Loceng pintu suite sebuah hotel mewah ditekan. Zack berdiri tenang menanti pintu suite dibuka dari dalam.
Pintu dibuka. "Zack?" Tangan yang kelihatan sedikit berkedut dihulur kepada Zack.
Tangan disambut pemilik nama Zack tersebut. "Zack Zafran." Tenang dia memperkenalkan dirinya kepada lelaki di lewat usia 60an berdiri dihadapannya.
"Dato Usman. Just call me Dato." Senyum terukir dibibir lelaki separuh abad itu kemudian dia masuk kembali ke dalam suite tersebut diikuti Zack.
Zack masuk ke dalam suite mewah tersebut. Matanya melilau melihat sekeliling. Suasana mewah begitu sudah biasa baginya.
"Have a seat." Ramah Dato Usman mempelawa.
Zack melabuhkan punggungnya di sofa empuk suite mewah tersebut. Matanya memandang Dato Usman yang duduk dihadapannya. Laju otaknya menganalisa.
"Hurmmm. Lelaki ini sudah hampir mencecah usia 70 tahun tak lama lagi. Punya isteri muda berusia 40an. Mengikut dari pengamatan, lelaki ini tidak lagi mampu memberi kepuasan terhadap isteri mudanya itu dan atas sebab itulah dia berada di sini untuk urusan perniagaan." Laju fikiran Zack menilai sendiri.
"Sebelum kita memulakan urusan perniagaan ini, I akan letakkan beberapa syarat kepada you." Dato Usman memulakan bicara.
Zack membetulkan duduknya agar lebih selesa. "Apa dia Dato?" Zack merenung wajah Dato Usman."
"Just straight to the business deal with her. Tak perlu beritahu nama you, tak perlu bertukar nombor telefon dan tak perlu berhubung semula selepas urusan perniagaan ini." Tegas suara Dato Usman berbicara.
Zack tersenyum. "Don't worry Dato. I am a professional 'bull'. I tak akan dedahkan semua perkara tersebut. I akan jalankan tugas yang diberi dan terima bayaran. Itu sahaja." Zack tersenyum tenang. Sudah banyak client dia yang memberi amaran sedemikian rupa dan dia sudah masak dengan perangai suami-suami yang
begitu takut akan isteri mereka kembali berhubung dengannya.Dato Usman tersenyum. "Itu yang I mahu. Ini adalah kali pertama dan terakhir I tunaikan permintaan gila isteri I ini." Dato Usman sedikit mendengus. Permintaan isterinya itu seumpama satu permintaan gila namun kerana tidak mahu isterinya meninggalkannya demi mengejar lelaki yang lebih muda, dia terpaksa turuti kemahuan isterinya itu.
"So, boleh I mulakan urusniaga ni? I cuma ada 3 jam sahaja disini. I got another appointment after this. I can't waste my precious time. Nanti tak cukup pula hours servis I dekat Datin." Zack bersuara sedikit sinis.
Dato Usman seakan teragak-agak. "Okey! Kita akan mulakan urusniaga ini." Dia lantas bangun dan berjalan menuju ke bilik tidur.
Pintu bilik dibuka perlahan. Dato Usman melangkah masuk. Kelihatan seorang wanita di usia 40an sedang berbaring di atas katil dengan postur yang mengiurkan.
"This is my second wife, Zarida! You can call her Datin Zarida." Dato Usman memperkenalkan isteri mudanya.
"Haiii." Zarida bingkas bangun dari katil. Dia segera berjalan menuju ke arah Zack yang berjalan dibelakang suaminya.
Zack menghulurkan tangan. "Hai.." Zack seakan tersenyum. Melihat tahap kegedikan isteri muda Dato ini dia dapat mengagak segalanya.
"I Zarida and you???" Zarida tersenyum menggoda. Dato Usman berdehem perlahan. Terasa panas hatinya melihat kelakuan isterinya itu.
"No need to know my name Datin. I am here just for business." Zack tersenyum menggoda lantas duduk dibucu katil.
"Okey. I tinggalkan you berdua untuk teruskan urusan ini." Perlahan suara Dato Usman. Dia kemudian melangkah keluar meninggalkan Zack dan isterinya berduaan.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik dibuka dari dalam. Dato Usman segera bangun. Dia meletakkan kembali majalah ditangan ke atas meja.
"Are you done?" Tanya Dato Usman tidak sabar.
"Settle Dato." Zack sekadar tersenyum. Dia duduk di sofa sambil membetulkan butang bajunya.
Dato Usman memandang Zack. "Macam mana dengan syarat yang I beri tadi? You ada dedahkan tak siapa you sebenarnya atau pun tidak?"
Zack tertawa kecil. "Come on Dato. I dah beritahu tadi. I ni profesional dalam kerja-kerja sebegini. I takkan libatkan urusan hati dan peribadi dalam urusan perniagaan. Benda ni private and confidential. Zarida takkan dapat cari I kecuali Dato yang cari I sekiranya Zarida berkeinginan lagi."
"Baguslah macam tu." Dato Usman lega. Dia mencampak sampul surat ke atas meja kopi. "Ini bayaran untuk you. Harapnya cukup." Sini Dato Usman berbicara.
Zack tersenyum. Dia mengambil sampul surat itu lantas dibuka. Wang kertas di dalam sampul dikira rapi. "Terima kasih Dato! It is pleasure to working with you." Sampul suratkan dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
"Zarida macam mana?"
"Dia tertidur. Penat sangat gamaknya." Zack tersenyum.
"You boleh pergi sekarang sebelum Zarida bangun." Dato Usman memberitahu.
Zack bangun dari duduknya. "Thank you Dato. It is a pleasure to working with you." Zack tersenyum sambil menghulurkan tangan.
Dato Usman menyambut tangan Zack. "This is for first and last time. Kalau I dapat tahu Zarida cari you atau you cari Zarida, siap both of you!" Lembut tapi tegas Dato Usman bersuara.
"Don't worry Dato! I bukan gigolo. yang akan setia dengan satu perempuan sahaja." Zack tersenyum lantas berlalu pergi.