya.



KELUHANNYA dilepaskan bila Aryan tak habis-habis lagi main dengan perut aku. Oh ya, lupa nak cakap yang petang tadi aku pergi buat check- up dan alhamdulillah kandungan aku baru je masuk 3 minggu. Doktor cakap aku dan baby berada dalam keadaan sihat. Baby? Ops! Not baby but babies. Ya, aku mengandung kembar. Terkejut jugaklah aku bila dapat tahu yang aku mengandung kembar. Tapi, tak hairanlah jugak kalau aku mengandung kembar sebab genetik dari keluarga Aryan ada yang lahir kembar.

Kejap-kejap usap perut aku, kejap-kejap cium perut aku. Kejap lagi cakap dengan babies pulak. Alahai. Macam-macam betullah kerenah suami aku ni. Dah tu, sejak dapat tahu yang aku mengandung ni, bibir dia tu asyik tersenyum je. Nasib baiklah Dania dah tidur. Kalau Dania tak tidur? Mahu berebut dia dengan abi dia sebab jeles. Tak boleh tengok abi dia dekat dengan aku, mesti dia akan marah. Hahaha... Sayang betul Dania dekat aku.

"Abang..."

"Hmmm?" Aryan mengalihkan mukanya menghadap Airis yang sedang memandangnya.

"Tak bosan ke asyik usap perut lepas tu cium perut?"

"Nak bosan apanya? Abang happy ok? Tambah-tambah lagi bila dapat tahu yang isteri abang ni mengandung kembar. Tak sangka kuat jugak abang ni. Hahaha...auch!" Aryan terjerit kecil bila lengannya diketip Airis.

"Eeee...cakap tak senonoh betul!"

"Apa? Betullah!"

"Dah! Tak payah nak cakap. Itu bukannya tanda abang kuat ke apa tapi sebab Allah dah tentukan kita dapat anak kembar. Amacam? Deep tak?" muka Aryan berubah terus bila kena ceramah dengan isteri sendiri. Gila kau tak deep?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now